Sunday, May 17, 2009

Dia Kekasih ku...Harapan ku pada Mu

Tetiba kekosongan menimpa diri ini..
Hanya dapat mengucap Kalimah La-ila-ha-illallah..
diselangi dengan bisikan Istigfar dalam hati..
Sudah putus asa kah diri yang dulu...
kuat,gagah dan tidak gentar dalam mengharungi masalah..
Kenapa sekarang!!
Sedang difikirkan....memerah ligat segala isi rongga otak..
Mungkin kah sebab......
Diri ini sudah menjarakkan diri dengan Penciptanya..
Renggangan yang jauh dengan terisi kotoran dunia...
Baru sedar...
Setelah di jerumuskan dengan kekusutan hidup..
Mengejar sesuatu yang tak kekal..
Sempat kah?!!!
Merapatkan kembali hubungan dengan Kekasih ini..
Kasihnya merentangi lautan,setinggi gunung dan ..
seluas langit agung...
Payungan yang tiada tandingan..
Masih sempat kalau hati ini mahu..
Cuba dan cuba dan cuba...
Mengalah bagi yang malas dan lalai...
Akhirnya Kekasih yang dicari melihat..
Kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan..
Jalan yang lurus dibuka dengan pimpinan Zat-nya..
Diri ini mendapat bahagia itu..
Menunggu masa sahaja..
Untuk bertemu si Dia...

4 comments:

pink_butterfly said...

puisi? sajak??


utk siapakah?

daku tak paham mksud tsirat d sbalik ayat2 bbunga2 cmni...

Unknown said...

Yann..
Errr..ntah lo..
kalu puisi utk rama2..kalu sajak utk Yann..ekeekee

Ni utk tazkirah bagi org yang dok keja smpai tk ingat nk solat..
Saja2 utk pringatan bersama..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huhu.

pandai gak bang uxop bersajak.

phewwww.

Unknown said...

Lol..
Ni la insan seni tapi salah profession lak..abg uxop minat sastera & sains..melalui sastera kita boleh mudah mendekati jiwa manakala sains utk memahami tindak-tanduk kita melalui kajian..
Lol faham tak?..abg uxop pon dak faham falsafah ni..hehe

Islamic Clock