Bismillahirrohmanir-rohim
"Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama,manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil, lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain".
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi
Sesungguhnya ilmu itu terlebih mulia daripada ibadat, akan tetapi jika ilmu tidak disertakan dgn ibadat kepada Allah s.w.t ,maka ilmu itu menjadi seperti debu-debu yang berterbangan.
Sebab itu pada masa sekarang,orang jahil yang berilmu cukup banyak,Malahan dengan berpandukan ilmu akal dan logik yang mereka pelajari itu menjadikan mereka takbur dan tiada amanah dalam menegakkan hukum dan syariat Allah s.w.t..Bagi mereka, gaji dan pendapatan bulanan dari pihak kerajaan lebih utama untuk di jaga berbanding menjaga kemuliaan amanah para Rasul dan para nabi..
Persekitaran di negara ini sekarang boleh dilihat dengan jelas, menangisi kegagalan ilmu dunia lebih diambil berat daripada menangisi kegagalan anak-anak didik yang kurang ilmu akhirat..
Hadis nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
" Ketahuilah oleh mu,dan bahawasanya syurga itu dikelilingi dengan kebencian dan ketahulah oleh mu,dan bahawasanya neraka itu dikelilingi dengan keinginan"
Demi Allah..penyakit cintakan dunia (terlalu cinta harta,anak-anak,ternakan) lebih banyak membawa kebinasaan kepada pencari syurga Allah..Dan kerana demikian, sedikit orang sahaja yang sanggup mengikuti jalan kepayahan dalam menegakkan dan menyebarkan syiar ISLAM..
Ilmu yang diredhai Allah itu umpama pokok, dan ibadat kepada Allah itu umpama buah..sesungguhnya pokok yang berbuah itu lebih baik dari pokok yang tidak berbuah..
Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Sunday, September 18, 2011
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan yang sangat dirindukan
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183)
Bahwa bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dirindukan dan dinanti-nantikan orang-orang beriman kerana kemuliaan dan keagungan yang terdapat di dalamnya. Salah satunya adalah kerana di dalamnya terdapat Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yaitu malam pertama kali diturunkannya Al-Qur’an dan oleh Allah diberikan peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk menggapainya.
Hari-hari pada bulan Ramadhan adalah rentang waktu berlipat pahala yang tidak ada batasnya. Jam-demi jamnya adalah rangkuman kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Minit demi minit adalah hembusan angin syurga yang menyejukkan. Detik demi detiknya adalah kesempatan yang tidak ternilai dalam bentangan umur manusia.
Dengan ibadah puasa pula, Allah SWT ingin memberikan tarbiyah (pembinaan) kepada umat; agar tercetak sosok yang shalih; meningkat keimanannya; bertambah mulia akhlaqnya; dan luas pengetahuannya serta tinggi komitmennya terhadap jalan dakwahnya dalam rangka menggapai ridha Allah SWT, lalu setelah itu akan lahir kepribadian islami yang utuh dan seimbang, yang siap menjawab tantangan zaman dengan segala permasalahan, ujian dan cubaan hidup di dunia menuju kebahagiaan hidup yang kekal di alam akhirat kelak.
Subscribe to:
Comments (Atom)