Saturday, February 5, 2011

Siri Seram Santai - Menunggang dengan hantu beruk

Petang tu kecohh..Makcik Saadiah yang baru pulang dari rumah tempat dia mengasuh telah diganggu dengan hantu beruk..Dia melalui jalan yang memang tergolong dalam ketogeri jalan berhantu.Kami pun tidak melepskan peluang untuk mendengar sendiri dari mulut Makcik Saadiah..

"Pukul 5 tadi lepas makcik kelik dari rumah kat taman tu, makcik cuba nak lalu ikut jalan hutan tu..bukan apa nak balik cepat sebab jalan tu shortcut gitu.(ewahh..dia cakap Inggeris pulok).Macam biasa Makcik pun kayuh basikal dengan tenang..makcik tak pandang kiri kanan sebab masa tu takut-takut pun ada.Bila dah sampai tengah jalan, Makcik terdengar benda jatuh dari pokok di sebelah kiri jalan..bila tengok pokok-pokok bergoyang macam ada benda yang membuatnya.

Makcik tak perasan apa-apa sehinggalah makcik terasa yang kayuhan basikal semakin perlahan..macam mendaki bukit begitu..takkan makcik masuk Le tour de langkawi plak..tak logik..tak logik..tapi basikal tu menjadi semakin berat..lepas tu makcik terasa macam ada orang dok kat kariar (carrier) belakang basikal..makcik pun paling lah kat belakang...MasyaAllah..lengan menatang tu berbulu lebat , warna hitam dengan mata merah dan gigi menyeringai..Makcik tak dan nak berfikir apa-apa lagi terus tinggalkan basikal kat situ...makcik pun lari lintang-pukang..nasib baik dah dekat dengan jalan besar..

Lepas ni makcik tak mau lalu dah jalan denai kat hutan tu..ni budak-budak..kamu kan berani semua..makcik nak minta tolong kamu gi amik basikal makcik kat dalam denai sana.takkan kamu nak dengar cerita saja, kena lah ada balasannya..Hammpehhh..kami pergi beramai-ramai dengan lutut terketar-ketar semasa nak amik balik basikal buruk Makcik Saadiah...pandai betul org tua ni...

2 comments:

Qib said...

berpeloh gak masa baca entry ni
tatott
hahaha


GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

|Journey from HELL|


Sorry lama Tak SINGGAH.

Unknown said...

PinQib..

berpeluh panas kot..hehe

anyway..tq sudi singgah dan baca..

Islamic Clock