Sunday, October 3, 2010

Tak Cukup Duit...


(Gambar ini ihsan dari seorang sepupu (Dive Master) di Pulau Perhentian- kamera jenis Canon DSLR waterprof)

Alamakk!!..tolak hutang kereta,loan, sewa rumah dan bil-bil ni, duit gaji tinggal sedikit je..mcmana nak menyimpan aaa...sebenarnya itulah alasan yg selalu aku ungkit tiap2 bulan kerana niat tu mmg tak nak menyimpan..hee..kalu betul2 nak membuat tabungan dgn nilai RM50 sebulan (duit lebihan yg tak diguna) pun boleh..setahun pun dah ada RM600..kalu simpan RM100 sebulan,setahun dah RM1200...dalam 10tahun lagi duit tu akan berganda menjadi RM6000 bagi RM50 sebulan (RM12000 bagi RM100 sebulan)..

Banyak tu jumlahnya..bagi yg masih muda tu mmg digalakkan berdisiplin dalam menabung...bagi kami yg dah pertengahan ni -30an mmg dah terlambat sikit...Kegunaan duit tabungan ini adalah untuk digunakan masa kecemasan dan senang dikeluarkan bila2 masa  .Duit KWSP hanya boleh dikeluarkan masa tua / meninggal dunia sahaja..

Lagi satu kita mesti berhemah dalam berbelanja.Catat semua perbelanjaan kerana dengan cara ini kita boleh mengetahui jenis org yg macamana kita berbelanja..boros ke, beli setakat yang perlu ke atau saja2 nk beseronok (setengah org kalu gi supermarket/shopping mall dia akan jadi mengigil kalu tak beli apa2 walhal benda yg dibeli tu dah berlambak dekat rumah)..

Insya-Allah bila kita merancang simpanan dan perbelanjaan ini akan membuat betapa kita sedar hak-hak yang perlu diselesaikan seperti hutang2 kita dengan bank (utamakan kerana tak mau mati dalam keadaan berhutang), sedekah2 yg diperlukan bagi hak2 org yg miskin ,yatim piatu dan yg dlm kesusahan serta mengeluarkan zakat simpanan, pendapatan dll yang memang sebahagian yg kita dapat itu ada terdapat bahagian-bahagian utk mereka2 yg perlu diberikan

No comments:

Islamic Clock