Monday, June 29, 2009

N3 tuk hilang rasa marah..

Sebenarnya saya bukanlah jenis manusia perungus (cepat marah), tapi arinih supervisor saya betul2 dah mencabar kebaikan saya..bila boss gitau boleh wat keje nih,dgn angkuh(jenis nk lebih pada orang lain tp mls belaja) dia jawab leh buat..padahal ilmu didada kosong/tak tahu apa..walpon keja dh 7tahun tp kita semua bukan boleh pandai dalam suma hal..disebabkan kedunguan dia itulah banyak masalah berlaku ditapak keja(keje ikut suka dia)..buat benda dak mahu gitau Project Engineer dia dulu,bila ada masalah terhegeh-hegeh datang..aduyaiiii..rasa nak terajang jek kat muka dia..tapi..cepat2 amik wuduk takut2 jadi sungguh,tapi ttp kene maki dgn saya tuk pengajaran dia ...dh la baru sembuh dari demam.eee

Tuk ilang sikit agi rasa anger ni,maka nak tulis citer lusyu skit..baguih menulis nih..mmg leh ilang rasa marah..Alhamdulillah..

Dalam sebuah universiti dalam malaysia (bukan UM ye), terdapat satu kekosongan tempat untuk meker2 yang nak masuk PhD (Doktoret ni) Jurusan Psikologi..memandangkan terdapat lagi 4 calon Jenius tahap kelapan dalam siri kuarga Ultraman yang menanti tuk mengisi kekosongan itew,maka pihak pengurusan universiti terpaksa membuat satu temuduga khas dan soalan khas untuk meker2 yg jenius ntahapaapatuh...
Maka hari yang ditetapkan pon tiba..dalam bilik itew ada 4 orang student Jenius dan seorang penemuduga iaitu Dokter Sizuka Jimni (dia ni mmg suka syaiko student2,smpai diorang mengelarkan Dr.Sizuka tuh dgn nama Seikogolok...muhahaaa..Jam di bilik dh kul9..maka sessi temuduga pon bermula...disebabkan masa suntuk maka Dr.Sizuka Seikogolok telah terus gi ke soalan khas tuh...

Dr.Sizuka : "Memandangkn kamu ni Jenius maka saya terpakse mereka satu soklan khas tuk kamoo."

Students : "Ekk..ellleehh..senang semey-seh je tuh..

Dr.Sizuka : "K..Apakah yang paling laju sehingga otak manusia tak sempat pikir bila ia akan berlaku."

Student 1 : "ohhooo..sonang jo tu..jawapannya kelip mata...

Dr.Sizuka : "Mmm..betul,mmg bulih diterima akal.Kamu student 2..apa jawapan kamu"

Student 2 : "Bunyi guruh...

Dr.Sizuka : "Hurmmm..betul jugak..kelajuan bunyi mmg tak dpt dijangkakan..kamu student 3?"

Student 3 : "Errr..saya rasa cahaya keluar masa buka lampu..

Dr.Sizuka : "Pon ada logik juga..emmm..pening nih..kamu student 4?

Student 4 : "Pada firasat saya..emm..berak cair..sebab kalu dh nak berak,mesti kita dak sempat kelip mata,pastu tak heran dgn bunyik guruh yang kuat dan tak sempat buka lampu kerana mmg dah tak leh tahaaaannnn..mesti dia kuar gak...muhahaa..

Dr.Sizuka : " Ya lah..saya setuju benar dgn jawapan bengong kamu tuh..jenius 38juta kali kamu nih..

Maka Student 4 yang berfikiran jenius melampaui ituh dapat tawaran ke peringkat PhD..erkkkk

Saturday, June 27, 2009

Adegan Pocong Melompat

Saya ada 2 nenek.Nenek saya 2 sbb ada mak & ayah saya..ewahhh cam bahasa darjah 2 tuh..huuhooo..saya rapat dgn nenek sebelah mak sbb dia ajar saya ngaji Quran dan upahnya saya kene bawak moto buruk bila dia minta tolong anta ke majlis2 agama..maka saya pon terpakse lah join majlis agama tu jugak walpon ati budak ni nk gi maen pondok-pondok bersama Nabil..huahaha..masa tu Tuan Guru Nik Aziz mmg kenal arwah nenek dan atuk nih..2-3 kali juga dia datang kampung buat tazkirah kat balaisah depan umah..

Memandangkan skang tgh ngecoh hal pocong,maka citer ni terpakse dibongkar (xde kene mengene dgn paper Metro/Kosmo k..)

Masa umur 10tahun, nenek sebelah ayah (ayah cuma ank tiri nenek je) telah meninggal dunia, jadi malam tu saya & brotherhood kene gi majlis arwah nenek..Selepas isyak berjemaah kat Balaisah depan umah,saya terosss gi umah arwah nenek.selepas abes majlis arwah n makan mee goreng,saya turun dari umah paling awal sbb nk tgk tv citer AirWolf (kopter yg canggih..sbb dia saya nk jd Pilot..eheeh.pewasan)..tapi kene tunggu abang saya dulu sbb takoot memalam buta nak balik sowang2...Masa tgh tunggu dia kat depan tangga umah nenek...tetiba saya memandang kan mata saya ke arah bendang padi bertentangan depan umah arwah nenek...Masya Allahhh..apakah menatang ituh..melompat-lompat dgn kain putih berbungkus..mmg macam org mati kene bungkus dgn kain kapan..Dia melompat2 melintas depan mata Incik Uxop hingga ke ujung bendang..pastu hilang..Woshhhh..kecik kepala yg mmg dh jenis budak kecik..Trusss naik umah semula dan ajak abang balik..Citer AirWolf kanselll..pastu xleh tido malam tu sbb terbayang2 dia melompat depan mata...huuuuhhh..smpai skang teringat agi..

