Thursday, June 18, 2009

Kisah Wali Allah - Bekalan Dari Tuan Rumah

Syeikh Fatah Al-Musadi berjalan di padang pasir dlm cuaca panas terik.
Seketika beliau ternampak budak lelaki belum baligh berjalan dlm
keadaan panas terik itu smbil mengerak-gerakkan bibir tanpa henti.
Dia ingin berkenalan..

"Assalamualaikum ya ghulam.,”kata Syeikh Fatah
"Waalaikum salam warahmatullah.”jawab budak itu.
"Engkau hendak kemana dlm panas terik ini.”
"Aku hendak ke Baitullah, wahai Syeikh,"kata budak itu.

Kelihatan budak itu tidak mahu membuang masa.dia hanya bercakap
ketika perlu saja.Dia mengerak-gerakkan bibirnya walaupun dihadapannya ada org.

"Aku tgk engkau sentiasa menggerakkan bibirmu,kenapa,"tanya syeikh Fatah.
"Aku membaca AlQuran,"jawabnya ringkas
"Tp engkau belum mencapai umur baligh,tak perlu bersusah payah seperti
ini."kata Syeikh Fatah.
"Betul aku belum baligh,tetapi aku sering menyaksikan maut menjemput
org yg lebih muda dari aku,"

Syeikh Fatah kagum dgn jawapan bernas dan keperibadian budak itu.

"Wahai ghulam,langkahmu pendek,sedangkan Makkah sgt jauh sekali,”
"Ketahuilah syeikh,aku hanya mengangkat kaki utk melangkah,
sedangkan yg meyampaikan adalah Allah,"
“Itu betul.Mana bekalan mu,”tanya Syeikh Ftah
“Bekalku adalah keyakinan ku kepada Allah.”
"Mana kenderaanmu.”
K"enderaanku, kaki ku ini,”jawabnya.
“Yang aku maksudkan adalah bekalan makanan dan air dlm perjalanan yg
mencabar ini,”
"Wahai Syeikh,sekiranya engkau dijemput oleh tuan rumah,
apakah engkau yg menyediakan makanan atau tuan rumah yg menyediakan
makanan?”
“Sudah tentu tuan rumah,”jawab Syeikh Fatah

Budak itu menerangkan lagi bahawa org yg pergi ke Baitullah adalah tetamu
Allah dan dia sebagai tuan rumah,maka Dialah yg menyediakan makanan
dan minuman utk tetamunya.Sedangkan org2 yg pergi ke Tanah Suci
membawa selonggok pembekalan adalah sangat lemah iman dan tiada
keyakinan terhadap kekuasaan Allah..mereka tidak bergantung kepada Allah..
Aku betul2 bergantung kepada Allah..
“Bila sudah demikian,adakah Dia akan membiarkan aku terlantar?”
"Sudah tentu tidak,”kata Syeikh Fatah

Setelah itu budak tersebut hilang dari pandangan Syeikh Fatah..
Ternyata iman budak itu sangat tinggi daripada nya..

No comments:

Islamic Clock