Showing posts with label Cerpen Uxop-morale story. Show all posts
Showing posts with label Cerpen Uxop-morale story. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Penarik Beca Tak Peduli Kemajuan Di Malaysia

picture credit to : penarik beca photography by Ax Rafar


Dia masih ingat lagi ketika itu,bapa nya hanya bekerja sebagai pengayuh beca.
Manakala emaknya hanya surirumah sepenuh masa.Pendapatan pengayuh beca ni tak tentu.

Kekadang kalau murah rezeki dapat banyak sekitar RM30 sehari .Tapi kalau rezeki hari tu susah sikit dapat yang cikai punya pun lebih kurang RM 10..

Kerja macam tu kena turun ke medan mencari rezeki seawal jam 6 pagi dari rumah ke  Kota yang berjarak 8 kilometer.Bersarapan pagi roti goreng dengan kopi tua..yang paling perit bila duit takda, roti goreng bertukarganti dengan ubi rebus.


Jika ada rezeki lebih maka dapatlah menikmati nasi goreng.
Walaupun begitu kudrat orang tua ni memang kuat demi kehidupan anaknya 10 beradik yang perlukan belanja untuk persekolahan.

Dia taklah rasa berputus asa dengan keadaan pendapatan yang rendah jika nak dibandingkan dengan mereka yang kerja kerajaan dan swasta lain apatah lagi nak dibandingkan dengan gaji Pak Menteri di Malaysia yang gaji pokoknya pun dah RM 18,000 sebulan tu belum dikira elaun lain kagi yang 
berjumlah dekat RM 55,000..

Bila ditatap wajah kusam dan tua itu,memang jelas kedutan mukanya.Sekali sekala peluh dan keringat yang mengalir keluar di wajah kusam itu di lap dengan kain tuala kecil yang selalu dilingkarkan di lehernya.


Walaupun wajah tua kusam itu sendiri merasa perit untuk mendapat rezeki seciput itu, tiada lah dia nak mengeluh apatah lagi menangis untuk mengenangkan nasibnya hari ini.Dia sudah mengerti dengan nasibnya hari ini adalah kerana dia tak berpelajaran..Dulu masa remaja dia bukan malas belajar,tapi faktor kewangan dan keluarga menjadi kekangan utama.

Kemajuan hari ini tidak memberi makna yang besar kepadanya..apa guna ada 
banyak kenderaan di kota,bangunan-bangunan tinggi,toko-toko perniagaan besar dan juga padang-padang golf jikalau semua itu tidak menyumbang sedikit rezeki kepadanya.


Dengan rezekinya yang seciput itu,mana layak nak pergi ke toko-toko besar yang mencekik darah golongan bawah sepertinya.Apatah lagi jika kemajuan itu menjadi batu halangan besar untuk dia mendapatkan walau lima ringgit untuk diberi kepada orang rumahnya agar dapat dibelikan beras,sayur dan ikan..

Tak bererti semua tu baginya..dia cuma mahukan keperluan dan belanja persekolahan anak-anaknya cukup..Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya..cari lah ilmu sebanyak mungkin masa hidup..ilmu dunia tu sekadar cukup untuk penuhi keperluan semasa tinggal di dunia, ilmu akhirat perbanyakkan untuk bekalan yang kita tak pasti samada cukup atau tidak semasa duduk di alam sana...Kaya dunia hari ini  tak berguna pun jika ia  tidak dapat menyumbangkan kepada orang yang tersepit, kaya iman dan amal soleh insyaallah dapat bantu diri kita dan orang lain yang tersepit..Anak-anaknya selalu dia suruh untuk mengingati pesanan ini..

Hargai lah pengorbanan Bapa Dan Ibu..Doa kan mereka kesejahteraan dan semoga Allah membalas keringat mereka dengan pahala yang berganda-ganda...





Thursday, March 25, 2010

Sentuhan Harapan

Dia telah meninggalkan urusan kerja di pejabat dengan segera.Pertanyaan kerani am nya tidak dijawab.Pelik betul dengan perangai Arif harini.Kereta Toyota Camry hitam dipandu laju menuju ke sebuah tempat yang dia amat lama sudah untuk mengunjunginya..

Arif membuka pintu kereta sebaik sampai ketempat yang dimaksudkannya..Kelihatan seorang wanita yang berwajah pucat berdiri memandang kearahnya.Anak mata yg sedikit kehitaman digenangi air mata gembira beserta rindu.

