Thursday, May 7, 2009

Kereta mini puteh berhantu..

Let me tell u the truth story that someone has told me about this scary event..ewahh..omputeh plak..

Semasa otw(on the way) balik dr kl ke kelantan melalui jalan lama iaitu Merapoh -Felda Sungai Koyan (kawasan kemalangan maut yg tertinggi), Pudin bersama 2 org kawannya terlalu seronok memandu kereta smbil bercerita perihal orang ramai yang terserempak van putih yg memotong kenderaan tapi tiada pemandu.Pada waktu tu sudah pukul 2 pagi bila mereka melalui jalan tersebut.Sekeliling memang gelap sebab dikelilingi ladang pokok sawit dan bukit.
Pudin tak percaya cerita van putih tu dan menempelak kawan2 nya..
"Mana ada hantu boleh pandu keter (van).Tak logik sungguh,"kata Pudin
"Mu jgn cakap besar Pudin.Nanti dia tunjuk sungguh naya kita,"balas Ajis.

Memang betul kata Ajis..selang 5 minit je lepas tu ada satu keter mini putih melintas dgn laju keter diorang.
"Kau nampak tu..Mini putih melintas kita..perasan ada driver tp tak nampak muka,"kata Mat Yim..
"Ahh..perasaan kau je tu,"kata Pudin.
Lepas tu selang 5 minit lagi,ada lagi sebijik keter Mini putih memotong keter diorang..
"Kau nampak tak tu..kita mana ada pintas keter tadi.Tiba2 dia memotong kita plak,"kata Ajis.
"Ya lah.Tapi mungkin kita tak perasan kot dia berhenti tepi jalan ke tadi,"balas Pudin utk menyedapkan hati yg dh kecut tu..

Tiba-tiba..

"Ehh..ada lagi sebijik Mini putih potong keter kita.Biar betul ni,"kata Mat Yim dgn cemas dan terketar-ketar.

Mereka semua terkedu dan berpeluh sakan di malam yg dingin tu..Hati mereka dh syak yang bukan-bukan..Syaitan ni betul2 nak tunjukkan kat diorang kot yg hantu jugak boleh bawa keter.
Tengah berada dalam ketakutan tu,tiba-tiba datang lagi sebijik Mini putih dari arah belakang dgn laju dan memberi isyarat lampu tinggi smbil memintas kereta diorang..

"Tak boleh jadi ni.Kita kene cari tempat org ramai utk berhenti.Aku dh meremang bulu roma,"kata Pudin.
"Tu la kau.Tadi aku dh kata jgn cakap besar tpi kau degil.Tgk dia dh tunjuk betul2,"kata Ajis dengan sora tesekat-sekat kt kerongkong sbb betul2 takut.
"Cuba kau fikir..mana ada kita potong keter Mini tadi..Tiba2 asyik dia je dok potong kita,"kata Mat Yim..
"Oowww...tak leh jadi ni..kita cari tempat rehat dulu.kalu bulih tido kat sana.Pagi sok baru kita gerak ke KB,"Ajis bagi cadangan.
"Aku setuju,"kata Pudin dan Mat Yim.

Setelah memandu lebih kurang 5km, mereka nampak tempat rehat/makan kat Merapoh..
Mereka pun berhenti utk hilangkan ketar2 lutut dan sendi2 mereka dulu..muka masing2 dh pucat ..
Tiba2...

"Ehhh..bukan kah ni keter Mini putih tadi,"kata Pudin.
"Ya laaa..tapi apsal banyak sangat keter Mini putih ni,"kata Ajis dengan penuh kebengongan.
"Cuba kau lihat sana..Dia orang ada konvoi keter Mini ke KB laaa..Chessss,"marah Mat Yim tak puas hati..

Keh..kehhhh..kehh..Padan muka diorang..lain kali nak balik Kelantan ajak aku sekali...

4 comments:

hanis said...

hehe~
tertipu mak..
cess... cess.. cess

Unknown said...

Hanis..
Hehehe..tapi van putih tanpa pemandu tu betul.cuma tak mau citer detail lg

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ntah2 yg xda muka tu KHAYALAN je kowt.

hehehhe.

Unknown said...

Farida..
van putih tu betul..kami pernah alami..abe uxop xmao citer dulu sbb mmg menakutkan..kepala xde dgn van tu ada kuar darah kt tepi pintu..
Amboii..mst best dok kt kg ya..kim salam kt family suma.mst dpt makan best2 ni.

Islamic Clock