Thursday, March 25, 2010

Sentuhan Harapan

Dia telah meninggalkan urusan kerja di pejabat dengan segera.Pertanyaan kerani am nya tidak dijawab.Pelik betul dengan perangai Arif harini.Kereta Toyota Camry hitam dipandu laju menuju ke sebuah tempat yang dia amat lama sudah untuk mengunjunginya..

Arif membuka pintu kereta sebaik sampai ketempat yang dimaksudkannya..Kelihatan seorang wanita yang berwajah pucat berdiri memandang kearahnya.Anak mata yg sedikit kehitaman digenangi air mata gembira beserta rindu.

Tangan wanita itu disambutnya..dicium kedua tangan orang yang dia ingin bertemu.
"Kenapa lama tak datang melawat."pemula bicara oleh wanita itu.

"Bulan 5 ni sibuk sikit..ada urusan mengemaskini dan menyelia soal kewangan untuk keperluan LHDN."jelas Arif.

"Walaupun sibuk,kesihatan,makan minum kena jaga juga.Kesian kat Arif,takde siapa nak tolong tengokkan makan minum."hela wanita itu seolah-olah menyalahkan dirinya kerana keadaan itu berlaku.

"Tak apa lah Ma..Arif pun musykil juga ni,kenapa Ma beria-ria tak mau tinggal di rumah kita?Ma lebih selesa tinggal disini bersama kawan-kawan yang tidak hargai oleh anak-anak."Arif cuba dapatkan kepastian.

"Ma dah tua..tiada apa lagi untuk dinikmati dalam hidup ni.Ma lebih selesa disini bersama kawan-kawan untuk mengaji Quran,solat berjemaah dan kami  melakukan segala urusan bersama-sama..dapat juga lah Ma melupakan kenangan silam dengan Arwah ayah Arif di rumah tu."Dia merungkaikan apa yang dipendamkan.

"Kalau begitu,Arif amat faham sekali dengan kehendak Ma.Arif cuma harap Ma hidup dengan gembira."Arif menghela nafas dengan senyuman..

Citer Omputih yang paling diminati

Kami tengah tunggu minuman dan makanan yang dipesan..terpaksa singgah di kedai USJ sbb lapar kerana seharian melawat Sunway Pyramid..jadi lepas solat maghrib,kami cari kedai makan di tepi jalan..

Sambil menunggu makanan tiba,kami berbual kosong tanpa apa faedah..tiba2 datang mamat dari mana tah.."Abang nak beli cd citer murah tak?macam2 ada."..

"saya nak tgk dulu..tapi tak mau beli lagi..citer apa yang best?"aku tanya.
"citer baru ni bang..Tenage Mutant of Ninja Turtle."dia memberi idea bernas.
"apa kejadah nya kami nak tgk citer kartun penyu ni..kami rock,mana boleh layan kartun..apa kes lu ni mat cd."aku tempelak.

Mamat penjual cd tu terus belah ke meja sebelah sbb dia tak rock langsung dan tak meng-respect kami yang dh tua ni..eh.ehh

Tuesday, March 23, 2010

Lelaki dayus - gagal menilai kebaikkan isteri

Mereka sudah 5 tahun berkenalan..dua tahun bertunang..semua orang sekeliling termasuk keluarga terdekat merasakan pengantin tersebut akan bahagia..begitu juga dengan pengantin perempuan..dia memang menginginkan perkahwinan tersebut kerana sudah lama mengimpikan hidup bersama selamanya dengan lelaki idaman hati..7tahun bersama susah payah dan senang..

Ibarat cuaca panas pagi hingga ke petang..rupa-rupanya tengahari sudah mendung dengan petir berselindung menunggu masa untuk bertindak..

sungguh tak terduga..perhubungan 7tahun itu retak dan putus dalam masa 5hari..si lelaki terlalu mengikut kehendakkan keluarga..perasaan hormat utk isteri semakin hilang dan berkubur..desakan ayahnya membuat si lelaki hilang pertimbangan dalam menilai setiap inci kehidupan dengan isteri..kedayusannya dalam menangani masalah yang timbul di sebelah keluarganya mencabar semangat kejantanan yang berselindungan dengan tindakan jahat yg mengaibkan si isteri..talak 3 bukan mudah diterima oleh isteri..tetapi itulah hakikat bila lelaki dayus yang hanya berani didepan isteri yang lemah tetapi pada masa sama menjadi lembu dicucuk hidung dalam keluarga sehingga buta menilai kebaikkan isteri.