Tangan wanita itu disambutnya..dicium kedua tangan orang yang dia ingin bertemu.
"Kenapa lama tak datang melawat."pemula bicara oleh wanita itu.

"Bulan 5 ni sibuk sikit..ada urusan mengemaskini dan menyelia soal kewangan untuk keperluan LHDN."jelas Arif.

"Walaupun sibuk,kesihatan,makan minum kena jaga juga.Kesian kat Arif,takde siapa nak tolong tengokkan makan minum."hela wanita itu seolah-olah menyalahkan dirinya kerana keadaan itu berlaku.

"Tak apa lah Ma..Arif pun musykil juga ni,kenapa Ma beria-ria tak mau tinggal di rumah kita?Ma lebih selesa tinggal disini bersama kawan-kawan yang tidak hargai oleh anak-anak."Arif cuba dapatkan kepastian.

"Ma dah tua..tiada apa lagi untuk dinikmati dalam hidup ni.Ma lebih selesa disini bersama kawan-kawan untuk mengaji Quran,solat berjemaah dan kami  melakukan segala urusan bersama-sama..dapat juga lah Ma melupakan kenangan silam dengan Arwah ayah Arif di rumah tu."Dia merungkaikan apa yang dipendamkan.

"Kalau begitu,Arif amat faham sekali dengan kehendak Ma.Arif cuma harap Ma hidup dengan gembira."Arif menghela nafas dengan senyuman..

Friday, June 19, 2009

Pertemuan

Tatkala suasana malam menjelma, kelihatan seorang makcik tua dlm lingkungan 70thn sedang menyalakan pelita ayam..
Terasa lenguh kaki dan tangan setelah seharian mencari rezeki dgn mengumpul bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah..Rumah kecil buruk itu terletak di tepi jalan..Mak Som sudah biasa dengan keadaan sunyi kerana tinggal keseorangan ..

Tiba-tiba...Tokk!Tokk!..bunyi ketukan pintu..
"Assalamualaikum,"
Mak Som,"Siapa tu,nak apa?"
"Kereta saya rosak kat tepi jalan,nak tumpang sekejap kat rumah Makcik,"
Mak Som membuka pintu..kelihatan anak muda berpakaian kemas bertali leher dihadapannya.
Kelihatan dari riak wajahnya peluh bertaburan,mungkin sbb berjalan jauh.
Mak Som,"Kamu siapa dan dari mana nak kemana."
"Saya Haris.Dari bandar KM nak ke kampung seberang.Boleh saya bermalam di sini Makcik?"
Mak Som,"Boleh nak,tapi kamu sanggup ke tidur dlm rumah buruk ni?"
"Boleh Makcik,saya pun asal dari keluarga yang susah,"
Mak Som,"Baiklah kalau kamu dh berkata begitu."

Esok pagi, Mak Som sudah awal2 lagi bangun.Sesudah solat subuh dia mengejutkan Haris untuk solat pula.Kemudian Mak Som menghidangkan ubi kayu dengan kelapa parut beserta air kopi untuk sarapan.Keadaan itu menyebabkan Haris berlinangan airmata.. sayu melihat kedaifan orang tua ini..

"Makcik tinggal seorang je ke kat rumah ni?"
"Iya nak..lagipun makcik taknak menyusahkan anak2 makcik.Diorang dh berkeluarga semua."
"Tak seorang pun datang menjenguk Makcik kat sini?"
"Susah nak..anak2 makcik tinggal jauh..lagipun diorang tu keluar universiti.Mereka malu dengan keadaan Makcik ni."MakSom bercerita dgn penuh sayu..Mata nya berkotak menahan air mata daripada jatuh menitis.

"Ohh..Mereka begitu sombong dgn Makcik..Mereka lupa kudrat si ibu ini masa mereka kecil."
"Biarlah nak..dh mmg nasib Makcik begini..Makcik redha dan terima ketentuanNya."
"Beginilah Makcik..Apakata saya jadikan Makcik sebagai mak angkat saya.Saya akan jemput Makcik balik ke rumah saya setelah urusan di kampung seberang selesai..lagipun saya anak yatim piatu..Mak ayah dah meninggal 3 tahun lepas di Tanah Suci Makkah.Boleh ke Makcik."

