Thomas Carlyle dalam buku tulisannya "On Heroes and Heroes Worship" telah menegaskan :"Kehidupan Muhammad S.A.W sehari-hari sangat sederhana;makanannya yang biasa adalah roti dan air,kadangkala kurma dan air;susu dan anggur makanan mewah baginya; kekadang berhari-hari tidak ada api menyala di tungku dapurnya.Mereka mencatatkan dengan bangga bahawa ia memperbaiki sepatu nya sendiri serta menampal jubah..tidak ada Kaizer dalam pakaian kebesaran yang ditaati sebagai lelaki yang memperbaiki pakaiannya sendiri."
Subhanallah..Allah telah memelihara Muhammad S.A.W daripada harta dunia yang menggelapkan hati manusia..Kesederhanaannya melampaui kehidupan seorang pemimpim umat kini..Jika kamu mahu ikut Islam kerana harta dan pangkat,maka aku tidak dapat berikan kepada mu..Islam ini hanya untuk keselamatan mu di dunia dan akhirat yang boleh aku jamin...
Muhammad berada di tengah-tengah rakyat sepanjang waktu.Tiada istana besar apatah kemewahan harta kerajaan, malah tiada pula meninggalkan harta pusaka bagi ahli warisnya..
Selawat junjungan keatas Baginda..Muhammad S.A.W..
No comments:
Post a Comment