Tuesday, August 26, 2008

BERMUHASABAH DIRI















SELAMAT MENYAMBUT & MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA..............




BERMUHASABAH DIRI DAN MENGAWASI DIRI (MURAQABAH) SEBELUM DAN SEMASA MELAKUKAN SESUATU PERKARA/URUSAN,MUDAH-MUDAHAN SEGALA PENYAKIT HATI AKAN BERKURANGAN...INSYA-ALLAH

Kejernihan fikiran selalunya lebih mudah di rasai pada waktu fajar iaitu selepas selesai menunaikan solat subuh.....Soal dan hitung balik segala penyakit-penyakit hati dan dosa-dosa yang anda lakukan.....dan lantas bertaubat serta berazam untuk tidak mengulanginya...

Tanyalah diri anda.....

1 :--Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan diri anda sebelum solat dan selepas solat masih sama?
2 :--Adakah anda merujuk kepada Sunnah Nabi sebelum memulakan sesuatu ibadah?
3 :--Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?
4 :--Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan ketaatan?
5 :--Adakah anda redha dengan ketentuan Allah ataupun anda berasa amat gusar?
6 :--Adakah anda hanya mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata daripada kerja yang di buat,kesukaran berjihad dan kesakitan yang anda lalui?
7 :--Adakah anda berasa lemah semangat sehingga tidak mampu untk menasihati saudara sendiri?
8 :--Adakah anda berbuat baik kepada keluarga,jiran,masyarakat dan negara?
9 :--Adakah anda mengiringi setiap kebaikan dengan kejahatan?

SEANDAINYA KITA MAHU MENGUBAH KEADAAN UMAT ISLAM DAN MENDIRIKAN DAULAH ISLAM, MAKA KITA HENDAKLAH LEBIH DAHULU MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI

Thursday, August 21, 2008

Negara Dan Pemerintahan Islam Semasa Nabi Muhammad S.A.W

Menurut buku 'NEGARA DAN PEMERINTAHAN DALAM ISLAM', Dr.Ahmad Syalabi menerangkan budi pekerti Rasullullah S.A.W adalah faktor utama berhasilnya pembentukkan masyarakat Islam yang pertama.Budi pekertinya yang luhur telah memikat hati manusia.

"Andaikata engkau (Muhammad) berbudi jahat, berhati keras (kasar), nescaya lari bercerai berai lah mereka dari engkau" (Aal-'Imraan : 159)

Malah Perlembagaan Madinah amat nyata tentang keutuhan peribadi dan masyarakat islam di bawah pimpinan baginda iaitu :

1) - Kepercayaan (Akidah) menjadi Dasar Negara dan Dasar Persatuan Umat.

2) - Baginda sendiri menjadi Ketua Agama yg membimbing rakyat ke jalan Agama Allah S.W.T

3) - Warga negara mendapat hak (perlindungan) yg sama sekalipun mereka berlainan agama dan bangsa bila mereka patuh kepada kekuasaan Islam.

4)- Warga negara (rakyat) sama-sama menanggung kewajipan memelihara keselamatan negara.

5) - Pembentukan sebuah negara yg membuka pintu masuk kepada orang bukan Islam untuk memeluk Islam sebagai Agama Rahmat bagi seluruh alam.

Rasullullah S.A.W semasa hayatnya juga berjaya mempraktikkkan Dasar Persamaan Antarabangsa.sebagaimana sabdanya :

"Tiadalah kelebihan orang Arab daripada yang Bukan Arab melainkan taqwanya."


Ini memeranjatkan tokoh-tokoh barat kerana hal ini amat luar biasa. Dr.Gustave Le Boneada membuat pengakuan " Bahawa perubahan yg diperolehi Nabi Muhammad S.A.W itu memang luar biasa dan tiada contohnya.Bagi umat Islam, soal itu tidak merupakan hal yg luar biasa yang menyebabkan Muhammmad harus dipandang lebih daripada manusia yang bertugas menjadi Rasul Tuhan; dan kebijaksanaan Muhammad serta kemahuanan sungguh-sungguh daripada sekalian orang Islam pada zaman pertama."

HANYA DENGAN SIFAT LUHUR DAN TERPUJI DIMILIKI BAGINDA,NABI MUHAMMAD S.A.W DAPAT MENYATUKAN MASYARAKAT BANGSANYA YANG KUCAR-KACIR KE DALAM SATU AGAMA, SATU PEMERINTAHAN, SATU WARGANEGARA, SATU UNDANG-UNDANG DAN MENGUTAMAKAN SATU BAHASA IAITU AL-QURAN.

Monday, August 18, 2008

Sifat Ujub perosak diri..



Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan perang Hunain,semasa kamu bermegah dengan bilangan mu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada mu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah : 25)

Ujub menurut Kamus Dewan merujuk kepada perkataan Arab yg bermaksud kagum terhadap diri sendiri, angkuh ,bongkak dan ego.Sikap ujub boleh dirumuskan sebagai sifat kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperolehi dan seterusnya lupa mensyukuri nikmat itu kepada Allah

Seseorang yang bersikap ujub selalunya lupa untuk memperbaiki atau mengenali kekurangan dalam dirinya termasuklah dalam ibadat dan kebaikan yg dilakukan.Kealpaannya itu mengakibatkan amalannya menjadi sia-sia.