"Syukur Alhamdulillah nak..Makcik nak ucap terima kasih sbb ambil berat tentang makcik."Mak Som menangis..Haris mencium tangan Mak Som..Mak Som amat-amat bersyukur kepada Allah diatas pertemuan sesingkat ini..

Wednesday, May 20, 2009

Harapan Terakhir

Adilla sedang membantu kakaknya Adibah menyusun stok buku-buku yang baru sampai.Kakaknya itu sudah mengusahakan kedai ni sejak 3 tahun yang lalu.Orang tua mereka dah meninggal 2 tahun lepas dalam kemalangan semasa balik dari sembahyang subuh di masjid.

Selesai menyusun stok buku itu di rak yang dikhaskan,Adilla terus ke pintu depan untuk membuka pintu masuk kedai.Selalu pelanggan ramai dalam jam 11 pagi hingga 5 petang..

Semasa hendak membuka pintu ..tiba2 seorang pemuda meluru masuk..pintu itu hampir mengena Adilla..
"Heiii..boleh beradab skit tak bila nak masuk..nasib baik tak kena saya,"kata Adilla.
"Maafkan saya..saya nak cepat sebab boss pesan suruh beli Majalah Time Business,"kata Ihsan tercungap-cungap.
"Lain kali jangan amalkan begitu..nanti saya ambilkan,"kata Adilla..
"Nah..Majalah ni RM5.80."tambah Adilla
"Ni duit nya..baki nya tu cik simpan lah dulu..saya dah lambat..by the way nama saya Ihsan,"Ihsan memperkenalkan diri dan terus meluru keluar dengan tergesa-gesa..

Keesokkan harinya kereta BMW X6 berhenti di depan kedai.Keluar seorang pemuda yang berpakaian kemas..baju kemeja putih berseluar slack hitam dan kasut hitam berkilat..Terbeliak biji mata Adilla..
"Itu pemuda semalam..hensemnya.."bisik hati Adilla..Dia tersenyum.
Pemuda itu masuk dan bertanyakan suratkhabar Berita Malaysia terbitan hari ini.Adilla memberikan apa yang diminta oleh Ihsan.
"Wahhh..comelnya senyuman cik buku hari ni..semalam garang sangat,"Ihsan memula bicara.
"Apasal?Tak boleh saya senyum..takkan nak marah hari-hari..semalam tu salah awak,"Adilla menjawab.Muka Adilla masam mencuka.
"Ehh..takda lah sampai takleh senyum.senyum kan sedekah untuk pelanggan pertama hari ni,"Ihsan menyakat Adilla..
"Saya Ihsan.Pemandu Dato' Jamal,"Ihsan memperkenalkan diri..lembut dan tersusun..
"Saya Adilla.Bukan towkey kedai ni..kuli je kat kedai ni,"Adilla membalas..
Mereka berdua ketawa bersama dengan kata-kata lawak Adilla tu..

Setiap pagi selepas menghantar Dato'Jamal ke pejabat, Ihsan akan bertandang ke kedai buku Adilla..mereka seperti sudah kenal lama walaupun baru kenal..masing-masing amat menyenangi hati budi masing-masing..Ihsan tak habis-habis dengan kelakuan menyakat Adilla,sementara Adilla akan membalas dengan lawak -lawak nya..Ada harapan kah utk mereka ni..

Sudah 3 bulan Ihsan tidak menjengah Adilla di kedai..terasa sunyi sekali bila tiada sakatan dari Ihsan.."kemana Ihsan pergi ni,"rintih hati Adilla..Selama 3 bulan itu juga kereta Dato'Jamal dipandu orang lain..perasaannya terusik.."Ihsan..adakah kau sengaja nak mengusik hatiku..engkau datang dgn harapan kemudian pergi seperti bayang2,"bisik hati Adilla..

"Cik Adilla ada surat utk Cik,"jerit Posmen.Adilla melangkah lemah dan manyambut surat itu.."Siapa yang utus surat ni.Selama ni tak pernah ada orang utus surat kat aku,"Adilla membebel sambil berfikir..Dia buka dan baca surat tu..

Kehadapan Cik Adilla Buku..

