Sunday, June 14, 2009

Jauhi Kanser

Jauhi Kanser
Oleh KKM

Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser buah dada, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita. Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

Berhenti Merokok.

Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.

Kurangkan Berat Badan.

kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.

Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.

Lakukan Senaman.

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.

Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.

Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.

Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Pengambilan Teh.

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

Kurang Makan Daging.

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.

Jangan Minum Alkohol.

Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

3 comments:

armouris said...

info tentang barah serviks kat sini - Kanser Serviks Membiak Senyap

armouris said...

info tentang barah serviks kat sini - Kanser Serviks Membiak Senyap

Unknown said...

armouris..
terima kasih sbb sudi berkongsi info..

Islamic Clock