Friday, June 26, 2009

Catatan merapu sempena kene H1N1 pat arinih

Sapa budak kecik ni?Adakah dia anak Incik Uxop dgn seseowang X..emm..mmg betul dia adalah anak..tapi anak sepupu Incik Uxop jek..muhaahhaa..Nama dia Omar Bashir B.Mohd.Anuar..keturunan melayu + india benggali..woshhh..banyaknye..ada mirip2 saya tak?ohhoo pewasannye..opcoz sikit2 tuh ada terutama tang rambutnye.huahaaha..Ayah dia (sepupu rapat Incik Uxop) ni mmg buat bnyk hal sebelom kawen dgn mak Omar nih..tapi lepas kawen dia terooss jd ok & bertanggungjawab..kalu dak mmg selalu Incik Uxop bagi nasehat & penumbuk dulu..degil sunggoh..Kalu nak tahu..hantaran kawen mak si Omar ni cuma RM1k jek..tp dh suke-same-suke maka kami pon redha jek..cuma skang mudah-mudahan diorang tak lupakan suruhan tuhan dah la..maklumlah bila dok kt Johor ni dgn keadaan selalu sebok dgn urusan keja dunia tuk cari makan je..tuk keselamatan akhirat tertinggal plak..Jangan jadi manusia sombong dan tak bersyukur k...

Nostalgia Hitam Puitih

Bila tengok gambo hitam putih ni, rasa nk kembali ke zaman dulu-dulu(ITM perlis 1998)..Saya pon tak ingat mana satu gamba saya..err..cuba lh teka kalu berani...masa ni suma pewasan jd koperat..saya terpaksa pinjam seluar & kasut member sbb seluar slack dak sempat kering kerana membasuh memalam ari buta sebelum presentation keusahawanan..padan face-book aku..pinjam kasut lak sbb mmg saya takdak kasut hitam kulit.Selipar jamban adala..muhhaahaa...

Wednesday, June 24, 2009

Musakom..

Arini adalah 24/6/09..smpai site opis kul 7.40pg..then tolong M&E kontraktor turun barang..kul 10pg gi minum kdai Makcik Sal..kdai dia suma anak-beranak yg tolong..dari buat air smpai nasi lemak..bagos sekali..satu table dgn aku ialah Penyelia M&E..Mr.Theng (lingkungan 60thn,dak fasih sngt bhs melayu sbb baru balik dr oversea)..terjadilah perbualan berikut yg membuat kan wayar otak ku shock mengejut...

Mr.Theng: "Incik Uxop, err..u tau ke ittu timpat Musakom Sungai Petani."
Aku: "Musakom??..kompeni apa tuh..dak pernah dengar le..buat paip ke apa?"
Mr.Theng: "Alahh..bukkaann kompeni punya nama..ittu timpat check kendelaan punya..Musakom lah."
Aku : "Aisehh..teempat check keter..Musakom??..Musakom?(smbil pikir menatang ape sbnrnye)."
Mr.Theng : "Aiyyaa..ittu Musakom punya timpat saya mao bawa Hi-lux check dia punya body."
Aku : " Ohhhooo..ittu ka..itu bukan Musakom..itu Puspakom."

Hishhh..smpai bengong kepala hotak ni pikir ape ke bendenye Musakom tuh..apa kejadah nye nk sebut pon susah org tua nih...bunyik tu jauh benar bezanye..opsss..wayar otak dh bercabang nk putus ni..Muhhaaahaaa

Tuesday, June 23, 2009

Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung.... .. (kiriman lia ana)

Arinih mls nk kuar idea lawak Amir kt belog evergreen nih..chewahh..pewasan sunggoh..bukan apa dh kene verus H3N3..demam dh pat ari di tambah mkn deroyan..Lps meeting td ingat nk kelik terus tp kene prepare documentation internal audit ISO tuk lusa lak..makin liat lah idea nk kuar..err..tambahan lak ari ni bertambah pewasan kerana Incik uxop telah dikreditkan org tersemat dlm meeting..muhaahaa..timakasih Tn.Hj.Fatah (org Redland,qlate..ore kg Cik Lol quh)...
So sempena ari malas-malasan ni just nk copy paste dr belog abg ISA (IkutSukaAku - belog politik nih).Kisah ini tuk pengajaran kita suma..lgpon ada kene sipi-sipi dgn Incik Uxop..baca k...


Assalamualaikum...
Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung.... .. (kiriman lia ana)

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu.. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan.... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku... Sepatah kata pun tak terucap… Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Ya Allah Ya Tuhanku… aku redha akan ujian dari-MU... pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

Monday, June 22, 2009

Salah siapa?..

Aku,"Man..jom kita gi minum kat warung Makcik Yam tuh.Dh lama tak jenguk dia..ok ke dia niaga?."
Man,"Ye lah.Dh lama dak pi sana.Apa citer dia ekk..dh ada pekerja baru ka apa?."
Aku,"Aritu dengar dia nk suh anak buah dia tolong.Baru lepas SPM tuh."
Man,"Jom lah."

Setengah jam dgn keter Perari quh...
Melangkah ke warung Makcik Yam..Dia senyum..naseb baek dia ingat lg..

Makcik Yam,"Lama angpa dak mai sini..sebuk ka?..ingatkan dh lupa dh."
Man,"Mana bulih lupa aihh Mak Yam oii..sini paling murah sekali makan & minum."
Aku,"Kami bukan dak mau mai sini..tp tu lah kene keja smpai mlm..bila nk mai je dh tutup."
Makcik Yam,"Razak,meh amik order budak 2 org nih..angpa dok dulu na,makcik kn ke dapoq."

Aku,"Takpa.takpa..makcik gi wat keja dulu..kami mai ni nk minum2 je.Oo.ni anak buah makcik ya.ingatkan sapa."

Razak,"Abang nk minum apa?
Man,"Air Jagung."
Aku,"Teh aes."

Dok selang 10menet..Razak datang bawak air yg di order..