Monday, March 22, 2010

Pakcik tua

Aku menikmati teh ais dalam kedai mamak di Pekan Jeniang..Pandangan ku terpaku melihat garis-garis kedut dimuka pakcik tua di seberang jalan..dalam bahang panas begini dia masih gagah berjalan mencari rezeki.Bahan jualan apa yang dikendongnya..apakah dia menjadi gagah sebegitu demi mencari rezeki yang ditentukan..

Dia menghampiri aku...

"Anak boleh cuba Balm Serai Wangi ni..banyak khasiatnya"dia berkata sambil dalam keadaan berdiri..

"Takpa..Pakcik duduk dulu.hilangkan dahaga dulu..boleh cerita sambil-sambil minum air.Arini cuaca panas sungguh" aku mempelawanya..

"Hmm..pakcik dh biasa gini..panas,hujan dh sebati..untung jual ni pun tak banyak..banyak ubat moden sekarang..susah nk lawan ubat moden ni."katanya sambil hirup teh o ais.

"Dh adat meniaga,sikit pun kira untung juga..rezeki sesusah mana pun kena cari."aku tambah sikit2..

"Betul tu..bila hari rezeki murah,ramai yg beli..bila rezeki dh sembunyi sikit mmg payah nak laku."dia seolah bersetuju dgn aku.

"Jika rezeki aritu bersembunyi,macamana pakcik nk mencarinya"duga aku..
"Pakcik tak pernah berputus asa..samada dalam berusaha (jual barang) dan juga berdoa.Tak pernah mengeluh jika pelanggan tak mahu beli..sebab..jika ikhlas menerima untung,kita kena ikhlas menerima rugi." katanya panjang lebar..aku bersetuju dgn dia..

"Ok lah saya ambik balm serai wangi ni satu..minuman tu saya belanja pakcik sbb beri saya satu nasihat yg baik arini."aku terus beri duit kepadanya kemudian bayar harga minuman..nak kena sambung balik kerja di pejabat tapak yg ber-aircond..cuaca masih lagi panas..bagaimana pakcik tadi?untung rugi kah dia arini dalam cuaca begini yg betul2 menguji iman seorang muslim..

Saturday, March 20, 2010

Aku tak faham

Bukan sekali dua benda ni bermain di benak fikiran...dalam ingin melupakan, ia masih berdegil utk melekat di kotak fikiran..luar kotak lagi la aku malas nak berfikir..

Kenapa mereka sengaja mencari nahas utk membahayakan diri tanpa mempedulikan keselamatan sendiri dan org lain...

Nak korner kiri-kanan sila lah bagi signal..tak luak pun bateri keta..adoiii..

Wednesday, March 17, 2010

Catitan Diri 1


Kepada yang menyambut harijadi arini 17 Mac, selamat harijadi..maulud nabi pun dah lepas...seperti biasa nak kena menulis/mengarang kerana rasa boring dan pening2 dengan kerja sikit..bila menulis tenang sikit sbb dapat luahkan apa didalam hati...

Sebenarnya saya pun tak terfikir untuk sampai ke tahap ini..dulu di sekolah, bila cikgu tanya apa cita-cita kamu bila besar esok2, macam budak2 lain juga mesti jawab askar,polis dan cikgu..itulah jawapan tipikal yg selalu bermain di minda..tetapi bila menginjak ke umur 12 tahun selepas PMR, saya sebenarnya lebih berminat utk ke sekolah Agama, malahan saya telah mengusahakan diri menjalani ujian di Sekolah Maahad Muhammadi, tetapi gagal kerana kuota sudah penuh..pernah juga berusaha ke sekolah Pondok, tetapi bila melihat keadaan keluarga yg amat susah yg perlu dibantu, maka telah timbul satu kesedaran utk berusaha ke peringkat yg lebih tinggi..semua ahli keluarga hanya bersekolah sampai SPM sahaja..saya telah di izinkan Allah utk sampai ke peringkat Sarjana Muda..

