Wednesday, July 6, 2011

Tundukkan Hati mu - fahami kesatuan Ummah

Dalam menghadapi permasalahan kesatuan umat Islam hari ini, ada sebahagian kita tidak faham tentang perbezaan pendapat dengan pemahaman yang betul.Ini kerana taraf ilmu yang dimiliki seseorang itu tidak sama antara satu sama lain sehingga membawa kepada perbezaan pendapat dikalangan ulama dan bijak pandai Islam.

Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w  dan golongan salafussoleh ridhwanullahi 'alaihim juga sering berselesih pendapat, akan tetapi itu tidak menghalang mereka daripada menunaikan hak dan kewajipan sesama mereka dalam menegakkan Islam.Mereka dengan sikap tawadduknya sentiasa mengambil berat dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mengukuhkan kesatuan saf umat Islam dan sentiasa berusaha menghapuskan perkara yang membawa kelemahan ikatan kesatuan.

Ukhuwah kerana Allah dan kesatuan hati umat merupakan kewajipan tertinggi yang harus mereka pertahankan.

Namun begitu masih ada golongan tertentu cetek akal dalam memahami fiqh al-Iktilaf ( tatacara menangani kekhilafan dengan betul dan mengembalikan yang hak itu kepada Allah) sehingga cuba memaksa orang lain menerima pandangan yang dia yakini benar kerana menyangka bahawa yang terbaik untuk dirinya (mudahan pandangan mereka ini tidak disebabkan campurtangan orang lain) dan merupakan yang terbaik untuk orang lain.Akhirnya jika orang lain menolak, maka mereka merasakan orang lain telah terkeluar dari landasan Islam.Akhirnya sikap taksub yang melulu terbenih didalam kelompok mereka.

Perkara untuk mencari kebenaran akhirnya menjadi huru-hara, caci-mencaci dan tuduh-menuduh lantaran cenderung kepada nafsu dan akal yang lemah,bertambah parah apabila terdorong oleh sogokan harta dan pangkat oleh sesuatu kumpulan yang mahu menutup kebenaran Islam.

Diantara suasana yang dapat diperhatikan sebahagian dari kita memperlihatkan penampilan dan keperibadian yang baik (pakaian manhaj masing2 dan tulisan yang menyokong manhaj mereka) dihadapan orang.Namun apabila berurusan dengan wang dan harta, maka dia mula menunjukkan belang dan semakin nyata akan sikap kecintaan kepada dunia sehinggakan sanggup memperolehi bahagian yang terbanyak untuk dirinya tanpa melihat lagi ( lebih teruk  menjadikan agama sebagai cara dapatkan harta) kepada hukum-hukum syarak yang berkaitan urusan tersebut.

Ada yang seronok dan gembira bila dapat mengetahui keaiban orang lain,lantas (walaupun masih dalam khabar angin) menyebarkan fitnah demi menegakkan golongan mereka dengan apacara sekalipun..tidakkah mereka berasa takut dan geru kepada azab Allah yang pasti tiba itu?

Ada yang diuji oleh Allah dengan pangkat dan jawatan ciptaan manusia.Mereka di uji dengan memimpin di bahagian hadapan umat Islam yang banyak berbicara tentang keadaan kerja orang bawahan dan rakyat.Apabila disuruh meninggalkan jawatan, merengus dan merungut serta menyangkakan orang laintidak layak memimpin mereka..akhirnya mereka tidak lagi bergiat dan meninggalkan gerakan dakwah kerana tidak sanggup berada bersama diperingkat bawah..

Sesungguhnya janji Allah s.w.t tik mungkin ditangguh, namun manusialah yang tidak memahami dengan betul dan terus merayu daripada Allah s.w.t untuk melaksanakan janji yang belum mereka penuhi syarat dan kewajipan dalam diri mereka..

Firman Allah yang bermaksud :

" Kerana engkau tidak sesekali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah ( undang-undang peraturan Allah). dan engkau tidak sesekali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu." (Q.S : Muhammad : 7)

1 comment:

Anonymous said...

Je ne suis pas le propriétaire du site ou des droits d'auteur, mais il est très clair pour moi que ce site viole les droits d'auteur de nombreuses. Y at-il une manière que je peux le signaler en vertu du DMCA? Merci!.

Islamic Clock