Monday, February 7, 2011

Cara minuman mengikut Sunnah Rasulullah

Di dalam surah al-Anbiya', Allah telah berfirman :-

             "Aku jadikan makhluk hidup daripada air"

Tidak dapat di nafikan bahawa air merupakan komponen terbesar dalam kehidupan manusia.Manusia sendiri sebahagian besar terbentuk daripada air (kira -kira 70% )..

Sebab itu digalakkan banyak minum air bagi mengekalkan keseimbangan dan keharmonian tubuh..Elakkan pengambilan air yang tercemar dan banyak mengandungi gula..daya ketahanan tubuh bergantung kepada tahap kebersihan air yang diambil..Air yang bercampur madu, halia dan susu kambing merupakan minuman terbaik yang patut diamalkan...Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana Allah berfirman

" Didalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurannya berisi halia"
  Surah al-Insan: ayat 17

Cara minum juga mestilah betul dan bertahap iaitu pembukaan dengan Bismillahirrahmanirrahim ,minum seteguk demi seteguk dan ambil nafas sebanyak 3 kali bagi setiap teguk dan sudahi dengan Alhamdulillah sebagaimana amalan Rasulullah S.A.W.

No comments:

Islamic Clock