Alhamdulillah dengan pengalaman kesusahan di zaman lalu telah menjadikan saya seorang yg tidak lupa diri kepada keluarga dan sahabat2..Saya tidaklah pandai sangat, malahan mereka2 yg menganggap saya pandai sebenarnya telah tersilap nilai..yang menjadikan saya begitu cuma sikap rajin ingin tahu dan tanggungjawab sahaja..Sesungguhnya saya sentiasa berharap agar Allah sentiasa menjaga diri ini supaya tidak meninggalkan hambaMu ini samada didalam keadaan susah dan senang..Perkara yang paling ditakuti sekali adalah bila senang hamba telah menjarakkan diri dengan Allah dan dikala susah Allah telah melupakan hambaNya ini kerana sombong dan kedekut diketika senang..

Monday, March 15, 2010

Lawak Kampus 3

Malam tu mmg letih..kalau buleh lepas solat Isyak nak terus baring dan tido di atas kerusi panjang rotan (Tilam takde maka kerusi rotan jadi katil maklumlah satu rumah 12 org duduk 3 bilik)..Sewa rumah di Seksyen 19 ni mmg mahal..satu rumah teres kosong dan nak runtuh adalah RM1100 pada tahun 2000..Masa tu poket mmg nipis,nasib baek ada duit simpanan RM1500 hasil kerja kilang dobi haram di Damansara selama 4bulan..

Adapun ditepi kerusi rotan itu ada satu meja..atas meja ada komputer Pentium 2 yg sngat lembap milik Kemarau ( Kem adalah budak sarawak yg sgt kedekut..haha)..bukan itu saja beliau juga memiliki satu pencetak Canon (aiseh lupa nama siri dia) yg sangat lagi lembap dan bising..Pencetak tu mmg utk org yg mempunyai kewangan yg sengkek sahaja..katrij dia pun yg karbon punya (lebih kurang katrij mesin taip sizen)..

Jadi selepas solat, aku meng-syok-kn diri utk tido..setengah jam selepas itu...

Treeettt..treetttttt..treeeetttt...bunyi printer kekura demam campak (sbb nak kena campak keluar nih)...pastu bunyik lagi..treerrrttt.trettttttt...lagi dan lagi dan lagi

Aku pun terjaga..patut la..org tua ni tgh print Assignment utk di anta esok..Aku tak mau kata apa dulu, masih berbaring di sofa empuk..buat-buat tido dan tunggu masa utk mengkondemkan printer kekura tu sajork...

Selang 10minit,Kem bangun dan menuju ke bilik air..aku pantas bangun dan buka printer..terus gunting reben karbon hitam dan tutup balik printer..kemas2 skit bg nampak keadaan asal dan terus baring balik.

Selang 3minit Kem datang balik dan meneruskan niatnya utk mengganggu nikmat tido ana lah..
Tapi apo kan dayo..den dulu kasi pelingkop dio punyo printer..Tusss..zassss...krettt.kret.krt..bunyik printer kekura tu..Aku tgk Kem menggaru kepala..
"Kenapa jd ginik,aku dh belik katrij baruk"Kamp berkata sorang2(versi Sarawak nih..tibai je)

Aku di belakangnya sudah tak leh tahan..gelak senyap2 sambil tido dengan aman..

Sunday, March 14, 2010

Lawak Kampus 2

Pada malam utk berangkat ke ITM Shah Alam, aku dengan Kandar sempat membuat lawak bodoh..
"Bas Sutera ni buruk sangat!boleh ko smpai ke Shah Alam ni?..ntah2 enjin luruh di Karak nnti."Aku bersuara.
"Hohh..aku pun rasa macam tu jugok..silap2 netup (meletup) tayar bas ni."Kandar menambah cerita..

