Monday, November 3, 2008

Cebisan utk Rakan Blogger..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.”Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.”Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. [

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

9 comments:

hanis said...

nice story

Unknown said...

Pak Cik pun ada kalanya baran juga tapi tidaklah lama. Nak tahu apa Pak Cik buat?

Pak cik perli diri Pak Cik "Kau marah ke Fakhruddin? Hah kau pegi kawan ngan setan!"

Unknown said...

Cik Hanis :
Terima kasih..jadikn teladan ek.
sbnrnye citer ni utk seseorang..tp nk citer dlm sms tkleh pnjng sngt..tmbh2 dia jenis mcm nilah..skit2 mrh & merajuk..hurm..

Pakcik Din :
menahan marah itu hnya dpt dibuat org yg kuat imannya..kalu tidak tkde lah kata2 sabar itu separuh drpd iman.biasa kalu mrh sy mst lari tmpt xde org utk tenang kn diri..tkut nnti bertumbuk lak.hehe
Elok2nya amik wudhuk cepat2 pastu istighfar bnyk2

Anonymous said...

saya penah baca cerita ni.pompuan merajuk biasa, tapi kalu hari2 tu luar biasa. hehehe..cepat2 kawen lah!

Unknown said...

Cik Dinie ;
pernah baca ek! bagus la gitu
Sy nk kawen dgn saper?..dia tu mmber sy jer..hati dia keras sbb baru putus cinta...
dia snggup berkorban utk lelaki tu,sy jugak yg kene mrh..tak patut..tak patut..bila nasihat xmao dgr..hishh ssh tul

melayuangkat said...

Salam anakku,

Satu kisah yang baik untuk dijadikan contoh kesan marah.

Memang sukar nak dibendong marah, bukan calang calang orang boleh mengawal kemarahan dirinya lebih lebih lagi jika dia dicaci dan dimaki hamun.

Hanya Iman yang kuat jadi benteng kemarahan kita. Sebab itu Amal Ibadat pun kena istiqamah consistent supaya dapat membendong kemarahan kita.

WaAllahuAlam.

Unknown said...

Salam Makcik;
Menahan marah antara sifat mukmin terpuji sbb ia mencerminkan tahap kemenangan dlm mengalahkan nafsu.
"Sesungguhnya org2 yg bersabar shj yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tidak terkira."(Az-zumar:10)

hidayah annur said...

pengalamn yg plg manis tu..btuah sapa yg dpt melaluinya.. pejam mata sj sudah dpt merasai btapa kerdilnya diri ini sbg makhlukNya..
Ya Allah, aku besyukur di ats sgala kurniaanMu..

p/s Ust zul tu bin apa?kalo bin Yusof,kompom ust i jgk..hehe

Unknown said...

Dayah:
ooo..dh pndai yer..bagus2..blaja lg..try & error

Ustaz Zulkifli tu ingat Bin apa..dh lama..tp dia segak,pakai spek.putih & tinggi..ade ke ciri2 tu

Islamic Clock