Tuesday, March 29, 2011

Nasihat Kepada Pemimpin / Ulul -amri

Adapun diceritakan satu kisah terdapat seorang penyair jenaka yang bijak yang bernama Bahlul.Disebabkan permasalahan politik menyebabkan dia berpura-pura bodoh di hadapan Khalifah Harun al-Rasyid.Oleh kerana gaya Bahlul tadi yang menampakkan dia seakan-akan kurang cerdik,maka Khalifah Harun percaya dan terpengaruh dengan beranggapan Bahlul adalah tidak cerdik.

Semasa Khalifah Harun melalui Kota Kufah untuk menunaikan haji, Bahlul ternampak kanak-kanak bermain sambil menunggang (duduk gaya seperti naik kuda) serulingnya.Agaknya kanak-kanak itu menganggap seruling adalah kuda.Lalu Khalifah Harun meminta pandangan mengenai hal itu.

Khalifah Harun : Hai Bahlul, berilah aku nasihat akan hal itu...

Bahlul berhenti bermain lalu dia perhatikan sekelilingnya.Kemudian dia teringat bahawa tempat dia dan Khalifah Harun berpijak sekarang adalah bekas istana.

Bahlul : Lihat lah sekitar tempat ini..Tahukah Tuan bekas tempat apakah ini?Ini adalah bekas istana yang sekaligus menjadi kubur.

Bahlul terus memberi penerangan bahawa Qudhamah Bin Abdullah al-Amiri meriwayatkan bahawa pada suatu hari aku melihat Rasulullah S.A.W melakukan perjalanan ke Makkah dengan menunggani seekor unta berbulu merah.Pelana dan kelengkapan unta itu sudah uzur (lama).Orang-orang yang ada dipinggir jalan,sama sekali tak terganggu oleh kedatangannya.Rasullullah berjalan dengan penuh kemuliaan yang tinggi.Baginda tidak meminta pengawalan dengan tentera dan perarakan rasmi dengan pengawal berjalan didepan dan belakang.Juga tidak meminta ada penyambutan yang meriah.

Ya..itulah sifat yang ada dalam diri Rasulullah S.A.W padahal ketika itu Baginda merupakan seorang pemimpin..

Lalu Bahlul meneruskan penerangannya lagi setelah diminta oleh Khalifah Harun yang telah sedar dan sedih..

"ANDAIKAN SEMUA YANG ADA DI MUKA BUMI INI MENJADI MILIKMU dan TUAN ADALAH RAJA YANG AMAT BERKUASA DI MUKA BUMI INI, APAKAH PENGAKHIRANNYA DARI SEMUA INI KELAK??

YANG PASTI TUAN AKAN MASUK LIANG LAHAD,SANAK KERABATMU AKAN MENABURKAN TANAH DIATAS JASAD MU"

Sebagai rasa terima kasih Khalifah Harun ingin memberikan sejumlah wang sebagaimana lazimnya pegawai kerajaan memberi penghargaan tetapi Bahlul menolaknya dengan berkata dengan tegas  :

"Kembalikan wang itu kepada pemiliknya"
--------------------------------------------------------------------------------------------

Betapa jiwa dan roh islamiah pemimpin sekarang begitu amat  JAUH KETINGGALAN hendak dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang mendapat tempat yang terpuji disisi Allah S.W.T..

Kembalikan harta dan wang negara kepada pemiliknya (rakyat jelata )..
Kembalikan negara kepada pemiliknya (semua rakyat jelata)...

"ANDA PEMIMPIN CUMA MEMEGANG AMANAH UNTUK MENTADBIR NEGARA SAHAJA BUKAN MENCURI HASIL NEGARA DAN KUASA UNTUK KEPENTINGAN DIRI"

No comments:

Islamic Clock