Masa duduk dalam bas buruk tu mmg selesa,dgn aircond yg sejuk dan bau tandas yg menusuk kalbu..macamana nih..nk tido pun takleh..nasib baik dh lepas Karak,sekejap lagi smpai ke Hentian Greenwood..

Dalam menghidu bau-an tandas tadi,tiba2 ia telah bercampur dgn bau-an hangit..

"Takkan benda alah tu boleh bau mcm tayar kena bakar."Aku beritahu Kandar..
"Pelik sunggoh ni..siap ada asap lagi kat belakang..takkan berak sampai berasap pulak."Kandar dgn lawak bengongnya..

"Alamak..Bang drebar!Bang Drebar..Bas ni terbakar kat belakang.."Org belakang menjerit..

Bas pun berhenti..aku tgk ikut cermin tepi..asap berkelung..rupanya tayar bas terbakar dan merebak ke enjin sikit..

Tiba2..Makcik kat depan mengucap sambil berkata :

"Ya Allah..Ya Allah..selamatkan lah kami,jangan biarkan bas ni meletup.."

Aku pun bagitau makcik tu :
"Makcik..kalu nak selamat kena turun dulu dari bas ni..jgn berdoa dlm bas tgh terbakar ni..nnti sia2 saja doa makcik tu.."

Makcik tu tengok aku :
"Betul juga tu nak oii..macamana makcik bulih lupa nk turun dulu.."

Nasib baik kebakaran enjin bas tu sempat dipadam dgn kepakaran abg drebar dan bantuan kami..

Nasib kami smpai Shah Alam pukul 11 pagi..kelas pagi sahih kena tuang..kuang3x

Friday, March 12, 2010

Lawak Kampus 1

Dulu aku tak percaya dgn org kata selepas bangun tido kena terus mandi takut2 org tengok pun jelik..tetapi selepas kejadian ini baru aku sedar,mmg kena mandi lepas bangun tido...

ITM Arau,Perlis tahun 1997..tempat: Kolej Kediaman Kempas.Waktu kejadian :4ptg...
Mereka yg terlibat : Buyeng Mat Amin ,aku dan Pakcik Guard..

Selepas balik dari kelas Water & Waste Water Engineering,Mat Amin,aku dan Buyeng terus balik ke kolej utk berehat..jam pukul 3ptg..hemmm..mmg best utk landing atas katil sementara tunggu main bola pukul 6..Masa balik dari kelas tadi dah heboh akan ada spotcheck ujian urine di kampus...dah baring2 atas katil ni,aku pedulik apa dengan spotcheck tu,aku bukan kaki ganja mahupun ubat batuk..baik aku tido..buyeng dan mat amin pun sama..tapi diorang tido lagi awal..letih kena torture dgn En.Khairi barangkali...

Pukul 4.30ptg..aku sudah bangun dan mandi..bilik 3-0-6 aku cuma sebelah dengan bilik air (bilik kami dekat dengan tangga dan bersebelahan bilik air/pantri..jd kalu sesiapa naik ke kolej mesti lalu ikut bilik kami)..1jam ni masa utk study..Mat Amin dan Buyeng belum bangun...Lepas asar baru aku kejut kan diorang...Mat amin bangun tapi tido balik,manakala Buyeng bangun dan dalam keadaan kusut masai (rambut mengerbang,mata kuyu dan merah) dengan baju ke kelas yg berkedut terus nak ke bilik air utk basuh muka...

Selang 3 minit..bunyi riuh rendah..
"Woii..budak..berhenti..kamu hisap dadah ya..."Pakcik guard menjerit..
"Saya tak hisap dadah pakcik..ni nak gi bilik air basuh muka."bunyi suara mcm aku kenal..

Sah...suara Buyeng..

"Aku tak percaya dengan hangpa semua ni..tengok dengan pakaian selekeh,mata merah dan rambut mengerbang ntah apa2 macam ni." Jerkah pakcik guard kat Buyeng (tgh mengigil).

