Saturday, March 30, 2013

Situasi kerja ideal

Allahu Akbar..

Jangan sesekali menyekutukan Allah..

Adapun manusia ini, walaupun  tahu yang mereka akan mati tapi masih degil dan buta hati untuk berpegang kepada Allah..Tiada tuhan yg disembah selain Allah..

Hati yg teguh dan yakin kepada Allah akan memberikan satu kekuatan kepada insan dalam mengharungi kehidupan dunia..berbahagialah mereka yg mendapat redha Allah..


Di akhir-akhir menyiapkan projek Stesen Keretapi Baru Sungai Petani ini, banyak benda yg terlepas termasuklah waktu utk rehat dan balik kampung.Hati sayu juga, dah banyak kali berjanji dgn mak di kampung utk menjenguknya..dalam suasana kerja yg kurang bekerjasama memungkinkan keletihan di sebelah pihak yg bersungguh utk meyiapkan, dan disebelah lagi besikap lewa yg mengakibatkan terencatnya kemajuan yg sepatut dicapai..inilah dugaan yg harus di tempuhi sekarang..mudahan Allah menguatkan semangat dan memberikan satu turning point utk menilai samada perlu diteruskan berada dlm bidang pembinaan atau berubah angin ke tempat lain..

Terlalu tahu banyak ( terlalu tunjuk pandai dlm semua perkara) selalunya memakan diri, kerana akan diambil peluang oleh org lain ( biasanya bos dan kaki ampu) bagi memberikan bebanan kerja yang tak sepatutnya.

Terlalu obses dgn kerja juga banyak membuang masa sehingga lupa kepada aspek yg lain utk bekeluarga dan sebagainya..

Seharusnya kita memainkan peranan setimpal supaya tidak menyusahkan orang lain dan perlu juga fikirkan kat orang yang terbeban dgn sikap sambil lewa kita..mereka pun perlukan masa terluang utk keluarga mereka,bukan kita sahaja yg mengambil peluang itu..

sebab itu dalam mewujudkan situasi kerja ideal, perlu ada amanah (terhadap tugas,masa kerja dan ketepatan kerja) ,ikhlas dan bertolak ansur.Ego akan memusnahkan keadaan yang tersedia kusut..tak akan pergi kemana pun dgn sikap egois yg kita tunjuk kepada rakan sekerja,malah akan membuat org lagi marah dan menyampah..


Friday, November 16, 2012

Gagalkah kita bila tidak berjaya mencapai apa yang dihajati


Dulu masa sekolah rendah,kalau cikgu tanya,: murid-murid, bila besar nak jadi apa?. Ramai kawan-kawan aku yang jawab,: askar,polis,cikgu,doktor,bomba...dan yang dikira jawapan  hebat gila ialah juruterbang...mana ada yang jawab nak jadi ustaz,pendakwah,penulis buku dan perkerjaan yang seangkatannya..maklumlah belum terdedah dgn banyak perkara luar..masih berhingus lagi..

Emak ayah pun tak kisah jika aku nak jadi apa, yang penting katanya ialah mesti berilmu sehingga bermanfaat utk diri sendiri dan masyarakat sekeliling..

Walaupun begitu diorang akan tetap merotan dan membebel ( biasanya emak aku lah) jika aku ponteng sekolah, masuk hutan curi buah-buahan dan mandi sungai serta bermain pondok-pondok dikala sejengkal lagi nak masuk waktu Maghrib...

Dikala menyelusuri kehidupan yang panjang sehingga kini, banyak benda yang bermain dan melekat di fikiran, pahit,manis, sedih,cemas dan tindakan bodoh diri sendiri..Akhirnya ia terkumpul menjadi sebekal /segenggam panduan memandu dalam menilai perbuatan mendatang yang akan dilakukan..sebelum aku nak buat ini,dulu ia dah jadi begini dan aku perlu berwaspada supaya ia tidak berulang dan membuat perkara bodoh sekali lagi..dan kalau nak jadi juga, perlu kembali kepada Tuhan dengan berdoa dan beristifar...mungkin ada hikmat disebalik itu..err..dulu masa di UiTM , pernah repeat 3 paper sehingga terasa bodoh dengan tindakan bermain terlampau dengan permainan komputer Championship Manager 1 sehingga 4 ( dikenali CM 1,2,3,& 4) ..pengurus bola la konon..

Bila terjadi begitu,baru aku sedar..kegagalan itu ada hikmatnya kerana itu bukan penghujung jalan sebenarnya ( kalau penghujung jalan, mungkin aku dah di kick-out dari UiTM) dan tidak menyalahkan Tuhan.. Aku bersyukur juga di waktu itu satu kesedaran utk berusaha menjadi seperti sekarang..

Kegagalan atau kehampaan sekarang bukan bermakna sudah berpenghujung,sebaliknya ia merupakan satu penyedaran diri dalam memulakan langkah baru membaiki dan menilai diri utk berjaya di sisi Allah...

 Kalaupun masih tidak berjaya, perlu redha dan rela menerima hukuman dari Allah..bermakna Allah masih mahu melihat kita lebih berusaha dan membaiki diri..Ganjarannya bagi orang yang bersabar adalah syurga...

gagalkah kita bila tidak berjaya dapatkan apa yang dihajati di dunia sedangkan ganjaran terbaik utk akhirat sudah didalam genggaman? ini hanya bagi orang yang sabar dan berusaha semata-mata kerana Allah bukan berusaha demi manusia dan harta


Islamic Clock