Sedekah lah Al-Fatihah kepda Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Bila saya teringat kepada Almarhum Dato' Ustaz Hj.Fadzil bin Mohd Noor ( Ustaz Fadzil Noor).menitis juga air mata setitik dua,sebak dada disamping sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau..Betapa diri ini mengagumi cara almarhum menangani permasalahan yang berlaku dalam politik Malaysia dan dalam perjuangan PAS dengan karisma yang ada pada beliau..Lemah - lembut bila bersama masyarakat dan tegas dalam perkara yang perlu beliau tegurkan..
Pada masa tu terasa kesederhanaan terhadap pendekatan PAS dalam arus politik Malaysia ( bagi pandangan saya ), yang mana pada peringkat itu almarhum amat berhati-hati dalam membawa sebuah perjuangan Islam melalui parti politik kepada arus perdana dan seterusnya menjadikan PAS sebuah parti yang disegani..
Walaupun saya cuma mengenali Almarhum dari jauh (melalui pembacaan buku dan ceramah aje), tetapi perjuangan dan pedekatan almarhum banyak memberikan aspirasi kepada saya dalam membentuk peribadi dan cara kerja yang dilakukan (hanya dalam bidang yang saya mampu)..
Begitu sayang Almarhum kepada perjuangan Islam melalui PAS, begitu juga lah almarhum sayang kepada ahli-ahli PAS diketika itu..
"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir pada 23 Jun 2002 di HUKM.
Bagaimana dengan keadaan PAS sekarang?Wujudnya puak-puak yang tak enak didengar demi kepentingan dunia (lebih kurang gila kuasa lah)..adat lah bila sudah nampak kejayaan maka masing2 berangan dengan habuan yang tak seberapa di dunia ni..pening..tapi saya tetap dengan parti yang ada niat memperjuangkan Islam walau mereka sendiri keliru dengan pemimpin2 mereka.Mudahan barisan pelapis yang mengikuti cara Almarhum ustaz Fadzil Noor akan mengembalikan hala tuju sebuah perjuangan Islam melalui PAS..mereka dikira lebih baik lagi daripada puak-puak nasionalis yang ikut cara kerja kaum pemikir barat yang merosakkan..
Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Thursday, June 2, 2011
Wednesday, June 1, 2011
Anwar Awlaki - mangsa Amerika Jahanam selepas Osama Bin Laden?
In the weeks after Osama bin Laden's death, the U.S. also tried to kill Anwar al-Awlaki,the radical American-born cleric who has been blamed for inspiring the Fort Hood shooter and is thought to be hiding in Yemen. American officials report that a stream of Qaeda operatives are making their way to Yemen from other parts of the world as turmoil there grows.
But some analysts say that while Mr. Awlaki's propaganda skills are undimmed, there is little evidence that he wields significant influence in Al Qaeda's leadership, and has limited power even on the Arabian peninsula.
(sources : The new york times)
Subscribe to:
Posts (Atom)

