Allah Subhanawataala berfirman :
"Wasjudd wakhtareeb"
maksudnya : bersujudlah engkau dan mendekatlah kepada-Ku.
Solat adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..Manusia adalah ciptaan Allah,maka sudah tentu Dia mengetahui bagaimana nak membaiki manusia agar diri mereka selalu baik.Caranya adalah melalui solat. Oleh kerana dekatnya kedudukan Nabi Muhammad S.A.W kepada Allah dikalangan makhluk yg tertinggi,maka Allah memberi satu hadiah yg tak ternilai kepada Nabi S.A.W yg perlu disampaikan kepada umat baginda supaya mereka juga berada dekat dgn Allah..
Orang yang mendekatkan diri dgn Allah menunjukkan bahawa dia berada didalam posisi yg terhormat.Bila terhormat maka sudah tentu Allah akan memelihara/sayangi mereka-mereka ini..Cari lah pemimpin/suami yang sentiasa sujud kepada Allah kerana mereka ini yang akan diharap membimbing kamu mendekati Allah.Mereka ini tidak buta hati bahkan Allah akan melapangkan dada mereka walaupun penuh ujian bertimpa-timpa.
Dalam tata laku solat,sujud adalah posisi yang terhormat kerana tunduk hati/iktikad hanya kepada Allah..Bukan senang nak mengakui kesilapan/dosa kita dgn merendah diri..
Cuba tanya diri..beberapa kali sehari kita sujud kepada Allah sambil minta ampunkan dosa kita??
2 comments:
owh. terasa diri ini banyak berdosa. ya ampun.
Lol que..
sudah tentu kene rasa begitu..
kalu kita rasa yg kita tiada dosa itu menunjukkan bhw kita angkuh dgn Tuhan..nk jd cam Firaun le gayanya..
Yup2x ..sama2 bertaubat ms yg de ni..
Post a Comment