Maafkan peminat mu ini kerana sudah tiada kesempatan utk mengunjungi mu..Saya rindu dengan lawak-lawak awak tu walaupun dengan sindiran..bukanlah saya melarikan diri dari awak kerana saya rasakan awak begitu begitu istimewa sekali dalam diri saya..Saya terpaksa berbuat demikian kerana ingin mengejar cita-cita saya dan orang tua saya...Saya ada satu berita penting buat awak...tapi sanggupkah awak menunaikan permintaan saya ni?..Jika awak mempercayai saya,bolehkah awak menjemput saya di KLIA minggu depan?..Itu pun jika awak tidak marah dengan saya yang menghilangkan diri tanpa memberitahu awak.Saya terpaksa undur diri dulu.Warkah surat ini untuk bukti saya masih mengingati Cik Adilla..

Salam dari Ihsan..Massachussets..USA

Seminggu berlalu..tiba hari yang mendebarkan bagi Adilla..Betul2 kah Ihsan ni..mana mungkin kerja driver dapat pergi ke luar negara yang kosnya amat mahal..

Kedengaran dari corong suara tentang ketibaan penerbangan dari Amerika oleh petugas KLIA..Hati Adilla makin berdebar-debar..matanya melilau mencari orang yang ditunggu..Matanya terpaku melihat kelibat orang yang dimaksudkan..Ihsan nampak segak walaupun berseluar denim biru dengan baju long sleeve tebal berbelang..Ihsan menuju kearah lain..seolah-olah tidak nampak Adilla.."tak mungkin dia tak kenal aku,"bisik hati Adilla..Dia melambai tangan..tapi Ihsan tetap menuju ke arah perempuan muda umur dalam lingkungan 20 tahun yang duduk bersendirian di kerusi menunggu..Perempuan muda tadi tersenyum dan menyambut tangan Ihsan lalu mencium tangan itu..Mereka nampak mesra sekali..

Tiba2, Adilla merasa manik2 airmatanya sudah mengalir keluar..Kenapa dia jemput aku kesini,walhal sudah ada perempuan lain menunggu..Ihsan..kau sungguh kejam,"kata2 pilu dlm hati Adilla ..Dia terus berlari keluar..

"Cik Adilla..Cik Adilla..tungguu.."suara Ihsan menjerit memanggil Adilla.Ihsan berlari ke arah Adilla..Adilla merasakan kakinya kaku tidak bergerak bila Ihsan memanggil namanya..Ihsan sudah didepan matanya..Dia mengeluarkan sapu tangan kain cotton lembut warna merah hati..lalu mengesat airmata Adilla..

"Kenapa menanggis,tak sudi jumpa saya ke,"Kata Ihsan berseloroh.

"Awak yang nak permainkan saya..apa awak cuba buat ni..kenapa jemput saya kesini,"kata Adilla dengan nada sedih.

"Ohhh..saya faham..Acu,mari sini."Ihsan memanggil perempuan tadi sambil melambai isyarat tangan supaya datang ketempat mereka.Perempuan itu melangkah laju kearah mereka.

"Ada apa Along..siapa wanita manis ni?..Along tak pernah bagitau Acu pun,"perempuan itu meminta penjelasan Ihsan.

"Ni Cik Adilla..dia kawan Abang yang istimewa tau..err..Adilla,kenalkan adik kesayangan saya Syikin..semenjak org tua meninggal 2 tahun lepas,saya tinggalkan dia rumah sepupu kerana saya melanjutkan pengajian di Amerika..Masa kita jumpa aritu saya tengah cuti musim panas.Jadi saya balik sini dan cari kerja sementara..Alih-alih terjumpa awak kat kedai..tapi awak garang sangat dengan saya masa tu."terang Ihsan.

"Kenapa awak tak bagitau awal2..taklah saya jadi camni..fyi ya..saya tak garang sangat..Syikin akak minta maaf ya sebab salah sangka tadi."kata Adilla sambil senyum.

"Saya maafkan kak..Along pun satu..kenapa tak bagitau Kak Adilla awal2..sekarang dia dah ingat Acu ni girlfriend Along,"kata Syikin..

Mereka bertiga ketawa..


