Sunday, March 6, 2011

Kerdau dan Merlimau - PAS perlu bangkit dari tidur yang lena

aHH..kalah lagi di Merlimau dan Kerdau..bagaimana PAS nak menjadikan kekalahan ini sebagai kayu pengukur dalam membantu kebangkitan perjalanan parti itu sendiri.Faktor selesa cari makan lebih diutamakan dari faktor menegakkan hukum agama dalam masyarakat Malaysia sekarang..Jadi Parti PAS seharusnya mengerahkan seluruh jentera pergerakkan parti bangkit dari tidur.Segala usaha yang berteraskan kesedaran dan membangunkan masyarakat Islam yang hakiki perlu diterjemahkan segera sebelum mereka disogok dengan pembangunan yang bersifat membutakan hati .Sekarang bukannya masa untuk berceramah dan cakap kosong lagi..sekarang adalah masa untuk turun padang mengenali golongan muda dan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan sokongan moral (bagaimana kita mengenal kesusahan mereka dan berusaha membantu) dan cahaya Islam (berikan mereka mengenal kelebihan Islam yang sebetulnya) dalam hidup mereka..

Apa yang dapat saya perhatikan (ini adalah pendapat saya sahaja) jentera pergerakan seolah-olah sudah ber-istirehat dan jemu untuk turun padang bersama rakyat..bila ada pilihanraya baru lah mereka minum Redbull untuk berkerja keras dan mulalah cakap  merapu-rapu ( selalunya suka menjatuhkan peribadi org lain dengan fakta yang benar kadang-kala ).Mereka masih tidak sedar yang rakyat tidak mahu orang yang bercakap sahaja tanpa ada tindakan yang tajam...Jihad dalam Islam itu sendiri memerlukan ilmu,iman dan tindakan untuk berjaya..Ilmu itu perlu (ekonomi,politik dsb) dipelajari oleh setiap ADUN dan MP parti PAS,Iman mereka mungkin sudah mantap (saya agak-agak sajalah) tetapi perlu dikongsi dengan rakyat jelata (bukan kubur kamu,kamu punya pasal lah - ini bukan sikap umat Muhammad S.A.W)..Tindakan yang jelas berteraskan ilmu serta iman perlu dirangka dengan berkesan dalam membentuk dan menyedarkan rakyat jelata tentang keutamaan mengamalkan sistem Islam dalam kehidupan...

Jika kita ( Parti PAS) betul-betul ihklas dalam memperjuangkan Islam, maka seharusnya kembali semula kepada Al-Kitab (Al-Quran) dan Hadis..Malahan kehebatan pejuang-pejuang pahlawan Islam semasa zaman Rasulullah dan sahabat dibayangi dengan kehebatan mereka didalam ilmu (Al-Quran dan Hadis) dan cintanya mereka itu kepada agama Allah melebihi segalanya termasuk pangkat dan harta...Rakyat jelata sekarang cukup bijak dalam menilai mana satu pemimpin yang baik dan bermanfaat untuk mereka..

No comments:

Islamic Clock