Tuesday, August 26, 2008

BERMUHASABAH DIRI















SELAMAT MENYAMBUT & MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA..............




BERMUHASABAH DIRI DAN MENGAWASI DIRI (MURAQABAH) SEBELUM DAN SEMASA MELAKUKAN SESUATU PERKARA/URUSAN,MUDAH-MUDAHAN SEGALA PENYAKIT HATI AKAN BERKURANGAN...INSYA-ALLAH

Kejernihan fikiran selalunya lebih mudah di rasai pada waktu fajar iaitu selepas selesai menunaikan solat subuh.....Soal dan hitung balik segala penyakit-penyakit hati dan dosa-dosa yang anda lakukan.....dan lantas bertaubat serta berazam untuk tidak mengulanginya...

Tanyalah diri anda.....

1 :--Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan diri anda sebelum solat dan selepas solat masih sama?
2 :--Adakah anda merujuk kepada Sunnah Nabi sebelum memulakan sesuatu ibadah?
3 :--Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?
4 :--Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan ketaatan?
5 :--Adakah anda redha dengan ketentuan Allah ataupun anda berasa amat gusar?
6 :--Adakah anda hanya mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata daripada kerja yang di buat,kesukaran berjihad dan kesakitan yang anda lalui?
7 :--Adakah anda berasa lemah semangat sehingga tidak mampu untk menasihati saudara sendiri?
8 :--Adakah anda berbuat baik kepada keluarga,jiran,masyarakat dan negara?
9 :--Adakah anda mengiringi setiap kebaikan dengan kejahatan?

SEANDAINYA KITA MAHU MENGUBAH KEADAAN UMAT ISLAM DAN MENDIRIKAN DAULAH ISLAM, MAKA KITA HENDAKLAH LEBIH DAHULU MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI

7 comments:

melayuangkat said...

WaalaikumSalam Uxop,

Terima Kasih kerana telah memberi komen pada blog Mak Cik pasal Sumpah Saiful kalau tak silap.

Dan Terima Kasih juga atas tulisan kamu bab Muhasabah diri ini. Pengajaran yang amat penting dan peringatan yang amat bermakna. InsyaAllah, sama-sama kita praktikkan sebaiknya.

Mak Cik bukan orang Politik tapi ada juga berkawan seorang dua, tiga isteri Politicians yang dah pencen pun. Kawan kawan biasa dari semua golongan.

Dari apa yang Mak Cik tahu pada waktu TDM ubah hak kuasa raja raja adalah kerana ada Sultan yang dikatakan telah melampaui batas hingga ketahap mengambil undang2 ditangan sendiri. Kononnya ada caddy golf yang mati terpukul..ini semua Mak Cik dengar saja, hanya Allah swt yang tahu.

Jadi TDM buat sesuatu bukan untuk menghapuskan terus institusi beraja kita. Kita perlu pada Instituisi Raja kerana mereka simbol Kerajaan Melayu di Tanah air kita. Mereka dapat banyak keistimewaan, kita pun tak pernah nak persoal atau sekat cuma biarlah perilaku mereka dalam batasan-batasan tertentu.

Pasal sekolah Agama itu Mak Cik tak tahu pasal tak ada member di Kementerian Pelajaran atau Pendidikan. Tapi dari apa yang Mak Cik dengar, TDM mahu Sekolah sekolah Agama yang merata-rata dan daif terutama di Pantai Timur disatukan bawah satu Kementerian Pelajaran, diberi bantuan dari segi kewangan dan sebagainya supaya mereka tidak tercicir. Juga supaya ada pengawalan terhadap pembelajaran mereka.

Malangnya ini juga dipolitikkan. Jadilah ceritanya lain pula. Mak Cik tak secara peribadi fikir TDM mahu hapuskan Bahasa Arab. Beliau seorang yang bervisi jauh. Mungkin dia bukan Ustaz tapi nak buat sesuatu hingga nak hapus B Arab itu tidak stail dia.

Bagi Mak Cik yang sama sama TUA dengan Kemerdekaan Negara, terus terang Mak Cik dapat rasa, Kelas Agama dan Bahasa Arab semakin melata di setiap Pelusuk Tanah Air sekarang ini. Kalaulah TDM pernah mahu menyekatnya mesti sekarang ini semua terbantut.

Mak Cik pun berharap kita semua rakyat Malaysia ada sikap berSyukur. Bersyukurlah kita berada di bumi Malaysia, Kita Islam. Bebas sebebasnya untuk berIbadah, menuntut Ilmu Dunia dan Akhirat sehingga adanya ajaran sesat sebab dah bebas sangat.

I dont think we can ever count our blessings!!

WaAllahuAlam.

Unknown said...

Terima kasih Makcik sbb penjelasan yg diberikan..
Cerita caddy dipukul tu sy prnh dengar dan sbb2 TDM membataskan kuasa raja2 melayu...sekolah arab/pondok aliran pelajaran tidak sama dgn skolah kebangsaan lain (sukatan pelajaran cukup berbeza).Malah perkembangannya selama 51 thn merdeka seolah-olah segan mati tak mahu.Pemimpin kita seharusnya ihklas (tidak mengharapkan balasan/tiada niat tersembunyi)terhadap sesuatu tindakan.Wang rakyat harus digunakan utk kesejahteraan rakyat yang hak.Kerajaan hanyalah pemegang amanah...SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN MELIMPAHKAN RAHMATNYA KEPADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA..

man_helang said...

ah...pening ahh pala aku baca entri ko nih...ko sesekali lari topik tak leh ker??? cite a psl si lipan abg si pendek tu ke...freddy 2 sebelah ke..

Conspiracy Theorist said...

Bro,

Rajin2 lah layari blok seorg blogger yg cool tp pro Tun.. tu pun kalo nak tambah pengetahuan sal yg kerap di pertikaikan kebelakangan ini..heheh..apo nak dikato..(",)

http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/09/02/defend-yourselves-against-the-propagators-of-racism-pr/

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

Unknown said...

Man..
aku akan usahakan..tp masa betul2 terhad...nnti aku masukkan sekali video 3gp pengakuan adik dia..ok tak..keh3

Bro.conspiracy theorist,
hamba pun ada jenguk2 gak..utk membuat perbandingan dan mengambil iktibar..Thanks sbb lawat blog hamba yg seciput ni..

man_helang said...

wei...mana posting baru nih...takkan sibuk ternak lintah kot...kata nak jd penulis berjaya...ni yg aku hangin jengok blog ko nih....

Unknown said...

sabar la man..labtop aku rosak..dan 2 sukusakat perwakilan aku dh cabut lari..terkinjal2 aku ni..lps raya aku start balik dgn citer best..tungguuu..

Islamic Clock