Monday, March 23, 2009

tetap diatas kebenaran

Di zaman yang tak mengenal erti dosa pahala sekarang ini
betul-betul telah melencongkan segolongan Muslim dalam
amalan dan cara hidup.Sikap sambil lewa dan cuai yang
dianggap sedikit dan sudah biasa dipandang ringan sahaja.
Tidak mustahil mudah bagi mereka ini meninggalkan sesuatu
amalan yang besar pada esok hari...Ini lah yang telah mero-
sakan jiwa dan minda remaja kita kerana sikap segelintir
warga penjaga yang telah lalai dan gagal mendidik zuriat
kurniaan Allah yang amat bernilai dalam hidup mereka.
Jangan salah desakan hidup,zaman mengejar harta,wang ringgit
dan kuasa,jika kita tak mampu atau miskin imam dalam diri.

Apabila seorng mukmin berdiri teguh diatas jalan kebenaran,
keteguhan jiwa itu lah yang akan memelihara imam dan nilai
Islam dalam amalan dan cara hidup.Zahirkan kebenaran supaya
generasi yang ada ini dan seterusnya yang mendatang,tidak
rebah dan terpalit dosa-dosa yang diamalkan kita sekarang.

Tetap di atas kebenaran dan akui kesilapan kita yang terlalu
lalai dalam menyusuri hidup yang telah lama membebani kita.
Kengkang hawa nafsu dan sifat angkuh dalam membuka kebenaran
walaupun dihina,dicaci atau hilang mata pencarian.Akan terbuka dan
kentalnya kebenaran itu bila banyak pembohongan cuba dirancang dan
dilakukan.

Friday, March 20, 2009

Susah hati

Semalam 19hb mac, 2 kejadian yang dianggap dugaan
Allah yang berat jugak bagiku..Mula2 sekali kamera
ku hilang dalam masa sejam ja selepas tertinggal
atas meja dimakmal konkrit di DKLS Quarry & Premix
S/B.Sedang aku kalut2 nak amik result ujian konkrit,
Juruteknik JBA bergegas keluar.Jadi aku turut
serta keluar tanpa kamera yang letak kat atas meja
disitu.Cuma kami berempat berada disitu.kami semua
memang sudah lama kenal.Kehilangan kamera semalam
betul2 memperlihatkan tembelang si pencuri.Walaupun
ku tahu si pengambil itu,tapi dia itu tetap tak mahu
mengaku...jika dia tidak rasa bersalah dalam hati,
takpalah..sudah lumrah, harta jadi rebutan pada
manusia sekarang ini tanpa mengira muslim atau tidak.
Walaupun bukan hak kita,rasa irihati,busuk hati dan
tamak menguasai diri untuk memiliki barang yang diingini
apatah lagi kuasa..

Tetapi bukan semua orang tamak dan tak amanah.Kejadian di
Ipoh yang berlaku pada Boss aku dikedai restoran dimana
dompetnya yang mengandungi duit RM2000 telah terjatuh
semasa minum.Pekerja asing yang ternampak terus menyerahkan
dompet itu ke tuan kedai dan ia disimpan rapi.Bila Boss tu
datang balik,tuan kedai terus menyerahkan dompet tersebut
berserta isi RM2000 itu.Walaupun mereka warga asing yang
datang jauh tapi sifat amanah itu masih terselit di jiwa
dan minda mereka.Bila difikir balik,kenapa si muslim tadi
menjadi begitu?Entahlah..mungkin kesempitan hidup kot,
tapi itu bukan alasan yang jujur untuk teruskan kehidupan.

Kejadian ke2.mm..perhubunganku putus ditgh jln lagi.no aweks.
I'm single back at 30..dah takda jodoh.Lambat lagi la mak
aku nak tgk aku kahwin.Bila berjauhan ni,banyaklak dugaan.
hati kena yakin dengan pasangan anda..kalu tak yakin
maka was-was dihati akan jadi api.Lebih baik jangan
teruskan jika tak yakin dan tiada kepercayaan keatas pasangan
anda..sebolehnya untuk selesaikan adalah dengan bertolak-ansur..
Tapi ni la padahnya bila kerja..kerja..kerja tak kira siang
malam,hari minggu pun kerja..
jadilah "no life to enjoy"....boleh lah masa aku digunakan untuk
menjenguk org tua ku yang sakit sekarang..dugaan ni mematangkan hidup...

Islamic Clock