"Sumpah Pakcik.Saya baru bangun tido."Buyeng cuba meng-explain kn keadaan..siapa nak percaya dengan keadaan dia selekeh gila..sah org lain pun ingat dia layan menatang tu..

Aku keluar dari bilik, lepas tu cuba terangkan dekat Pakcik Guard yg member tu baru bangun tido..

"Kamu jgn masuk campur,nnti dgn kamu sekali aku heret ke pejabat pengawal utk urine."Pakcik guard membebel..

"Kamu si kurus lagi selekeh ni,mai ikut aku kepejabat utk urine test."Pakcik guard mengarah.
"Tapi saya belum mandi lagi ,Pakcik."Buyeng mencelah..
"Tak payah mandi..busuk pun takpa,penting buat urine test dulu."beritahu Pakcik guard.
"Uxop,tolong aku sikit."Buyeng merayu.
"Ahh..mu gi buat dulu urine tu..lagipun mu kn takdo hisap menatang tu..takut apa."kata aku.
"Aku bukan apa..malu laa..kena lalu depan siswi-siswi dgn keadaan gini."kata Buyeng
"Nasib mu la tu,sapa suruh tido dengan baju gi kelas."kata aku smbil gelak kuat2..

Tuesday, March 9, 2010

Nakal dan jahat

Budak itu hanya bersikap nakal sahaja..tu pun bukannya menganggu hal orang lain..dia sekadar mengusik-usik temannya sahaja..Tetapi temannya itu merasa terganggu dengan usikkan tersebut lalu mengatakan yang budak itu jahat..Budak itu merasa pelik sambil terfikir-fikir mengapa teman itu memanggilnya jahat..Selama ini tak pernah lagi dia digelar jahat..Kenapa ya?

Owhhh..baru dia faham...rupanya teman itu memanggilnya jahat kerana
saja2 temannya itu mahu bergurau jugak..hhaahhaa..persahabatan akan manis jika saling memahami dan percaya..

Monday, March 8, 2010

Nilai kesihatan dengan duit

Adapun perempuan tua itu bukannya pengemis apatah lagi peminta sedekah..Dia cuma kekurangan wang utk membayar kos ubat di klinik swasta sahaja..boleh bayangkan perempuan tua itu telah dilanggar motosikal dan bernasib baik cuma mengalami kecederaan ringan sahaja..apakan daya mungkin mmg sudah prosedur klinik swasta barang kali, dia terpaksa di x-ray dahulu bagi mengetahui kecederaan dalaman (bagus juga utk mengetahui samada tulang patah dll)..Selesai pemeriksaan x-ray dan didapati tiada kecederaan dalaman, maka doktor yg bertugas mengesyorkan dia beberapa jenis ubat utk mengubati kecederaan ringannya itu..

Alangkah terkejutnya dia semasa hendak membayar harga ubat itu di kaunter farmasi..
"Ni ubat dan kos x-ray tadi semuanya RM110."Petugas kaunter memberitahu..
"Kenapa mahal sangat nak, takleh kurang lagi ke?"Perempuan tua tu meminta pengurangan.
"Takleh makcik..Doktor tak benarkan.tapi takpa nnti saya panggil doktor dulu."

Doktor keluar dan terus berkata:
"Makcik jgn nak berkira sangat kesihatan dgn duit ni.Ni pun dh dikira murah."kata doktor.
"Makcik bukan apa nak..duit makcik ada RM60 je..tu pun duit upah buat kuih".Dia merayu.
"Makcik telefon lah anak2 makcik suruh diorang bawakan duit RM50 lagi."kata doktor..

Dalam keadaan yg sugul,perempuan tua itu kemudian menangis sambil berdoa kepada Allah untuk meminta pertolongan..kemudian datang seorang pemuda menghulurkan RM50 kepada makcik itu..dia mengambil duit itu dan terus membayar kos rawatan tersebut..Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda tadi dan bersyukur dgn pertolongan Allah disaat dia betul2 memerlukan..