Man,"Aihh..kita salah cakap ke td?"
Aku,"Aku rasa dh terang n bersuluh agi..kecuali loghat kedah ang pelat lain."
Man,"Ang order air apa tadi?"
Aku,"Teh aes..ang order ayaq apa weh?"
Man,"aku air jagung..pasaipa jauh benar bezanya ni..tkkn air jagung jd air bandung..ang lak air teh aes jd sirap..kompious aku dgn si Razak nih..kita salah ka dia salah?"
Aku,"Ahh..lantak pi la..aku dh dahaga ni..balun dulu..nnti kecik ati org tua tu plak."

Muhaahaa..kami salah order atau mmg slang kami tak betui..kuii3..adeii...

Sunday, June 21, 2009

Mmm..Saya budak cerdik

Ibu,"Mamat,nah amik dueet 1o rial ni gi kdai Cik Lol beli barang dapur.Tulis apa yg mak nk suh beli nih."
Mamat,"Mak!.otak Mamat ni Jenius tahap gaban.Mak sebut je barang tu,Mamat mst save dlm memori nih.Mamat boleh hapal suma tuh."
Ibu,"Oraitt.bawang merah sekilo,kacang tanah sekilo gak dan kelapa kering setengah kilow.Mak nk masak sesedap ni sempena Hari Bapa kat ayah kau nih."
Mamat,"That's all mummy.Ekk elleehh..skit je tuh."

OTW ke kdai Cik Lol..

Ali,"Woiii.Mamat nk kemana tuh?meh kita main tomtombak dulu weh."
Mamat,"Aku nk kdai Cik Kak Lol la..nk gi ngorat dia..ehhh silap..nak gi beli barang dapur kat mak aku."
Ali,"Pahtu tak jadi maen la nih."
Mamat,"Petang karang lah weh."
Ali,"ok set."

Sekettikka..

Mamat,"Ehh..apa td yg mak suh beli aa..errr..kering?apa kering aa..tanah?apa benda ujung dia tanah?..merahh?..apa merah aa?..aisehh lupe lak..ahh..belasah jek."

Sampai kdai Cik Kak Lol..

Mamat,"Err..Kak Lol..bagi saya DVD bawang merah satu pastu Osman kering sekelo ..aa..lagi jembalang tanah sekelo gak.."
Cik Kak Lol,"Ngkau ni giloo ko apo..kdai runcit mana ade benda2 gituh..dah2 gi kelik tanya mak balik."

p/s ; Citer ni tk de kene mengene lgsung dlm kehidupan betul seowang bdk & juge tokey kdai..muhaahaa..

Saturday, June 20, 2009

Melayan Pelayan

Buyeng,"Xop, kito gi minum warung abg Mat tepi jalan kt stesen komuter Pntai Dalam."
Aku,"Situ kan cemar(kotor) pahtu bnyok nyamuk.Tepi longkang tu.Nnti sakit perut dgn denggi sapo susah.Aku jugok nk keno gi nganta mu sepital."
Buyeng,"Alaahh..tkkn minum saje pon nk kene nate nyakit tu."
Aku,"Aku pelik lah.Dulu mu tokse(xmao) gi kalu kedai2 cemar gitu.msti ada bnda ni?"
Buyeng,"Saje jah..lgpon aku saje-saje nk gi minum..mana tau kot2 kempunan nnti."
Aku,"Aehhh..mu nk mati ko?mlm2 gini jange dulu..biar aku cukup tido dulu.esok pagi xpo."
Buyeng,"Chess..nate sunggoohh..aku sehat keras khekong agi ni."
Aku,"Moh le..nnti sakit pewooot, tanggung sendirik."

Aku berdua-duaan gi naek moto ex5 buruk Buyeng..gilaa tul..ekzoss pon bnyi kteaarr..ktarr..
cam nak luruh dh ekzos..
Smpai kat kedai..

Aku,"Mu tgk warung dia,doh la cam teh sappa (nyakit ayam nk mati),pastu meja tepi longkang plok."
Buyeng,"Ahh.kito duduk dulu..tgk pelayan baru..comey tuh,"
Aku,"Patutla suunnggohh nok mari..ado bendo ni rupo nyo..nate sunggohh."

Lepas minum nak balik ke umah..
Buyeng start motor..lepas gerak baru dlm 100m..
Tetiba ada bunyik pelik..cam bunyik lori pecah ekzos
Brooomm.Bammm..brommm bammm...

Aku,"Ehh..menate apo bunyik lagu tu,"
Buyeng,"Yo lah..pelik ni..rasa cam bunyi dekat dgn kita."

Aku tgk bawah..owwhhhh...patutttt laa..
akooo malooo nak gitau kamooo suma yang ekjosss moto kami telah jatuh tgh jalan..

kehh.kehh..kenape mlm tu xde topeng zorro tuk dipakai terutama ms nk melintas aweks yg dok kat pondok tunggu bas....jatuh saham seketikaa..ni suma idea gila nk tgk pelayan tu..

Friday, June 19, 2009

Pertemuan

Tatkala suasana malam menjelma, kelihatan seorang makcik tua dlm lingkungan 70thn sedang menyalakan pelita ayam..
Terasa lenguh kaki dan tangan setelah seharian mencari rezeki dgn mengumpul bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah..Rumah kecil buruk itu terletak di tepi jalan..Mak Som sudah biasa dengan keadaan sunyi kerana tinggal keseorangan ..

Tiba-tiba...Tokk!Tokk!..bunyi ketukan pintu..
"Assalamualaikum,"
Mak Som,"Siapa tu,nak apa?"
"Kereta saya rosak kat tepi jalan,nak tumpang sekejap kat rumah Makcik,"
Mak Som membuka pintu..kelihatan anak muda berpakaian kemas bertali leher dihadapannya.
Kelihatan dari riak wajahnya peluh bertaburan,mungkin sbb berjalan jauh.
Mak Som,"Kamu siapa dan dari mana nak kemana."
"Saya Haris.Dari bandar KM nak ke kampung seberang.Boleh saya bermalam di sini Makcik?"
Mak Som,"Boleh nak,tapi kamu sanggup ke tidur dlm rumah buruk ni?"
"Boleh Makcik,saya pun asal dari keluarga yang susah,"
Mak Som,"Baiklah kalau kamu dh berkata begitu."

