Friday, October 17, 2008

Buku Kegemaran ku....Dia

Fuhhh..kali ke 8 aku baca buku Dia..macam baca novel..tebal buku tu
257 page (bukan egnlish kelate ni)..Sebabnya aku bulih abis baca buku
ni kali ke 8 sbb masa dok kat opis tadi boss aku, Mr.Freddy dengan tak
malunya meminjam broadband Celcom aku sbb modem dia kondem..jd aku pun
ngulat la sat (walaupun 2 jam...ada member aku kalu sat dia smpai
berjam-jam)...

Sebenarnya aku baca buku ni masa bulan posa ari tu lg..sbb
terkedek-kedek jd sebulan gak la nk abis...Macam biasa...bila sampai
bab last ni airmata jantan yg macho ni mesti menitik...sayu,sedih dan
bersyukur betapa aku beruntung menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W....

Aku menangis sebab ayat tu berbunyi begini.."Ya.Muhammad telah
meninggal dunia dan dia sering menyebut-nyebut, "Sesungguhnya aku
ialah manusia seperti kamu juga diwahyukan kepadaku,bahawa Tuhan kamu itu
Tuhan yang Esa"..

Dia sememangnya manusia terpuji,masih merendahkan diri walaupun
dipilih sebagai utusan Allah..Malah semasa matanya memejam dengan
lambat-lambat untuk selama-lamanya pun masih menyebut"ummat ku..ummat ku..
sembahyang dan keluarkan zakat."

ahhh..airmata ni menitis lagi..

...............................................................
p.s : buku "Dia" ni bukan novel cinta tp kisah & perjuangan
Rasulullah semasa dia dilahirkan sehingga dia wafat..aku amik dari kakak
aku sbb STPM dia dh 30 tahun lepas...Ini lah buku kegemaran ku.

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Mak Cik faham apa yang kamu taipkan ini.
Bila baca Sirah Rasululllah saw kita sebak dan kerap air mata menitis dan jiwa terusik.

Pernah Mak Cik baca buku FATIMAH AZ ZAHRAH, (r.a.) kisah puteri kesayangan baginda saw, Mak Cik menangis hingga basah bantal dan kena tukar lain.

Betapa Fatimah binti Rasulullah saw itu begitu mulia sebagai seorang puteri baginda saw, isteri dan ibu kepada Hasan dan Husin. Dan sebagai Muslimah itu sendiri.

Insaf Mak Cik. Dan betapa Mak Cik bersyukur kerana dijadikan ditakdirkan seorang Melayu dan seorang Islam.

Ibu bapa Mak Cik, orang Cina dan menyerahkan Mak Cik ketika lahir pada keluarga angkat Melayu.

Agungnya perkiraan Illahi yang memang DIA MAHU Mak Cik sebagai seorang Islam sejak di Luh Mahfuz. Mak Cik tak pernah tahu bagaimana wajah sebenar ibu bapa Mak Cik tetapi memadailah Mak Cik dapat lihat Kaabah rumah Allah swt dapat berTawaf dan dapat kesempatan berada di Raudah dan memberi Salam kepada Baginda saw semasa di Madinah dan Salam kepada Fatimah ra juga di Baqiq.

Ganjaran ini amat bermakna bagi Mak Cik dan tiada tandingannya. Syukur Mak Cik kepada apa yang ada dan dikurniakanNYA setakat ini. Alhamdulillah.

Ya, Mak Cik suka pada Alam sekeliling semula jadi kerana bila lihat keindahanya kita insaf betapa Agung dan Azim pencipta kita dan betapa kerdilnya kita.

Adakan uxop berkesempatan membaca blog MOUNTDWELLER? Kalau ada masa carilah dan bacalah. Ada banyak cerita Tuan Mountdweller tentang Hutan dan cerita haiwan haiwan habitat dalam hutan yang boleh memberi kita banyak pengajaran dan keinsafan. Saya syorkan untuk membacanya dan beritahu pada rakan rakan.

Wardrobe kita said...

Emm..aku ptt bc jugak buku tu..da abis bc buku tu bg aku..aku tggu kt KB Mall..Cepat!!

Bos,kalau ada mana2 nk pakai QS bg tau..aku nk cbt..tension cni..

Unknown said...

Waalaikumussalam Makcik..
syukur Alhamdulillah yg tak terhingga kepada Kekasih Yg Maha Agung kerana memilih Makcik menjalani hidup sbg org Islam.Sesungguhnya Allah melindungi hambaNya yg dikasihi..Begitujuga lah dgn kecintaan & kasih Rasulullah kpd umatnya..Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa
utk saling kenal-mengenali dan berbaik-baik..

Sy memahami perasaan Makcik kerana sy ada juga brkwn dgn org bkn
melayu yg menemui Cinta Yg Agung.Dugaan mereka seblum & selepas itu amat besar tp kesabaran mereka mengatasi segala-galanya..

Inya Allah jika sy brkesmptan nnti sy akn ke blog MOUNTDWELLER..


Cik Qaseh..
bakpo tok tulih awal2..ore kelate ruponyo...KB Mall dgn Alor Staq Mall jauh tu..lagu mano nok cepat..

Nk buku ni yaa..tunggu aku jd pengawas pustaka dulu..pastu sila buat kad perpustakaan..letakkan gambar berukuran pasport..tulis nama dan tunggu seminggu utk diproses..iklan ini ditaja oleh AIG Insurans sbb mgkin aku dh kene terajang..hehe

Insya Allah boleh tolong..tp kene tau jugak rate gaji & pilih tempat..kalu nk kt kl,kedah,penang,shah alam bulih nnti tanya mmbr2..ari tu sebelum posa ada la,ni dh terlewat dah.nnti ada berita sy allooo kt awak.

jwtn kosong utk temuduga lain ada lg la..hehe.gurau je ni

Islamic Clock