Wednesday, April 22, 2009

Kasihnya Si Ibu

"Mak,Man pergi sekolah dulu ya,"Man minta izin.
"Nah bekal ni Man.Hati2 masa berjalan tu ya,"Mak Bibah berpesan.
"Terima kasih Mak,"balas Man.
"Mak.."Man bersuara.
"Ada apa Man..uhuk.uhuk.."sahut Mak Bibah bersekali batuk yang
sudah sebulan lebih tak mahu surutnya.
"Man,sayang Mak,"ucap Man sambil memeluk Mak Bibah.
Airmata Mak Bibah berderai dengan perlahan -lahan keluar dari mata
tua yang sudah kuyu itu.
"Belajar rajin-rajin ya Man.."pesan Mak Bibah dalam esakan airmata.

10 tahun kemudian :

"Abang,kita nak makan angin kemana hujung minggu ni,"tanya Joana
isteri Encik Salman.Encik Salman adalah Senior Executive di salah
sebuah syarikat korporat di ibu kota.
"Biasalah..kita ke Eropah.Bulan lepas kita ke Sydney kan.Hujung
minggu ni kita ke Milan,Itali,"balas Encik Salman.
"Sayanggg abang,"balas Joana dengan manja.

Kringg..kringg..deringan telefon..
"Helo,boleh saya bercakap dengan Encik Salman,"Fairil menyapa.
"Hello, ya.. Salman di sini,"Salman menjawab.
"Man,engkau tak mau balik kampung jenguk orang tua kau ke?"tanya Fairil.
"Apahal kau ni Fairil?Kau tak perlu ambik tahu urusan keluarga aku.Keadaan
ni jadi begini sebab dia lah.Kalau aku ikut kehendak dia,selama-lamanya aku
jadi miskin,"Salman membalas dengan penuh kebencian.
"Masya-Allah..Kau ni Man.Dengan mak kau pun sanggup kau membenci dia
kerana tak benarkan kau bernikah dengan anak orang kaya tu,"jawab Fairil
dengan kesal.
"Ya lah.Kalau aku menikah dengan Ustazah Milah tu,aku takkan dapat
memiliki seperti apa yang aku perolehi sekarang.Orang tua tu tahu apa.
Dia cuma tahu yang Si Milah sentiasa ambik berat akan dia saja,"Salman
mengeluarkan kemarahan yang terbuku didalam hati.
"Tapi Man,sekarang ni dia tengah sakit teruk.Dia sentiasa menyebut nama
kau,Man,"terang Fairil supaya Salman faham.
"Ahhh..sudahlah"..gedegannng bunyi kuat si Salman meletak telepon..Salman
betul-betul marah.
Si Fairil betul-betul kesal dan buntu.Dia terpaksa memberitahu hal yang terjadi
tadi kepada Mak Bibah.Tak sampai hati rasanya hendak memberitahu dalam
keadaan sekarang.Tambah-tambah Mak Bibah sudah tenat benar.Dia berjalan
menuju kearah Mak Bibah yang terlantar di tengah rumah.Kedengaran bacaan
Surah Yaasin yang sayup-sayup dibaca oleh jiran tetangga yang hadir.

"Faaiirilll..bagaimana dengan Man.Nak..nak balik kah dia,"tanya Mak Bibah
tersekat-sekat.Fairil mengelengkan kepala.
"Maafkan saya Mak su.Tak dapat saya pujuk dia.Lagipun dia sibuk.Tak sempat
nak melawat Mak su disini.Dia kirim salam saja,"sebak sungguh hati Fairil kerana
terpaksa berbohong.
"wa'alaikumussalam..tak apa lah Fairil.Mungkin dia betul2 sibuk.Allahhh..Allahhh,"balas
Mak Bibah yang semakin sakit teruk.
"Mengucap Mak su..mengucap,"Fairil berbisik di telinga Mak Bibah sambil mengucap.
"Faiirill,kamu bagitau Man yang Mak su betul-betul nak minta maaf kat dia ya..dia
sudah memilih apa yang difikirkan baik bagi dia.Alllahhhh..Alllllahhh."Mak Bibah
berbisik kepada Fairil dengan nafasnya yang semakin lemah.
"Maksu..mak suu..Innalillahi wa inna ila hirraji un,"Fairil menangis teresak-esak...