Esok pagi, Mak Som sudah awal2 lagi bangun.Sesudah solat subuh dia mengejutkan Haris untuk solat pula.Kemudian Mak Som menghidangkan ubi kayu dengan kelapa parut beserta air kopi untuk sarapan.Keadaan itu menyebabkan Haris berlinangan airmata.. sayu melihat kedaifan orang tua ini..

"Makcik tinggal seorang je ke kat rumah ni?"
"Iya nak..lagipun makcik taknak menyusahkan anak2 makcik.Diorang dh berkeluarga semua."
"Tak seorang pun datang menjenguk Makcik kat sini?"
"Susah nak..anak2 makcik tinggal jauh..lagipun diorang tu keluar universiti.Mereka malu dengan keadaan Makcik ni."MakSom bercerita dgn penuh sayu..Mata nya berkotak menahan air mata daripada jatuh menitis.

"Ohh..Mereka begitu sombong dgn Makcik..Mereka lupa kudrat si ibu ini masa mereka kecil."
"Biarlah nak..dh mmg nasib Makcik begini..Makcik redha dan terima ketentuanNya."
"Beginilah Makcik..Apakata saya jadikan Makcik sebagai mak angkat saya.Saya akan jemput Makcik balik ke rumah saya setelah urusan di kampung seberang selesai..lagipun saya anak yatim piatu..Mak ayah dah meninggal 3 tahun lepas di Tanah Suci Makkah.Boleh ke Makcik."

"Syukur Alhamdulillah nak..Makcik nak ucap terima kasih sbb ambil berat tentang makcik."Mak Som menangis..Haris mencium tangan Mak Som..Mak Som amat-amat bersyukur kepada Allah diatas pertemuan sesingkat ini..

Thursday, June 18, 2009

Kisah Wali Allah - Bekalan Dari Tuan Rumah

Syeikh Fatah Al-Musadi berjalan di padang pasir dlm cuaca panas terik.
Seketika beliau ternampak budak lelaki belum baligh berjalan dlm
keadaan panas terik itu smbil mengerak-gerakkan bibir tanpa henti.
Dia ingin berkenalan..

"Assalamualaikum ya ghulam.,”kata Syeikh Fatah
"Waalaikum salam warahmatullah.”jawab budak itu.
"Engkau hendak kemana dlm panas terik ini.”
"Aku hendak ke Baitullah, wahai Syeikh,"kata budak itu.

Kelihatan budak itu tidak mahu membuang masa.dia hanya bercakap
ketika perlu saja.Dia mengerak-gerakkan bibirnya walaupun dihadapannya ada org.

"Aku tgk engkau sentiasa menggerakkan bibirmu,kenapa,"tanya syeikh Fatah.
"Aku membaca AlQuran,"jawabnya ringkas
"Tp engkau belum mencapai umur baligh,tak perlu bersusah payah seperti
ini."kata Syeikh Fatah.
"Betul aku belum baligh,tetapi aku sering menyaksikan maut menjemput
org yg lebih muda dari aku,"

Syeikh Fatah kagum dgn jawapan bernas dan keperibadian budak itu.

"Wahai ghulam,langkahmu pendek,sedangkan Makkah sgt jauh sekali,”
"Ketahuilah syeikh,aku hanya mengangkat kaki utk melangkah,
sedangkan yg meyampaikan adalah Allah,"
“Itu betul.Mana bekalan mu,”tanya Syeikh Ftah
“Bekalku adalah keyakinan ku kepada Allah.”
"Mana kenderaanmu.”
K"enderaanku, kaki ku ini,”jawabnya.
“Yang aku maksudkan adalah bekalan makanan dan air dlm perjalanan yg
mencabar ini,”
"Wahai Syeikh,sekiranya engkau dijemput oleh tuan rumah,
apakah engkau yg menyediakan makanan atau tuan rumah yg menyediakan
makanan?”
“Sudah tentu tuan rumah,”jawab Syeikh Fatah

Budak itu menerangkan lagi bahawa org yg pergi ke Baitullah adalah tetamu
Allah dan dia sebagai tuan rumah,maka Dialah yg menyediakan makanan
dan minuman utk tetamunya.Sedangkan org2 yg pergi ke Tanah Suci
membawa selonggok pembekalan adalah sangat lemah iman dan tiada
keyakinan terhadap kekuasaan Allah..mereka tidak bergantung kepada Allah..
Aku betul2 bergantung kepada Allah..
“Bila sudah demikian,adakah Dia akan membiarkan aku terlantar?”
"Sudah tentu tidak,”kata Syeikh Fatah

Setelah itu budak tersebut hilang dari pandangan Syeikh Fatah..
Ternyata iman budak itu sangat tinggi daripada nya..

Mutiara Kata

Mutiara Kata

"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" - (Saidina Ali)

Wednesday, June 17, 2009

Mana Mungkin!!!

Aku,"Aku nk gi cari keje kt Bukit Bintang la.Tengok iklan kosong pon banyak kat arae sana."
Shiham,"Molek juga..result kuar 5 bulan agi..baik cari keja dulu,"

Apalagi naek kuda dari Stesen LRT Pantai Dalam ke Bukit Bintang..
Tingg.Tongg..Stesen Bukit Bintang..

Aku,"Mu gi cari keja kat tmpt laen,aku gi cari keja kat tmpt laen..kalu sekali ssh dpt."
Shiham,"Ehh..lagu tu ko..okeh2."

