Dia telah meninggalkan urusan kerja di pejabat dengan segera.Pertanyaan kerani am nya tidak dijawab.Pelik betul dengan perangai Arif harini.Kereta Toyota Camry hitam dipandu laju menuju ke sebuah tempat yang dia amat lama sudah untuk mengunjunginya..
Arif membuka pintu kereta sebaik sampai ketempat yang dimaksudkannya..Kelihatan seorang wanita yang berwajah pucat berdiri memandang kearahnya.Anak mata yg sedikit kehitaman digenangi air mata gembira beserta rindu.
Tangan wanita itu disambutnya..dicium kedua tangan orang yang dia ingin bertemu.
"Kenapa lama tak datang melawat."pemula bicara oleh wanita itu.
"Bulan 5 ni sibuk sikit..ada urusan mengemaskini dan menyelia soal kewangan untuk keperluan LHDN."jelas Arif.
"Walaupun sibuk,kesihatan,makan minum kena jaga juga.Kesian kat Arif,takde siapa nak tolong tengokkan makan minum."hela wanita itu seolah-olah menyalahkan dirinya kerana keadaan itu berlaku.
"Tak apa lah Ma..Arif pun musykil juga ni,kenapa Ma beria-ria tak mau tinggal di rumah kita?Ma lebih selesa tinggal disini bersama kawan-kawan yang tidak hargai oleh anak-anak."Arif cuba dapatkan kepastian.
"Ma dah tua..tiada apa lagi untuk dinikmati dalam hidup ni.Ma lebih selesa disini bersama kawan-kawan untuk mengaji Quran,solat berjemaah dan kami melakukan segala urusan bersama-sama..dapat juga lah Ma melupakan kenangan silam dengan Arwah ayah Arif di rumah tu."Dia merungkaikan apa yang dipendamkan.
"Kalau begitu,Arif amat faham sekali dengan kehendak Ma.Arif cuma harap Ma hidup dengan gembira."Arif menghela nafas dengan senyuman..
Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Thursday, March 25, 2010
Citer Omputih yang paling diminati
Kami tengah tunggu minuman dan makanan yang dipesan..terpaksa singgah di kedai USJ sbb lapar kerana seharian melawat Sunway Pyramid..jadi lepas solat maghrib,kami cari kedai makan di tepi jalan..
Sambil menunggu makanan tiba,kami berbual kosong tanpa apa faedah..tiba2 datang mamat dari mana tah.."Abang nak beli cd citer murah tak?macam2 ada."..
"saya nak tgk dulu..tapi tak mau beli lagi..citer apa yang best?"aku tanya.
"citer baru ni bang..Tenage Mutant of Ninja Turtle."dia memberi idea bernas.
"apa kejadah nya kami nak tgk citer kartun penyu ni..kami rock,mana boleh layan kartun..apa kes lu ni mat cd."aku tempelak.
Mamat penjual cd tu terus belah ke meja sebelah sbb dia tak rock langsung dan tak meng-respect kami yang dh tua ni..eh.ehh

Subscribe to:
Comments (Atom)