Saturday, December 17, 2011

Perbatasan waktu yang semakin singkat

Beginilah bila lama dah tak pegang kamera.Diari hari dipenuhi dengan aktiviti kerja.Siang malam dah terasa cepat.Otak telah tepu dengan bidang pembinaan.Pun begitu, terasa takut dengan keadaan diluar jangkauan.Kadang-kadang walaupun hati ada bertasbih tapi perasaan lalai tetap juga datang.Waktu dan masa yang dianugerahi seolah tidak dihargai dengan sebaik mungkin.Perasaan bersyukur walaupun datang tapi hanya sekejap sahaja.

Walaupun kita sedar diri kita tidak akan kekal lama, tapi kita masih bertegar untuk menidakkan kekuasaan Allah dengan melanggar peraturan-Nya.Dengan hanya bekal ilmu setitik, kita sudah merasakan kepandaian kita seluas lautan sehingga sanggup menghina /merendahkan perintah Allah dan Rasul.

 Di luar perbatasan waktu, kita menanti dan berharap seakan  ada sesuatu akan memandu kita dalam menjalani kehidupan di dunia, tapi kita masih menutup mata dalam menerima kebenaran yang telah di perjelaskan dalam Al-Quran dan as-Sunnah.Sebenarnya apa lagi yang kita harapkan?.Mungkin sebab keperluan hidup yang menekankan untuk berjaya dan kaya lebih dari orang lain telah membebalkan hati dan minda orang-orang kita sekarang ini hingga tak ambik kira halal haram duit yg kita perolehi.

al-hasyr-18
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Hasyr 18

Sunday, December 4, 2011

Perjalanan hidup yang perlu ditapisi

Begini lah lumrah hidup.Setiap perjalanan manusia mempunyai liku-liku jalan yang bercabang sebelum menemui jalan penamat iaitu mati.Jika penamat jalan kita dalam keadaan yang baik ( dalam keadaan beriman) itu lah yang akan menjadi bekal bila bertemu Allah s.w.t.Begitu lah sebaliknya jika kita lalai semasa berjalan hidup didunia ini,maka rugilah semasa bertemu Allahs.w.t.


"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh Alam.


Tapisi dengan iman dan ilmu agama sewaktu kita hidup didalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran dari musuh-musuh Islam yang senantiasa menggunakan pelbagai kaedah utk melalaikan umat Muhammad s.a.w.Seumpama air sungai yang kotor kemudian ditapisi pelbagai peringkat demi mendapatkan air bersih yang selamat diminum.Begitu jugalah hati manusia ini.Rukun iman dan rukun Islam mesti dipegang dan diamalkan tanpa ragu-ragu dan penuh kesungguhan.
Alquran dan as-sunnah perlu diletakkan sebagai petunjuk dan keutamaan.


2.gif (822 bytes)
 "Itulah Kitab yang tak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa".



Sejak akhir ini ramai yang mengakui berjuang di jalan Allah.Tapi apabila diuji oleh Allah dengan kesusahan, kebendaan ,pangkat dan keturunan, mereka terus lemah longlai dan menyalahkan takdir sehingga sanggup menggunakan agama untuk melawan balik agama.Ini lah golongan yang pengkhianat yang hanya melihat agama dari satu sudut kesenangan didunia sahaja.Padahal tujuan akhir manusia ini adalah mencapai kemenangan di akhirat.Perjuangan menegakkan agama Allah semasa didunia ini perlu berterusan walaupun ada petualang yang hanya pandai berkata-kata tanpa ada usaha untuk melakukan dan menegakkan syariat Allah.Mereka tidak meletakkan AlQuran dan as-sunnah untuk keutamaan, malahan sebagai sampingan yang perlu dipakai diketika mereka memerlukannya.Masya Allah..

Islamic Clock