Monday, June 6, 2011

Giant ramai melayu Islam,tapi di Masjid cuma...

Syukur Alhamdulillah..Al-fatihah sebelum ambo memulakan penulisan untuk entri ni..saya juga panjatkan doa kepada Allah supaya memberikan petunjuk kepada mereka-mereka yang cuai dalam mengerjakan solat..

Semalam setelah balik dari Serdang,Kedah, sempat lah berehat sejam dua kat umah..lepas tu gi pulak ke Giant,Alor Setar..mak oii..jem juga jalan kat sana..start dari h-way utara hingga ke traffic light dekat Giant..waktu pun dah tunjuk dekat 7.20pm..jadi kena park keter biru (parking dlm basement) dulu then terus jalan kaki untuk ke Masjid Al-Bukhari bagi solat Maghrib berjemaah..on the way lalu tu kat Giant ada macam karnival jualan..bagus juga karnival jualan ni sebab ramai melayu Islam yang dok meniaga..

Waktu tu dah dengar azan maghrib,jadi kena percepatkan langkah supaya sempat sampai..Bila dah sampai,then selesai wudhuk,naik atas ke ruang utama solat,tunggu bilal qamat..Sebenarnya hati saya terasa amat sayu juga dengan tabiat orang melayu Islam kita ni..cuba bayangkan, di masjid cuma ada lebih kurang 45 (termasuk wanita) orang utk solat berjemaah..cukup 1 saf panjang (bagi lelaki), tapi di karnival jualan dan dalam Giant ada beratus orang Islam ( mungkin beribu) sibuk dengan pekerjaan membeli belah dan menjual,begitu juga yang bekerja demi mendapatkan rezeki dari Allah pada waktu yang sepatutnya kita tunai tanggungjawab kepadaNya..

Sedih dengan keadaan yang terjadi kepada segelintir Umat Islam di Malaysia...tak tahu malu...nak rezeki dari Allah tapi malas dan melewatkan dalam mengingati Allah..Masjid punyalah banyak dibina, tetapi jemaah nya tidak mendapat sambutan..

Lagi satu, bagi mereka yang berkuasa perlu membuat satu peraturan khas supaya umat Islam di Malaysia ni berpeluang pergi berjemaah bila sampai waktu solat diwaktu bekerja..Sembahyang itu tiang agama..perketatkan lah peraturan tu..tegas lah jika betul-betul sayangkan Islam ni..ibarat mendidik anak..

Tokoh-tokoh ulama dan orang mengaji agama pun jangan la dok rasa cukup lah untuk saya saja,orang lain tak mau solat tu ikut dia la..mungkin dia tak dapat hidayah dari Allah..cukup lah sekadar tazkirah dan ceramah saya saja..Bila berfikiran begitu maknanya Islam ni untuk diri kita saja,bagaimana dengan anak2 kita,jiran tetangga dan masyarakat setempat?Nak biarkan mereka solat bersendirian dan melewatkan waktu?

Berbalik lah kepada contoh cara Rasulullah s.a.w mengajak umat Islam ketika itu untuk menunaikan solat berjemaah..kerana baginda tahu persoalan utama yang diajukan Allah sebelum masuk syurga adalah mengenai kedudukan solat seseorang itu..Jemaah lebih elok dari bersendirian..

Kecuali lah solat sunat  di waktu malam atau duha tu..bersendirian mmg elok utk mendekatkan diri kepada Allah

No comments:

Islamic Clock