Monday, May 30, 2011

Cerita Lawak : Aku Malu Dengan Mat LOBO

AKU pelik dan keliru dengan situasi sekarang?Kenapa  muka Mat Lobo menjadi tebal dengan tiba-tiba.whatthehell is going on...dia tak de rasa malu ke?..memang dasar boya darat dia ni..

Waktu kami dalam perjalanan ke B.M ( Bee Emm = Bukit Mertajam) menaiki bas separuh abad ( lupa dah nama kompeni bas ), dia berpakaian segak seluar jeans  (haramjadah ingat Jeans tu mahal la jenama LEE,tapi bila pandang dekat brand jeans tu BEE ,memang sah jeans secondhand mana yang dia balas) dan kemeja pahtu dia tie-in kan.Kira nampak cam smart aaa....err..duit dalam kocek cukup tambang bas gi kelik dan makan tengahari saja..

Dulu dari ITM permatang pasiaq (pasir) ke BM adalah dalam kira-kira 40 minit..Bukan apa sebab bas henti-henti je..kalu naik moto dalam 25 minit..

Bila sampai di BM, kami pun ronda-ronda sekitar pekan (dulu zaman 1996),nak tengok LCD dan wayang tak cukup duit..Jadi ronda-ronda supermarket jelah..Dulu hanya ada supermarket Looking Good dan kedai-kedai dekat stesen keretapi.Toto pun ada masa tu..

Bila dah penat, kami pun try cari tempat nak makan roti canai dan teh tarik ( cuma tu bajet termampu buat masa tu, pakaian nampak la standard tapi bab2 duit makan memang poor.sebab tu wujud piawaian Standard and Poor kat dunia ni).

Tetiba terpandang warung tepi jalan sebelah Looking Good..Mat Lobo ajak gi minum situ.Dia nampak dan bersetuju dengan pandangan kaburnya bahawa itu kedai mamak..halal la tu maksudnya..

Kami pun pi la..bermuka selamba dek. Was-was telah bersarang di hati..tak nampak orang melayu pun masuk disitu..tapi disebabkan yakin dengan pandangan Mat Lobo ,kami pun duduk..amik tempat duduk menghadap meja tempat mamak tu tebar roti canai.Ramai orang melayu termasuk awek-awek melayu tengok kami duduk dalam kedai tu.Tengok mereka semua senyum meleret.sindir ka apa.kami tak peduli sebab ni duit kami maaa...

Budak dia datang amik order..kami pesan roti canai kosong sorang satu dan teh tarik..selesai amik oder budak tu pun menjerit kat tokey dia...bahasa tu memang pernah dengar..bunyinya agak-agak la,lebih kurang Padyyapa punya cerita..apa kes..cer citer..tak logik juga dengan pandangan Mat Lobo tadi..ni kedai makan India..belum pun mendapatkan bukti yang sahih, tiba-tiba kami terlihat pembuat roti canai tadi berkelakuan bagus punya..lipat kain cawat dan gosok betis pastu uli tepung dan tebar ruttiii canaii tanpa basuh tangan..direct tanpa pause dulu untuk basuh tangan..non-stop amik minyak untuk di lerek kat tepung siap gentel misai cantik dan baik punyerr..

Muka Mat Lobo berubah..semakin tebal kulit muka,setebal-tebal muka dia nak mengorat pompuan,tapi ari ni dah tak leh tahan lagi..kami terus buat-buat nak pergi ke jamban..sorang-sorang..pastu kami pun lari jauh-jauh membawa perut keroncong kriukkk-kriukkk bersama hati bebal dan malu besar..

Kata Mat lobo : Perempuan tak nak layan ayat-ayat mengurat aku boleh tahan  lagi, tapi salah masuk kedai makan India ni aku tak leh gi..jatuh standard aku (padahal seluar dia pun low standard jugak..hahaahaa)

Pastu kami memang dah cukup kenal warung tepi jalan tu.kalu lalu depan warung tu,kami akan berjogging supaya cepat melintasi..mana tau nnti diorang panggil bayar teh tarik dan roti canai dulu...kami agak2 je lah..
_____________________________________________________________________________
Perjalanan hidup menjadi perit bila kita buntu dalam menyelesaikan masalah..kita menjadi semakin takut bila tidak tahu apakah masalah sebenarnya yang menimbulkan keperitan ..sebenarnya jalan penyelesaian sentiasa wujud di sekeliling kita ( Allah sembunyikannya daripada kita supaya kita ingat kepada Dia),apa yang perlu cuma cari dan mohon petunjuk..penyelesaian akan datang dalam pelbagai cara, usaha dulu,kalau berjaya Alhamdulillah,kalau gagal cuba lagi (walaupun gagal 1000 kali, cuba dan cuba dan cuba..)

No comments:

Islamic Clock