Aku gi kt tmpt Restaurant Sushi & Japanese Cuisene (Wisma OUA)..
Aku,"Morneeng Sir..I kam for d interview..Kitchen Helper..
Mr.Ozuka,"Haipp..morneng..ohh..kam.kam..please go to my office."
Aku,"Haipp..please sir."
Mr.Ozuka,"Where u c the advrt..today no one kam..just u one man kam,"
Aku,"Err..i c at paper..what!.just i one person."
Mr.Ozuka,"Yess..so.because u r very look confident n cheerful, i offer u dats position."
Aku,"But sir,I'm not so expert in preparing japanese cuisene..kelantanese cuisene ok."
Mr.Ozuka,"Haipp..u meet my cheff first,then u know and learn properly.
Aku,"Ok sir..I agree..So when can i start,"
Mr.Ozuka,"Next monday..u kam n try to learn to help my cheff first."
Aku,"Ok..thank u sir."

Pehhh..ketar lutut..pastu gi tgk dapur then pewasaan yg ada arak sekali..adoiii..
Next Monday..aku menidurkan diri kat lemmbek buruk ku..ngueehh2..
Klau dak sbb arak dlm hidangan & minuman tu,aku rasa dh jd cheff sushi king dh..kui3..

Tuesday, June 16, 2009

Keja Batu-Batu

Ari ni tengahari gi pekan Gurun servis kuda..ehh..service keter kompeni..
Kdai yg biasa gi tu mmg murah betul..pastu dia punya servis bagooos n mesra pelanggan..
Terjadilah perbualan seperti ini...

Towkey,"Incik Uxop arr..u sulah biasa maa dtg servis keter sini..u kilija apa aa.."
Incik Uxop,"Aiyaa towkey..bulan lepas sy dah kasi tao u maa..itu bikin building punya.u arr nnti saya punya muka pon tatak ingat nnti lo."
Towkey,"Ooo..u kilija itu ka..ittu kilija batu-batu punnya laa ..saya tau..saya tau..hehe."
Incik Uxop."Ahh..ikut suka towkey lah nk panggil ittu kilija batu-batu pon xpe..janji servis murah n cantik."(Ada ka ckp kerja batu-batu..ingt zaman batu ke)
Towkey,"okeh2..tatak hal punye.kita jd sudah mmber lo.."
Incik Uxop,"Ayooyoo..towkey...meh minum dulu."

Sepi Di Hati

Hati ku terdiam mengarah ke langit petang,
Suasana senjakala yang pilu,
Sedih ku membara tak mahu hilang,
Mengenang nasib diri yang hanyut dilautan rindu..

Hati berbisik inginkan tenang,
tangis di tahan sebak di hati,
akal ku tenggelam berenang,
hati mu menjadi sejenak sunyi..

Belayar lah hati di lautan rindu,
segenap metafora menjadi sunyi,
aku mengubah hidup baru,
tanpa di temani pujaan sukma hati...
............................................................
P/S: nguehh2..sajak sepi di hati ni jgn diambik peduli..
saja2 nk asah bakat..Lipan..aku tau kau musti kutuk aku ..
blahh la kau..

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan

Monday, June 15, 2009

Dompet Buruk..

( GaMbar tAk beRkaiTAn sbb diOrang pAKai kasuT bAru & baru Lepas SoPPing)

Sawadie-kap..sabaiy-sabaiy..

Jgn sangka beg duit (dompet) buruk tak berguna..dia leh menyelamatkan fulus kita dari terbang jika kita berhati2 menyimpan/ tidak buang sebarangan..

Pada ari ahad 3 thn lps,.sy dgn saing (mmber) nama Kandar nk balek kg..mmg dh rancang awal nak balek sbb suke-suko..mmg dh takdak keje..lgpun dok kl,tkkn nk merry go round sopping complex je..asyik2 Low Yatt..ari cuti je Low Yatt..ape ingt Low Yatt Plaza tu kami punye ke?..suke-suko je nak mkn angin kt situ..beli hansep pon nokia 32sekupang..ohhoo..malu kalu owang tau..

Pada ari tersebot, aku tunggu Kandar jemput di umah kt Pntai Dalam (Pntai HillPark..dekat UM tu)....Ehh..apsal aku tetiba jd angin skiet..patut lah....cesss..ingatkan dia dtg dgn Hondasan dia yg baru..guper-gupernye dgn Kancil K-Car abg dia..

Aku,"Kandar..mu gilo agok2 nyo ni..bukan ko keter ni semput2?aritu abg mu dh repair ko nyakit dio ni."

Kandar,"Raso-raso nyo..lgpon Hondasan aku baru lps cat kaler putih taik burung.takut balik nnti dia tukar kaler hijao lumut sbb habuk."

Aku,"Ek.elehh..lagu tu plok..Kalu mapuh tgh jln ni aku pelerai bodi dgn enjin dio.".muhaahaa
Kandar,"Kalu mapuh keter ni,kito tinggal tepi jln la.Pastu nek bas ko tumpang lori ko."
Aku,"Ahhh..sudoh la..mu doh standby belako ko?..lesen,roadtax,sekut,air bandung sumo."
Kandar," Berehh..aku dh simpan Lesen,IC,name-tag, kad besness dlm dompet baru aku.Dompet lama aku ta-houk(buang) doh..
Aku,"Apa nok di kato..ehh..apo lg..jom gerok lo ni,"..

Otw..keter dh cam nk wat hal..sempot2..aiyaa...ini hal leh wat jantung luruh..masa nk potong keter kat Jln Raub-Bentong,tetiba lak dia cam tak larat nk pecut..kecut pewooot n teloi sbb dh nmpk lori depan hi-beam lip-lap..apalagi aku suh Kandar masuk cpat2 masuk gear 2..naseb baek smpt overtake keter depan..fuhhh..kalu dak mmg takdak belog ni dh...

Dh smpai Sg.Koyan..kami turun makan kt kedai tepi jalan..

Kandar,"Naseb baek kt Raub td Kancil ni dak mapuh ms potong keter depan td..kalu dak sepital kito."
Aku,"Hummm..abg mu dak repair agi keter ni raso-nyo..smpai umah gi repair lh."
Kandar tunjuk dompet baru ni..brand Golok iaitu Libas (Levi's)..aku,"huuhho..comey nyo beg duit Livas mu nih."
Kandar,"Mentang2 hok Golok..nate sunggohh."ngueeeh.nguehh..