Sunday, March 7, 2010

Aku pom berlagak juga

Semalam gi minum ABC di pekan Jeniang..Singgit satu mangkuk..mmm..murah dan sedap..adapun saya(saya bukan baik sgt k) selalu kesana kerana berniat ikhlas nak tolong Pakcik tua (kurang upaya sikit) dan anak lelakinya yg membuka gerai kecil.Di Jeniang ni sebenarnya ada kedai ABC yg sedap tapi kedai tu ada "class" dan ramai org serta mahal sikit (maklumlah sedap tp saya rimas nk gi tmpat class2 ni).Tetapi pakcik ni dia hanya jual laksa,mee sup,ABC dan cendol..Tak pasti samada dia boleh untung atau tidak dgn harga semurah itu..Bagi saya ABC dia lg sedap dari tempat yg "class" td..

Adapom semalam ada 2 mangkok ayun datang nak minum..nak dijadikan cerita semalam ada ramai pelanggan di gerai..saya punya order dh diambil tp dekat 20minit baru dpt ABC..Jadi 2 mangkok ayun tu baru datang 3minit je..baru je duduk kat kerusi selama 3 minit terus marah2 dekat pakcik gerai..

"Apalah gerai ni,org duduk pun takmau amik order..lembap sungguh..tengok kedai depan sana lagi cepat rasanya"brother mangkuk tu bersunggut..

"Kedai sana takde ABC,mana boleh gi sana..Pakcik ni pun satu juga,mari omik order dulu lepas tu nak kisar ais pun boleh..apa laa."Mangkuk sorang lagi bersuara..

Saya dok kat tepi pun dh panas telinga..cuma boleh marah dlm hati je kat mangkuk 2 orng tu..tak reti nak beradab dan kesian kat pakcik gerai ni ke..

Tapi disini saya amat rasa menyampah dengan perangai org yg takleh sabar dan nak tunjuk lagak ni..nasib baik bukan di Kota Bharu je..kalu tidak naya dia ni..haahaa..disebabkan ABC semalam yg diminum lepas kerja tgh panas akhirnya saya demam2 ari ni..

Saturday, March 6, 2010

Syukur dengan apa yang saya ada..


Ditengah-tengah suasana ratapan dan kesedihan tentang berita kematian Muhammad S.A.W,tiba-tiba terdengar suara-suara yang mengatakan andainya Muhammad benar-benar seorang nabi dan rasul maka sudah tentunya dia tidak mati..

Mendengar kata2 ini,Saidina Abu Bakar R.A segera membacakan " Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka juga akan mati..Adakah kalau dia mati atau terbunuh maka kamu perpaling tadah?."

Mendengar apa yang dibacakan oleh Abu Bakar itu,Saidina Umar R.A lantas menyedari dirinya dan terus berkata,"Betul katamu..Demi Allah, seolah-olah aku tidak pernah mendengar ayat-ayat itu."

Saidina Abu Bakar R.A lantas menerangkan " Siapa yang menyembah Muhammad,maka Muhammad telah meninggal dunia.Siapa yang menyembah Allah maka Allah adalah hidup dan tidak mati."

Ya, Muhammad telah meninggal dunia dan baginda sering menyebut-yebut," Sesungguhnya aku ialah manusia seperti kamu juga diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhan kamu ialah Allah Yang Maha Esa."

Syukur kepada Allah yang menganugerahi hambaMu ni satu panduan hidup yang lengkap dan diwahyukan pula kepada hambaMu ini melalui insan yang sungguh mulia..Syukur dengan apa yang saya ada dan segala kekurangan yang ada moga2 Allah dapat menutupnya dengan pintu Taubat..Harta sikit pun takpa,asalkan hambaMu ini dekat dengan Mu..

Thursday, March 4, 2010

usia manusia

Tak kenal maka tak cinta,sudah mengenaliNya kena jaga dan waspada kerana manusia sudah dipenghujung usia..bertaubat cepat sebelum terlambat..

Monday, March 1, 2010

Puncak Titiwangsa 1

Jauh berjalan luas permandangan dalam mendekati alam ciptaan Allah..Masa keseorangan ini yg membawa kekusyukkan dalam mengenali-Mu dengan lebih dekat Ya Allah

Islamic Clock