Friday, March 13, 2009

Hati buta?

"Pak Haji,anak pak Haji tikam nombor ekor",kata Mamat.
"Haram jadah anak aku,ekor tu haram tau tak",kata Pak Haji.
"Tapi pak Haji,anak pak Haji dapat 1st prize RM 100,000",kata Mamat.
"Alhamdulillah,kaya anak aku",kata pak Haji..
"Boleh ke camtu Pak Haji",kata Mamat
"Apasal takleh pulak.Rezeki tu dari Allah",kata Pak Haji

Mungkin ente semua tak percaya dengan cerita ni kan..Tapi ini lah yang
pada masyarakat kita sekarang.Pakai ilmu agama untuk kepentingan dan
kehendak diri saja.Sekarang pun sudah ramai yang pandai-pandai berhujah
tentang walhal ilmu pengetahuan mereka amat dangkal.
Ingat!!
Tersebarnya ilmu menyesatkan atau berlaku perpecahan,ente terpaksa tanggung hingga ke hari perhitungan..Sungguh dasyat..Rujuk lah Ahli ulama,Kiyai-kiyai dan bijak pandai Islam dulu sebelum ente membicara sesuatu yang ente tak arif tentang sesuatu itu.Bukan apa takut ente sendiri tak tahu kena pembalasan di dunia selepas ini.

Friday, March 6, 2009

Pengurusan hati 1

Hati menterjemahkan segala perlakuan,tindak tanduk, gerak geri,perasaan dan semangat dalam seharian.Hati yang marah dapat dilihat melalui mata yang merah (mungkin anda dapat lihat telinga sesorang tu berasap), hati yang tenang melalui raut wajah yang bersinar dsb.Hati dapat dipecahkan kepada 2 iaitu kata hati dan suara hati.Kata hati ialah yang diterjemahkan melalui percakapan dan perbuatan yang serta-merta.Manakala suara hati ialah bisikan dari dalam tersembunyi yang mana orang lain tidak mengetahui kecuali empunya diri sahaja.Ia boleh mempengaruhi emosi dan akal manusia dalam sesuatu tindakan.

Hati mesti dijaga dan diurus dengan betul.betul yang macamana?mestilah dengan ilmu.Hanya dengan ilmu sajalah dapat membezakan manusia dengan haiwan.Manusia yang tidak berilmu,umpama pokok mati.Pokok itu berdiri disitu walaupun batang dan dahannya kering.Mereka tidak dapat memayungi diri mereka apatah lagi orang lain.

Bagaimana pengurusan hati ini dapat membentuk jatidiri masyarakat kita kini yang lemah.
Hati mesti diisi dengan kefahaman agama yang mendalam.Hati yang bersih melahirkan jiwa dan rohani yang kuat,sihat dan mampu mewujudkan satu umat yang meghasilkan ketamadun yang tinggi.

Sebagai manusia kita mesti mempunyai visi yang jelas dan beristiqomah dalam kehidupan didunia.Adapun visi sebenar manusia tidak lain tidak bukan beribadat kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya seolah-olah akan mati esok, menguruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya sebagai Khalifah Allah di bumi yang di amanahkan ini buat sementara waktu untuk kita dan terakhir sekali berdakwah iaitu menyeru kepada amal makruf nahi mungkar supaya kita semua hidup berpesan-pesan kerana kita semua manusia yang mudah lalai.
Selepas itu kita beristiqomah kepadaNya perjalanan hidup yang panjang penuh dugaan dan godaan dari nafsu dan syaitan.Beramal ikhlas dengan ilmu yang ada walaupun sedikit daripada ilmu banyak tapi bakhil.

"Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhan" (al-Kahf : 110)..amat jelas sekali itu lah visi dan motivasi hati manusia..

Allahul-quddussussalam





Islamic Clock