Pastu kami meneruskan trip ke KB, smpai Merapoh, ada satu rodbelok kat situ..

Polis,"Demo nak gi mano ni..bakpo Kancil demo selow sgt..nak lari rodbelok ko?
Aku,"Nok lari guano nyo cik..keter ni mmg jenis selow..lgpon kami ada P tebeng lagi kat cermin depan tuh."
Polis,"Wat tubik lesen demo.banyok kecek plok,"
Aku,"Kandar..polis mintok lesen..wat tubik lah."Dia drebar kene dia yg wat kuar lesen.
Kandar,"Sementa cik."sambil wat kuar dompet baru..

Aku tengok Kandar belek-belek dlm dompet..pastu siap berpeluh-peluh agi..sudahhhh..ni mesti dia cuba wat lawak bengong dgn polis tu..
Kandar,"Cik..kalu guna lesen saing sebeloh bulih ko?"nguehh2..soklan bodoh penah aku dgr..
Polis,"Guano mu ni..mu bawok keter..mano bulih tunjuk lesen dia..ingat ni tag-team gusti ko."
Kandar,"Lesen ambo dok dlm beg duit lamo..dh buang dlm tong smpah."..wekkkk
Aku,"Ehheew..td kata dh siap standby doh..adeiiii.."
Polis,"Ok2..parking tepi..nk kira lagu mano ni..aku ada pat org dok jaga..nk saman ko atau hulur sumbangan ikhlas."
Aku,"Macamana cik..kito ado 50 inggit jah..nak jugok ko..
Polis,"ikut demo lh..janji ikhlas."
Aku,"Nah.amek ni cik 50 inggit,"sobbb..sobbb..kuar air mata sbb duit last je tu..
Polis,"Ok2..gi cepat sblom aku ubah fikiran.."

Aku,"Tu la..td aku pesan doh..jd dari kl ko kb ni mu mmg drive takdok lesen la..adeii."
Kandar,"Ntah..bengong gak aku."...emmmhhhmmm...hangus 50 inggit.beg livas tu baru 15inggit ja...

Mutiara Kata

Mutiara kata

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupanya sebab keelokan rupa dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

Sunday, June 14, 2009

Jauhi Kanser

Jauhi Kanser
Oleh KKM

Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser buah dada, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita. Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

Berhenti Merokok.

Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.

Kurangkan Berat Badan.

kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.

Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.

Lakukan Senaman.

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.

Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.

Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.

Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Pengambilan Teh.

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

Kurang Makan Daging.

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.

Jangan Minum Alkohol.

Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

Friday, June 12, 2009

Jana minda sehat/pandai

Cerdaskan & jaga minda anda...

Amalkan memakan kacang badam dan korma bersama susu ,
dan untuk tengah hari makanan utama roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan/org dewasa.

Memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan daging tidak digalakkan dihidang bersama jika ada ikan.Campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Makan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.Memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen-gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kita dan sudah tentu bakal menjadikan otak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak).

Menggoyangkan kepala. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala (dlm solat), ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
...............................................................................................
p/s : Cik belog pinn..sila amik pehatian ye..kalu nk bertambah bijak agi sila minta doa banyak2..agaagaaa..

Mutiara Kata

Mutiara Kata

" Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari. "- Saidina Ali

Thursday, June 11, 2009

Tingkatkan Daya Ingatan

Tingkatkan Daya Ingatan
Oleh amirais
Hakcipta@2009 Bicara Kita

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Bermain
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca dan seeloknya memahami isi Al-Quran kerana dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Wednesday, June 10, 2009

Adakah ini masanya utk meninggalkan segala-segalanya


Sebenarnya ini adalah cita2 aku selepas SPM..tapi opcoz susah skit sbb mak aku tak mau aku terbang jauh2.."mu jangan kerja jauh2,susah nak kelik bila aku sakit nanti"..mmm..tergiang-giang kat telinga ni agi..selalu tengok flight turun/naik masa gi skolah sbb otw dari umah ke skolah kene lalu tepi airport..aku dh apply tp tak jadi sbb kata2 tadi..tapi xpe..bukan takleh cari makan kalu tak jadi pilot pon..
Adakah belog ini juga terpaksa ditinggalkan?..hmmm..ntahhh..tgk keadaan juga..menulis dah sebati dlm diri,tp masa saja yg membantutkan..kalu aku masuk kelas sastera dulu kan ok..mesti dh jadi penulis citer antoo dak pon crime stoly..ehhee..crime story..
Mgkin sudah sampai masa kene tinggalkan banyak benda....
Woiiiii.....bangun!!! ..ehhh..wahhh..rupernye Jimi the gimick ler...
Arini dok sembang dgn Konsultan dari ZAABA S/B, Dr.Hj.Mohamad & Ir.Hj.Talib yg baru tiba dari KL..pasal peng-kopratan JBA Kedah..suma Jabatan2 kerajaan nak diswastakan..Pengurusan & staff dh kelam-kabut ditukarkan ke JKR bagi yg tak mau join badan koprat..dan dgn sedey di isytiharkan bayaran kemajuan kami akan tertangguh sehingga 8 bulan..nak kene makan pasir le..menyusahkan org tul..Suma nak swasta yek..tuk rakyat marhaen nak tinggal ape ye....aku ingat kalau Putrajaya boleh dpat untung besar mesti diorang pon akan kopratkan bangunan Putrajaya tu...
Jadi mungkin (harap2 tidak lah) terpaksa tinggalkan pekan yg damai ini sbb kebengongan meker2 yg hanya nak untung saja...antara yg mgkin jd pilihan:
1)Sinclair Knight Merz Sdn Bhd
2)Sarawak Shell Berhad
3)Namm Fatt S/B
4)Air Bandung Pasar Malam S/B
Meker2 tgh tunggu jawapan,..aku serba salah sbb bila dok kompeni besar macam2 leh jadi..lobi-melobi boss, tikam belakang & opcoz entertaiment yg melampau-lampau..haram tul..
Aku ingat nak pilih no.4 je...ehh..dh lambat ni..nak gi suh artis-artis (tukang2) dari indon wat keter sorong tuk tempat jual air bandung dan bali....
lagi sekali aku ditinggalkan keter buruk ku..dia majuk n nk sopping 2.5k lak..nnti dia dpt jantung baru..sabow2...

