Thursday, April 30, 2009

Aku yg tak ikhlas?

Gambar masa aku tgh ulat time keja..tp tak sampai
tahap ulat bulu.Gambar ni xde kene mengena dgn
entry citer ni sbb aku bukan anak raja..kui3..aku budak kampung aje..
Sapa nak tau kisah aku?

Citer samada aku ikhlas atau tak adalah begini :

Selepas peksa SPM,aku membuat kerja sambilan di rumah sepupu yg mengusahakan batik.Masa tu jd pelukis (mencanting guna lilin)..1helai kain yg dilukis boleh dpat RM 7 ke RM 12 bg kain (lupa lak nama..broket!soket.ntah.lebih kurang satin je kain tu) dan RM1 bagi kain maxi..jadi anggaran 1bulan masa tu dapat RM1k hingga RM1.3k..masa tu memang berduit.Tapi aku simpan utk sambung belajar ja..maklumlah tak smpai ati nk minta duit kat mak ayah yg mmg bergaji kecik (RM350 sbb hanya ayah aku kerja-masa tu. keja dia potong rumput kat PPH Pengkalan Chepa).
Tak kesah janji halal je ye..apa nak malu..

Pada bulan pertama aku dapat duit gaji dlm RM 1k tu aku simpan 500,pastu bg kt org tua 300 dan baki ada 200.

Aku dh berkira2 dgn mmber nak gi KB ari sabtu nak maen video game sbb ms tu tgh gedebe lg (maaf ye Pakcik Din)..Ntah..tengah sembang2 aku belek paper Mingguan Malaysia..
Tiba-tiba mata aku tertarik dgn satu artikel keluarga yang miskin dan menderita.Errr..nama keluarga tu aku dh lupa.Tapi mmg ibu tunggal tu terpaksa mmbesarkan anak yg seramai 5 orang.5-5 masih bersekolah tambahan lak ibunya kerja kampung.Aku amik alamat keluarga tu.
Keesokan harinya aku nekad nak derma RM50 dari baki duit gaji.Jadi aku masukkan 1keping note RM50 tu dan sekeping kertas dalam envelop dan pos kan kt family tu.Entah apa yang aku fikir pada masa tu pon xtau lah...Tp kat kertas tu aku tulis : "Makcik, ni saya dermakan duit RM 50 utk keluarga Makcik.Saya cuma pinta Makcik doakan saya berjaya dalam SPM saja.Terima kasih"...

Pada pandangan anda semua,adakah berkat atau tak derma saya tu?..saya pun keliru..Tapiiiii

Saya berjaya mendapat SPM 20Agg pangkat 1 aliran sains dan seterusnya dpt offer dr USM dan UPM.Saya reject USM dan UPM sbb yuran sngt mahal dan masuk Dip UiTM(ms tu ITM lg) sbb yuran murah dan dpt mkn free..ngeee..syok dpt mkn pree ni..lps tu terlontar kt ITM Penang 1st batch (ms tu bangunan skolah) then sambung Degree kt Shah Alam..Mungkin berkat doa org yg susah tadi..mana tau..Allah saja yg tau..

Kekadang hidup ni permulaannya amat sukar tetapi apabila Allah membuka jalan dgn setiap sedekah yang kita lakukan, maka pada masa itu..Masya Allah...tiada apa2 pon yg boleh menghalangnya lagi utk kita mendapat rezeki berganda-ganda...

Sunday, April 26, 2009

Tarikan Hantu Air

Selalu orang tua dh berpesan,kaloo nk mandi sungai elakkan
mandi waktu petang sbb ada penunggu dalam air (hantu air).

Ketika aku darjah 6 (12 tahun),selepas main bola dlm kul
6.30petang maka aktiviti selanjutnya adalah terjun chikukunga (sedara spesis tiruk ).Sedang elok saja padang bola tepi sungai...Aku rasa dh jenuh org tua pesan jgn mandi belah petang..bese la budak2 ketegaq pian ni mana nok dengor org tua kata..

Untuk pengetahuan Encek/Cik suma,sungai tu memang menyeramkan dan misteri (mmg da hantu air)..Jadi pada hari tersobut selepas tamat perlawanan bola kul 6.40ptg,kami dh pakat reramai nk terjun terus ke sungai..Kawan abang aku namanya si Yiee,beria-ia mengajak kami
berlumba renang sampai ke tebing seberang sana..Aku mengambil tempat ditengah sekali (seramm ooo dok kt bahagian tepi),jadi si Yiee amik di bahagian tepi.Kami bersusun wat 1 baris 5 orng..geng2 lain akan dilepaskan selepas kami..
Bila bunyi wisel(utk maen bola sbnrnya) ditiub maka kami berenang cepat2 ke arah tebing seberang sana...mula2 smpai kawan aku si Juan pastu Ali pastu Mamat pastu aku....

Bila aku dh smpai cuma tinggal Si Yiee sorang saja blom smpai..Kami dh rasa semacam misteri..
pelik tapi benar..kami nampak si Yiee berenang katak gopoh-gapah tapi tak juga bergerak-gerak sampai ketepi..Si Yiee cuba menyelam dgn kakinya nampak sedang menerajang sesuatu..

Tiba-tiba..Yaa Alllaahh..kami nampak makhluk besisik (muka dan badan) dgn rambut panjang bergigi tajam sedang cuba melilit kaki si Yiee..Nasib baik si Yiee sempat juga smpai di tepi sungai dan berpaut pada pokok nipah..dan dia masih lagi terkial-kial menerajang hantu air tersebut..dalam 5 minit lepas tu hantu air tu mengalah dan hilang..Kami tengok si Yiee dah betul keletihan dan semua terjun utk menaikkan dia..
"Gilaa..aku ingt cam dh nk mati,nasib baik aku sempat terajang dia,"kata Yiee tercungap-cungap.
"Tadi masa kau kat tengah aku ingatkan kau saja2 buat magik.Nmpk kau berenang sungguh2 tapi tak bergerak kedepan pon,"balas Mamat.
"Cehh..magik kepala lutut kau..aku dh tertelan air sungai 2-3 baldi dh.nasib baik kaki aku tk sangkut dgn rambut dia,"terang Yiee.

Islamic Clock