Mereka yang bersikap ujub ni mudah merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah bahkan merasa selamat daripada ujian dan seksaan Allah terhadap dirinya.
Sikap orang yg ujub ini antaranya ialah keras kepala (tidak mahu menerima nasihat yang baik) angkuh kerana merasakan dirinya yang terbaik (tiada manusia yang terbaik @ terburuk kerana semua manusia adalah sama disisi Allah, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Allah) dan memandang rendah akan pendapat dan kebolehan orang lain.

Bahana dari sifat ujub ini akan menjadikan manusia malas berfikir dan takabbur kerana merasakan dirinya sudah cukup pandai dan ilmunya sudah banyak serta merasakan diri dan kaumnya yg terbaik.


Pemimpin yang bersikap ujub akan pasti membawa kebinasaan yang besar kepada negara kerana merasa dirinya sudah cukup pandai mentadbir negara serta mempunyai kuasa tanpa mempedulikan hak-hak bersuara dan keperluan rakyat jelata.


Sikap ujub dan taksub terhadap asal-usul keturunan dan kejayaan sesuatu kaum atau bangsa itu juga boleh meranapkan dan menjatuhkan kaum itu sendiri.Buktinya cukup nyata.Anda boleh perhatikan sendiri di sekeliling anda, catatan sejarah-sejarah lampau dan kisah-kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran….Perhatikanlah dan Jauhilah sikap Ujub..

Monday, August 4, 2008

INDAHNYA BERSEDEKAH


"Bandingan org yg membelanjakan harta ke jalan ALLAH sama seperti sebiji benih yg tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai,tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah, ALLAH pasti melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya dan ALLAH Maha Luas (RahmatNya) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al-Baqarah : 126).
Amalan bersedekah adalah satu sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi sebagai hamba Allah. Bagi pemberi sedekah walaupun sekadar yg mampu diberikan sudah cukup memberikan ketenangan hati kepada pemberi itu sendiri apatah lagi kepada penerima yang betul-betul dapat meringankan beban dan penderitaannya.
"Dan belanjalah (dermalah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, maka ia pada saat itu merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku kesatu masa yang sedikit lagi,supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang yang soleh." (al-Munafiqquun:10).
Islam sangat-sangat menggalakan umatnya bersedekah dalam membantu mereka yang kesempitan.Nabi Muhammad S.A.W sendiri menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan bersedekah kerana banyak sekali manfaatnya. Sumbangan yg ikhlas tanpa mengira serba kekurangan atau sekecil mana pun cukup amat bermakna kepada penerima walaupun mampu menerbitkan senyuman itu hanya seketika.
"Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana ALLAH semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan darimu atau ucapan terima kasih." (Al-Insaan :8-9)
Imam Syafiee Rahimahullah menerangkan orang fakir itu tiada harta dan mata pencarian manakala orang miskin ialah ada harta sekadarnya atau ada mata pencarian tetapi tidak cukup bagi menyara hidup.
Rasulullah S.A.W juga ada menerangkan tentang gologan fakir miskin sebagaimana terdapat dalam satu Hadis Abu Hurairah R.A bermaksud : Orang fakir miskin bukanlah orng yg (menadah tangan) meminta-minta ke sana sini kepada orng ramai yg apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau sebiji atau dua biji buah kurma dan ia pergi lagi ke tempat lain untuk meminta lagi.
Menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti orng fakir miskin dulu sebelum menderma atau bersedekah. Sebenarnya orng fakir miskin ialah orng yg tidak mampu menampung sara hidupnya dan malu untuk meminta bantuan kepada orng ramai kerana khuatir menyusahkan orng lain.
Nabi S.A.W ada bersabda maksudnya : Sekiranya seseorang tidur dengan perut kosong, jaminan pertolongan ALLAH akan jauh daripadanya.
"ALLAH tidak melarang kamu drpd berbuat baik dan berlaku adil kepada orng2 yg tidak memerangi kamu kerana agamamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orng yg berlaku adil."Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yg memerangi agama (kamu) dan mengeluarkan (kamu) dari kampung halamanmu, serta mereka membantu orang lain untuk mengusir kamu.Dan (ingatlah) sesiapa yg menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orng yg zalim." (Al-Mumtahanah:8-9).
Bersama membantu org susah & miskin melalui :
1)- Kijang Care Organzation - maybank : 5122-4060-0597 ; utk laporan kewangan lawat http://www.kijangcare.org/
2) Masjid Pondok Tahfiz Pdg Bongor ,Tanah Merah,Kelantan..Derma utk pembinaan;
Bank Islam : 03054010020678 @ Maybank :553056007684;

hulur bantuan kepada anak yatim & miskin :
1) PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN -
Akaun Bank Islam 08-013-01-006136- 1
2)Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin , Bank Islam Bhd. Caw.
Ipoh No.Akauan: 08-013-01-005612-4 http://bait-alamin.blogspot.com/
3)Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah"; Account no: 12-029-01-001611-4 of Bank Islam Malaysia Berhad ..http://www.darulizzah.enetmyne.com/
4)NAMA : Asrama Anak-Nak Yatim/Warga Miskin Budi MuliaNurul Huda
ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan
PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin
PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin RazaliTEL : 05-2011391 / 012-2707619
CIMB iaitu 08150068314529 diatas nama BUDIMULIA NURUL HUDA

Islamic Clock