Di sengat Lebah

Ada seorang pesakit yang hidungnya bengkak telah pergi berjumpa seorang doktor.
Doktor : Kena lebah?
Pesakit : Betul.
Doktor : Lebah hinggap?
Pesakit : Ya.Lebah tu dok lepak kat atas hidung.
Doktor : Menyengat?
Pesakit : Belum sempat. Sebelum sempat menyengat, sepupuku menghantamnya dgn penyapu.
Doktor : Owhh!.Patut la hidung mu macam Zizan Bolos Saja Dinding Itu..hidung dgn lebah sekali kena..

Huaahaaahaa
*********************************************
Ni ada 1 tuku-tuki(teka-teki)...bijak yee..silap jawab tul-tul..nnti kamoo maluu..

Soalannye : Haiwan apa namanya cuma ada dua huruf?..
adakah katak..no.no..katak ada 5 huruf..kucheng siam ke..lagi panjang-11 huruf
Pening la..gi makan nasi goreng ajoo dulu...dh kenyang sambung pening balik..hihi

Tuesday, June 9, 2009

Kesederhanaan Muhammad S.A.W

Thomas Carlyle dalam buku tulisannya "On Heroes and Heroes Worship" telah menegaskan :"Kehidupan Muhammad S.A.W sehari-hari sangat sederhana;makanannya yang biasa adalah roti dan air,kadangkala kurma dan air;susu dan anggur makanan mewah baginya; kekadang berhari-hari tidak ada api menyala di tungku dapurnya.Mereka mencatatkan dengan bangga bahawa ia memperbaiki sepatu nya sendiri serta menampal jubah..tidak ada Kaizer dalam pakaian kebesaran yang ditaati sebagai lelaki yang memperbaiki pakaiannya sendiri."

Subhanallah..Allah telah memelihara Muhammad S.A.W daripada harta dunia yang menggelapkan hati manusia..Kesederhanaannya melampaui kehidupan seorang pemimpim umat kini..Jika kamu mahu ikut Islam kerana harta dan pangkat,maka aku tidak dapat berikan kepada mu..Islam ini hanya untuk keselamatan mu di dunia dan akhirat yang boleh aku jamin...

Muhammad berada di tengah-tengah rakyat sepanjang waktu.Tiada istana besar apatah kemewahan harta kerajaan, malah tiada pula meninggalkan harta pusaka bagi ahli warisnya..

Selawat junjungan keatas Baginda..Muhammad S.A.W..

Monday, June 8, 2009

Racing Haram..

Suatu petang Kekura dgn Siput babi tengah lepak dekat simpang jalan masuk ke Kg.Monkeybone..Sambil lepak2, diorang sempat gak mengorat aweks siput
babi cun dan kekura anggun yg lalu nak gi ke kedai Cik Musang..Setelah berjam-jam dok kat situ, tetiba kura2 berkata,"Boringnya kita dok lepak kat sini lelama..aku bukan apa..nak gi ke kedai Cik Mus tu amik masa sangat..maklumlah jenis slow sket bangsa aku ni"....Siput babi ketawa terbahak-bahak tanpa menyedari dia dari jenis yg sama..Kura2 pon marah lalu cabar siput babi,"Heii..siput babi, ko ketawakan aku ya..apa kata kita racing sbb nak tgk sapa yang paling lambat sekali.".Siput babi berkata,"Aku ok je..cakap kat mana kita nak race."..Kekura pon cadangkan,"Aku cadang kita racing dari sini ke kedai Cik Mus yg jauhnya 300m tu..bukan apa bila dh sampai sana leh kita minum air terus.Maklumlah mesti letih dan dahaga (sambil terbayang air keret susu).".Siput babi, "oraitt babee.".kekura jawab balik,"babi tu kau la.".

Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..semua binatang2 kecik,besar,merangkak,melompat,terbang dan bergayut suma datang nak tengok racing tu..bukan senang nak tengok racing ni..kalu nak tgk gak kene gi Sepang..jauh sangat..dueet pon takdak tuk amik tiket yg berjuta rupiah tu..

Setelah bersiap-sedia, maka wisel dibunyikan..kekura terus berjalan merangkap dgn pat kaki nya..siput babi lambat sikit sbb nak betulkan kakinya yg mudah tergeliat..

1jam belum tiba kedai Cik Mus..2jam pon belom,5 jam pun masih belom,10 jam baru diorang bergerak 50m je...semua penonoton dh gelisah dan boringnye maklumlah dh ulang alik kedai Cik Mus 10x minum air, tp contestant dua ekor tu dak smpai2 gak..

tiba2..babi yg tengah selsema meluru dan berkata dengan kuat sbb dh tak tahan nak kencing(dia teruja nak tgk smpai garisan penamat sebenarnya),"Harammm tul racing ni..dah 10jam dak abes2 lagi.".

Semua binatang lain tengok kat babi..masing2 berkata.."Cehh..mmg haram la racing ni sbb babi dh kata gitu..dia kan jenis yang haram .Takde satu pon yg halal kat dia.".

Akhirnya racing tu terpaksa dibatalkan atas alasan takut berjangkit selsema babi..

Sunday, June 7, 2009

Sahabat Jauh Dekat


Lepas surf belog PuteraArry ptg td kt N3 bagai isi dgn kuku, tetiba teringat member2 lama..owhh i miss u all..agaaga..kalu jumpa mesti ngecoh cam tahun lps kt kenduri Mat Camp.tp i maloo skit sbb trang tang tang..tp kita suma mesti jumpa agi..start dr ITM Penang,ITM Arau & Shah Alam smpai dok umah kt Pntai Dalam..we all like brothers walpon korang dh berpangkat2 dh dlm gomen..i je dak mao masyuk gomen..

