Sunday, May 10, 2009

Makan diri

Tahun 2005-2007,Projek Pembinaan Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Anak Bukit,Alor Star,Kedah..Kat sana aku ada 3 orang penyelia tapak..Tapi supervisor yg paling raja lawak adalah yg bernama Amir (raja lawak tiruan)..Dia rajin tapi kerja cuai sikit..

Pada suatu hari aku arahkan beliau supaya jadi "chainboy" mengikut Surveyor untuk buat "peg" kawasan basement.Untuk pengetahuan semua, di kawasan basement dlm pembinaan tu banyak lubang2 yg belum ditutup..Jadi aku bagitau dia supaya hati2 jgn pijak plywood nipis (utk tutup lubang) kerana lubang tu dalam dan ada air serta selut..Dia menganggukkan kepala tanda faham.

Kebetulan aritu ada lg 1 Chainboy nama Man..Mereka berdua mmg sahabat baik kat tapak kerja..Semua persediaan utk buat peg (tanda kawasan) dh diurus.Mereka berdua menunggu Surveyor datang.

"Man..kalu kau nampak plywood,kau jgn pijak sbb ada lubang kat bawah.Uxop dh pesan kat aku,"bagitau Amir kat Man.

"Aku dh tau le..kau tu yg kena hati2,"balas Man.

"Aku ingt kau tak tahu lg,"kata Amir ..

Bila selesai membuat peg,mereka berdua aku arahkan naik keatas.Sedang dalam perjalanan naik keatas mereka kena melalui banyak lubang yg ditutup plywood..Sebenarnya plywood yg menutup lubang tu ada kekeliruan dgn plywood yg sengaja disusun selepas digunakan..mmg susah nak dibezakan..

"Man!!kau jangan pijak plywood tu..ada lubang.."jerit Amir kat Man.

"Mana?."Balas Man kehairanan.

Tiba-tiba..Pranggggg..bunyi plywood pecah dan diikuti dgn bunyi..bukkkkk..ada orang jatuh.

"Apasal kau dok atas plywood tu,"kata Man.

"Aku ingatkan ni plywood diorang susun,rupa-rupanya ada lubang kat bawah."jawab Amir dengan keliru.

Aku bergegas turun tgk..aku nampak Amir terjerumus dalam lubang berisi air dan selut..basah kuyup..Man kat atas cuba tarik Amir naik sambil ketawa terbahak-bahak..

"Apasal ni,"aku tanya diorang.

"Kau tgk Amir ni.Dia jerit kat aku jgn pijak plywood tutup lubang,tapi dia yg jatuh dalam lubang.hahhaaaha.,"jelas Man sambil ketawa terbahak-bahak.

"Tu la tadi aku dh pesan..yg kau pi suruh org jgn pijak tapi kau pijak pulak kat lubang tu buat apa!,"kata aku..

"Aku nak elak plywood tu tapi dah tak sempat sbb kaki aku dh dok kat atas plywood,"terang Amir yg masih terkejut dan basah kuyup..

"Dah..dah..balik umah tukar baju dulu.Nanti aku belanja kau orang minum,"kata aku sambil gelak besar.

Tu la dia..kena tengok keadaan kita dulu sebelum kita tengok orang..kah..kahh..kahh

........................................................................................................................................

P/S : Selamat Hari Ibu kat ibu di kampung,semua ibu rakan2 blogger dan bakal2 ibu..without u who am i...

6 comments:

hanis said...

mmg raja lawak betul la mamat sorg nih...
nasib tak cedera parah

Unknown said...

HANIS,
lawak tu bagus sbb kalu terlalu serius hidup ni nnti xda apa2 makna..jokes make our life more brightful..smiles is the best medicine..

BudAk hijAu said...

time kasih!tp aku blom nk jd ibu lg....hihihihi..

Unknown said...

Yann (hijo gurl)..
nanti dh tiba masanya kena le menerima hakikat utk menyambut hari ibu ni..err..moga2 cpat dpt jodoh n dpt anak (anak kembar kot)..hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huisshhh.

adeshhh.

dapat bygkan camane situasi tu berlaku.

ahhaaaa.


selamat hari ibu utk ibu abg uxop oke?

Unknown said...

okeh2..nnti abg uxop gtau dia..senyum meleret le org tua tu..hehe..

Situasi boleh berlaku bila2 masa jika kita tak berhati2..
So..Lol kene hati2 ler bila nk wat apa2 sj..k

Islamic Clock