Saturday, April 11, 2009

Bunian mengamok


Pada tahun 95, umur aku masa tu
17tahun...Seketika aku tgh study
di rumah utk exam SPM..penuh
khusyuk menelaah subjek Biologi..
sedang aku menjawab soalan
ramalan, tiba-tiba hati muda aku
jadi tak keruan...sangat gelisah
seolah-olah ada benda yang
tak kena..aku menoleh kekanan
tingkap.Jam menunjukkan pukul
12tghari.Aku lihat dibendang padi
yang mati kering akibat tanah
masin airnya tengah pasang.Tetiba terasa suasana tengahari itu tersangat
aneh..ditambah dengan cuaca mendung...Aku melangkah ke dapur untuk
mencari apa2 makanan yg boleh mengisi perut yang berbunyi kuat ini....
Seketika aku terdengar...
"Uxop,Ijol(anak sepupuku) hilang kat bendang.Cepat gi tengok sana.Semua
orang kampung tengah cari tu",Mak aku bagitau..
"Isk,takkan boleh lemas dalam bendang cetek tu.mesti dia gi main mana2
tu",aku jawab.
"Dah rata orang cari.Si Koko (kawan Ijol) bagitau dia nampak Ijol tenggelam
dalam bendang,pastu dia nampak ada orang tarik Ijol dan bawa dia ke hutan
tepi sungai, pastu hilang",Balas mak aku.
"Hmm,takleh jadi ni",rengus aku.
Aku terus turun menuju ke bendang sana..Aku tengok semua orang kampung
tengah mencari sambil menjerit nama Ijol..Ada yang kata Ijol lemas dan dah
hanyut ke sungai yang berhubung dengan laut di tepi kampung.Aku berpaling
kepada si Koko.Aku tengok orang-orang kampung sedang bertanya kepada dia
macamana boleh jadi begini.Si Koko bagitau sama dgn apa yg diberitahu oleh
mak kepada aku.Tapi org kampung masih tak percaya..Ya lah budak baru
berumur 6tahun..sesiapa pun mesti rasa dia reka2 cerita...Aku tengok kat
bendang ada 3 orang sedang menebar jala termasuk abangku untuk mencari
Ijol..Mana tau kot2 ada tersangkut kat dasar bendang yang 2 kaki dalam ja..
Tak logik betul..Tapi tu lah berusaha namanya.
Keadaan semakin tak tentu..Keluarga Ijol dah buat laporan polis tentang
kehilangan Ijol.Ayah aku dan orang kampung dah masuk hutan untuk
menjejaki Ijol..Aku terus balik kerumah,ambik wudhuk..Aku tunaikan
sembahyang sunat hajat..lepas tu terus berwirid..Subhanallah walhamdulillah
wala ila ha illallah wallahuakbar 1000x,kemudian baca La ilahaillallah
(Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah) 1000x dan baca ayatul kursi 10x..
itu saja yg mampu dibaca sebab masa tu muda lagi dan ilmu pun setakat tu ja..
Tengah aku berwirid,dengan kehendak Allah yang Maha Pengasih,
aku ternampak bayangan Ijol dengan satu perempuan tua..betul-betul
didepan mata.disitu terdapat satu pondok..aku terus menghala ke
arah Ijol, perempuan tua tu menghalang sambil marah..
"Budak ni dah bermain ditempat aku,sekarang dia ni milik aku",kata
perempuan tua itu.
Aku masih berwirid.Aku sengaja tak mahu bercakap kerana dasar syaitan
dan jin ni suka melalai kan hati dan iqtikad manusia..,si tua tu meronta
kesakitan.tapi masih kuat utk melawan aku dan berdegil tak mahu melepaskan
Ijol yang diikat.Aku terus berwirid lagi..Si tua tu kepanasan..Bila mana sampai
kepada aku bacaan Ayatul Kursi...dia sudah tidak tahan lagi terus melarikan diri.
Aku lihat ijol sudah duduk ditepi pondok.ikatan tali tadi dah terbuka..
kemudian aku tersedar...
Aku terus kerumah Ijol.Ramai orang disana.Bomoh pun sudah sampai dan berusaha mengikut kaedah beliau.Aku berada di tepi rumah untuk mencari Ijol..Aku melilau-lilau dikeliling rumah Ijol sambil azan berulang kali didalam hati.Tiba-tiba si Koko melaung kuat.."Ijol..Ijol..dia ada kat bawah rumah ni",teriak Koko..Orang-orang tua terus turun kebawah rumah.Si Ijol nampak keletihan dan pucat.Bomoh terus beri air semangat untuk pulihkan si Ijol..
Seminggu kemudian Ijol sihat sediakala..dia beritahu yg si bunian tu tarik dia masa main tepi bendang dan bawa ke satu tempat untuk dijadikan anak.Lepas tu dia dihantar balik oleh prempuan tua capek yg terbakar kulit kerana sebab tak dapat dipastikan....lagipun dia masih budak2..mana tau apa2..

9 comments:

BudAk hijAu said...

pergh!!

Unknown said...

Cik Mek Budak Hijau,
perggh..
mst tak takut kan..
ni pengalaman betui..

hanis said...

umor 17 tahun dah ada ilmu batin..
bukan calang2 org nih

Unknown said...

Hanis,
Tu dulu ms dok mengaji Quran dan silat..skang ni bisa dh ilang skit sbb tak sempat nk beramal(sebok ngan kerja)..dh jd ber-balang2 org dh..bukan calang2 org lg..

Unknown said...

Salam UXOP.

Satu usaha yang diberkati Allah tanpa orang lain tahu pun. Zikir adalah satu senjata yang ampuh melawan syaitan.

Sekiranya UXOP baca bersama ayat "Lanarjumannakum walayammassannakum minna azabun aliim" pasti syaitan itu terbakar dengan terjahan panahan api. Dia tidak boleh lari dan menyorok di mana-mana dengan izin Allah.

Pak Cik persilakan UXOP ke blog mountdweller, ada hadiah untuk dikungsikan bersama.

Unknown said...

W'Salam Pakcik Din,
Kita kena berusaha setakat yg mampu..lain2 tu kehendak Allah..
lgpun masa tu ilmu kurang lagi..
Terima kasih Pakcik sebab berkongsi pengalaman

Zainizam said...

Subhanallah...hebat pengalaman tuan. Mcm dlm kisah benar Siri Berkelahi Dgn Syaitan - Tok Awang Ngah.
Apabila kita khusyuk wirid dan baca ayat kursi, dgn izin Allah terbuka hijab utk lihat perkara ghaib.
Semoga selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

Terbaik bro

Anonymous said...

Waaa..Tibai Hangit..!!

Islamic Clock