Sebulan kemudian :
"Mengucap Salman..mengucap,"kata Doktor Fairil
"Mana anak bini aku..mana diorang..tak mahu jenguk aku kah,"Salman mengeluh.
"Bini dan anak kau dah pergi ke London.Setelah kau disahkan sakit kanser otak,
bini kau dah uruskan perbelanjaan kau di hospital ni.Lepas tu diorang terus naik
flight ke London untuk menetap di sana,"balas Doktor Fairil.
"Iskk..hik.hikk..sampai hati diorang buat aku camni.Mak..Makk.tolong Man mak.
Man betul-betul dah tak tahan sakit ni,"Salman meraung.
"Mengucap..Man..Mak kau dah maafkan kau sebelum dia pergi,"kata Fairil.
"Man menyesal mak sebab tak ikut cakap mak dulu,"teriak Salman sambil merintih sakit.
"Arggghh..arghhh..aduhhh,"Salman menjerit tidak dapat menahan sakit.
"Mengucap banyak-banyak Man,"bisik Doktor Fairil.
"Aaaaa..aaaa...."sebelum sempat Salman mengucap,nyawanya sudah ditarik..
.........................................................................................
Andai kau beroleh kebahagiaan..
Jagalah ia seerat menjaga nyawamu..
Andai kau beroleh kesengsaraan..
Ingatlah ia bukan untuk selama-lamanya..

Kasih ibu dan bapa membawa ke syurga,
Kasihnya ayah menyekolahkan aku,
Kasihnya ibu menjaga keperluanku termasuk kasih dan sayang..
Hidup ini sementara, jagalah mereka sementara berkesempatan..
..................................................................................

Tuesday, April 21, 2009

RINDU PADA SI KECIL



Dia melangkah keluar dari tempat yang menjadi tembok pemisahan antara kasih seorang ibu dan anak kecil.Kali ini tiada lagi iringan panggilan "Ibu..Ibu,dukung Erida Bu".Hanyalah kendengaran tangisan hati kecil dari dalam dirinya.
Timbul penyesalan yang tiba-tiba menerjah ego keibuannya.Tapi kali ini sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.Kosong jiwa dalam mengenangkan dosa yang telah berlaku.
"Kenapa aku begitu kejam",Rintih Kathy.
"Anakku menjadi mangsa akibat keegoan dan kurang kasih sayang",ulangnya sambil menangis.
"Penting sangat kah kerjaya dan kekayaan ku selama ini.Sanggup aku abaikan kasih dan sayang anak ku Erida yang sementah itu",Kathy menyalahkan dirinya.

Sebelum peristiwa itu:

"Cik Kathy,anak Cik si Erida bergaduh dengan kawan dia si Fatin",Penjaga rumah asuhan menelefonnya.
"Apa!Dia bergaduh lagi.Saya bersusah payah bawa dia ke situ supaya awak dapat menjaganya.Ni tidak,awak cuma bagitau tentang itu saja.Maaf saya tengah sibuk urusan kerja",Tengking Kathy.
"Tapi Cik Kathy,Si Erida telah meng...",belum sempat diterangkan oleh pengasuh.
"Saya tak mau dengar semua tu.Itu tugas you all.Saya dah bayar apa yang diperlukan",Pintas Kathy.
"Tapi Cik Kathy...tuuut..tuttt.perbualan terputus.Pengasuh mengeluh..

Kemudian 6 jam selepas itu:

Ringgg...ringggg..

"Hello,Kathy disini",Kathy bersuara.
"Cik Kathy,Ini panggilan dari Hospital Serdang.Anak Cik si Erida telah mengalami pendarahan beku di kepala akibat terhantuk.Dia tidak dapat diselamatkan walaupun doktor kami dah berusaha sedaya upaya.Diharapkan Cik Kathy dapat datang menjemput jenazah anak Cik segera",Pihak hospital menelepon.
"Apaaa!..",dia tersentak.Terasa lututnya lemah.Penyesalan yang datang sudah terlambat.

Disudut lain :

"Dimana suara renggekkan manja si Erida ni..Erida..mana si kecil ibu..Eridaaaaa..",Kathy menangis.
"Maafkan ibu nak.Ibu telalu ego dan mengejar kekayaan.Ibu bersalah keatas yang berlaku ini",raungan Kathy sambil membawa diri yang diselubungi seribu kekesalan keluar dari tanah perkuburan Islam Kajang..

Sudah terlambat...
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
P/S : Ini sekadar cerita..aku tulis ni utk menenangkan hati ku sebelum esok ada presentation dengan SUK Negeri Kedah..bukan apa takut kena belasah masa meeting ja..hoohooo..

Islamic Clock