Monday, July 4, 2011

BERSIH 2.0 : Bala buat Malaysia atau BN..







“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, Maka dengan serta merta yang batil itu lenyap”. (Q.S: Al-Anbiya:18)

وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
“Sungguh Allah akan mencabut dari dada musuh-musuh kalian rasa takut dan kewibawaan dari kalian, dan akan menimpa dalam diri kalian al-wahn, mereka (para sahabat) berkata: apa yang dimaksud dengan Al-wahn ya Rasululah: beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati”. (H.R.Abu Daud)

Banyak sekali didada akbar dan corong bunyi di tv dan radio 
perihal pengharaman Perhimpunan Bersih 2.0..Dalam tak 
sedar lagi 5 hari rupanya..Ada cakap-cakap pengecut yang mengatakan
Bersih itu kotor.Kebimbangan ini timbul bila mana mereka yg selama ini 
selesa dan lalai mengurus negara telah merasa tercabar dan tergugat.

Mabuk dunia dan takut mati..dua perkara yang menghalang
Umat Islam di Malaysia untuk jujur dan memikul amanah dalam
melaksanakan syariat Allah dan memperkukuhkan akidah Islam yang diper-
juangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para-sahabat Baginda..

Akhirnya kemajuan yang dikecapi hanyalah dalam ruang lingkup keduniaan.
Sistem pendidikan maju, moral anak2 tertinggal di belakang,
Ekonomi maju, sebahagian rakyat masih merasa terbeban,
Pengangkutan maju, rakyat masih tertunggu-tunggu!!
Maju dan maju, tapi semua itu kosong bilamana
tujuan dan hasilnya adalah terhasil tidak meletakkan 
sasaran akhir hanya untuk kembali kepada Allah..

Ketirisan akal manusia adalah bila mana merasakan usaha hebat
mereka yang terhasil tanpa ada pertolongan dari Allah s.w.t..
Mereka menyangka dengan berpaut pada manusia dan sumber lain
maka mereka akan berjaya dan senang dalam membangunkan 
negara.Adakah mereka pernah bersyukur diatas pemberian
anugerah Allah seperti hasil sumber bumi yg kaya,rakyat-rakyat
yang sentiasa beribadat kepada Allah,yang telah memperkuatkan amalan
supaya Allah tidak menimpakan bala bencana kepada Negara?

Apa yang rakyat ini minta hanyalah sedikit ihsan tapi yang mereka dapat 
hanyalah lah digelar pengkhianat oleh pemimpin
yang lupa bersyukur diatas pemberian nikmat oleh Allah kepada
mereka.Bukan saja tak mahu bersyukur, malah gagal melaksanakan
dan mentadbir negara dengan adil.Sumber kewangan negara
dibazirkan sesuka rasa, pengumpulan kekayaan beredar dikalanga mereka,
ugutan kepada rakyat undilah mereka jika mahu masjid baru,jalan raya baru,
komputer baru,serba macam baru..( mmg kerja barua)..



وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan”. ( Q.S : Huud:117)..

Disini walaupun pemimpin zalim,tapi rakyat masih mengikuti jalan Allah,
tidaklah Allah akan menurukan bala sesuka kehendakknya,
melainkan penduduk didalam negara itu juga sudah mula
mengubah tujuan hidup mereka sama seperti pemerintah yang zalim..
Kezaliman ini bukan saja kepada rakyat,malahan kepada Islam ini sendiri yang mana 
mereka berpura-pura sayangkan Islam,tapi dalam hati mereka meletakkan Islam
sama level dengan idealogi ciptaan manusia barat ikutan mereka.
Gerakan kristianisasi yang beredar di dalam negara pun mereka gagal menyelesaikan
untuk hak-hak umat Islam akibat ciptaan perlembagaan bodoh mereka ini..

Malaysia yang dipimpini sekarang ini, sudah mula nampak bibit-bibit
kecil petanda hati manusia mula taksub pada cintakan dunia 
(mudah-mudahan ia tidak menjadi sebahagian besar/majoriti)
hasil dari gerak kerja dan pemikiran pemimpin yang cuai dalam
mengikuti jalan yang Allah kehendaki..

Maka ini pesanan Allah kepada mereka :

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (Al-An’am:45)

No comments:

Islamic Clock