Sunday, November 1, 2009

Berenang dalam lautan darah sahabat sendiri

Adakah anda sanggup menumpahkan darah sahabat kita?Jawapan anda mungkin tidak mahu apatah lagi untuk sanggup berenang dalam lautan darah sahabat kita..Kemelut dalaman sesuatu organisasi/parti yang yang pada dasar lahir dari satu tujuan telah melahirkan banyak tujuan-tujuan sampingan yang menular hingga tak berarah dalam memenuhi selera hati masing2...

Adakah sama kehidupan seorang Islam yg mahukan undang-undang/peraturan Islam tumbuh subur dalam hidup dirinya dan masyarakatnya, dengan seorang Islam yang menerimapakai bulat2 cara hidupnya dari idealogi liberal cetusan golongan kuffar yang sememangnya hanyut (sekejap ikut,sekejap tak mau ikut) dari landasan AlQuran.

Dalam membela sahabat yang dianggap sejati sejiwa dan seislam, kekadang kita sebenarnya terlupa bahawa sahabat kita itu sebenarnya sudah berubah jauh dan menunggu masa terhidang sahaja untuk menikam dari belakang kerana mereka beranggapan kita yang bergantung kepada Ayat-Ayat Allah ni adalah kolot dan ketinggalan zaman dari zaman yg mereka sendiri cipta dari pemikiran logikal kepala otak bapak-bapak pemikiran agung mereka.

Telah banyak wujud golongan yg menyangkal keagungan Ayat-Ayat AlQuran kerana merasakan mereka berada disini (dunia yg fana) adalah untuk mengkaji dan mencari kelemahan Allah dan AlQuran, dan seterusnya sekiranya berjaya (walhal mereka yg tertipu dgn bisikan iblis) maka mereka mula mencipta idealogi yg menyesatkan bersandarkan logikal akal manusia sahaja.Mereka mencari sahabat2/pelajar2 yg mudah dipengaruhi untuk menerima idealogi mengarut ini.Maka jika umat Islam sendiri menerima idealogi ini samada secara sedar/separa sedar sesungguhnya kita mengakui bahawa Allah itu lemah.Secara automatik iman kita luntur dan runtuh. Ini membawa bala kerana golongan pembelot ini sedaya upaya akan memakan saudara sendiri untuk menegakkan benang yang dibasahi dengan idealogi taghut.

Islamic Clock