Pagi tadi gi opis JBA SP agi..iskk! ari cuti pon kene keja..kul 12 dh nak balik,pewoot pon dh krok.krek..lapo..so nk balik goreng kopok lekor dlm peti..
Tiba2..ting.tong.ting.tong..hepset bunyi.."Lat..apsal kol aku,"aku wat-wat tanya.
"ang jd nk gi wedding Kandar kn sabtu ni,aku polo ang sbb kn tu kt negeri demo,"Lat berselamba smbil lipat kain..ehhee..saja tambah bab lipat kain tu..
"Owhh..dh janji..tp fulus dak brapa cukup sbb dh bagi org tua wat wedding adik aku,"aku tersengih-sengih..
"No hal..aku top-up sket2..okeh,"Lat pujuk..
"K..set..err..anak ang sihat ke..bila nak kawin lg,"soalan takecare N maut dari aku..
"Anak aku sihat..kawen biar dulu..ang dh lama dak mai main tom-tom bak dgn anak aku ni,"Lat gitau..
"Laen kali..ang dok Parit Buntar..jauh sngt..tp windooo kt anak ang le.."aku jawab poyo..
"ikut ang lah..jumpa minggu depan..k..salam,"dia letak tipon

Mmg dh lama dak jumpa Lat ni..semenjak wife dia passaway ms lahirkan anak pompuan dia 2thn lps, kami jumpa sekali je tu pun ms kenduri arwah N cukur jambul..Walpon dia J41 kat JKR Penang tp ms nk jumpa tu mmg xde..contact2 dgn mmber suma tu ada..Kagum dgn dia sbb dpt besarkan anak sorang diri dgn bantuan keluarga mertua..pastu bayar 2 keter n umah sorang2 lps wife meninggal..kuatnya semangat dia utk besarkn anak pompuan cute itu..

my friend-my friend.. aku tau demo-demo suma (kelate,johor, selangor,kedah,perak,melaka,nogori & sarawak pon ade) mmg nk wat perjumpaan lagi kn..time tu mesti meker-meker nk kutuk aku..chesss..

Ahsan-al- Khaleqeen


Martabat Ahsan-al-Khaleqeen ( sebaik-baik makhluk) boleh dicapai dengan memastikan rohani dan jasmani kita normal serta sihat...Bila hati dan badan sakit maka, pencapaian kita sudah tentu merundum dan tidak memuaskan..Sangat penting riadah dan mengawal pemakanan supaya kesihatan jasmani ditahap yang optimum..Allah jadikan badan ini untuk membantu roh menjalani kehidupannya, maka menjaganya adalah amat penting.
Setiap pekerjaan yang menghasilkan pendapatan halal adalah sangat2 dituntut.Walaupun kerja itu menyapu jalan,upah memarut kelapa atau jual kuih.Hasil yang halal menjamin pembentukkan Ahsan-al-Khaleqeen..Allah amat mengasihi hambaNya yang membuat perkerjaan halal..
Hendaklah malu membuat maksiat..sekarang ramai sudah berbangga membuat maksiat.Tanda akhir zaman..
Pembangunan diri hendaklah selaras dgn AlQuran dan Hadis..Setiap ilmu yang ada mesti diamalkan dengan rasa tanggungjawab supaya orang ramai mendapat manfaat..

Saturday, June 6, 2009

heppp...bonsai ..nippon

Ni tempat keje Incik Uxop..hehh..dlm utan belantara kn..woshhh! camna tenet nk ada line,tipon pon jap ade jap senget pastu lip-lap & gol..Owhhh..arini nk mao citer keje sbb cootii..
Smlm lps amik anak sedara kt K.Nerang, balik update skit belog kul 12mlm & tgk belog2 kamoo di hati..ntah bila dh gelap tk sedar..pastu solat subuh..

Arini dh janji nk gi umah kawan lama di Tobiar, Pendang..satu kampung dh jd member,cam org kampung sana lak..bila gi sana mesti malooo sbb layanan diorang tu dh lebey2 sgt..mcm saya ni YB lak..eh.ehhh..tp tujuan saya kesana sebenarnya nak jumpa Tokey Hona Enterprise S/B..Paksu Adi Botak & Osmanie (kwn baek termasuk mak dia ckali)..ehhee..P.Su Adi ni buka kedai landskap N bonsai..
Dulu kami keje sekali kat Anak Bukit.Dia sub-con saya, sbb dia melayu maka saya bnyk tolong nak bagi dia naik skit utk kerja landskap..kelasss gitew,Engineer jaga lanskap.pelik kn.

Tp dh kat2 akhir projek, dia kene kelepet dgn PM & CM aku (bangsa cina)..so..sbb itu saya terpaksa ajar cina2 tu dgn mengambil langkah resign di sana..padan muka diorang,terhegeh-hegeh nak naikkan gaji saya...sowiiii..u r late for dats..saya cukup benci bila kerja nak tipu orang je..dh la untung banyak,lagi nak kelepet org..Dh sampei sana..aduhhyaiii..cantik2 nya bonsai2 & pasu kt situ..Oh my God..kemere lupa lak nak bawa..ayooyoo..so xde pix tuk bonsai yg cantik tu..
Kul 12tghari sembang2 sekejap,pastu gi makan then balik ke Tapak semaian lagi..Untuk menolong lagi minat aku & usahawan melayu, maka I belilah satu bonsai cute ni dgn rega RM80 inggit,walpon nk bg discount tp aku dak mao..takut dia rugi lak..skit je tu..kul 3 balik Jeniang N tido sat..


Ni lah dia bonsai jepun cute yg dimport dr Nippon telah di sopping oleh Incik Uxop..banyak agi murah2 tp Rupiah kurengg lak..ohh..kene jual cd balik ni...sesape berminat..meh le no tipon..ekeekee..opss..leh aju komen kat cni..jgn tanya lebey..nnti jawapan cincai je..

Mulai skang belog ini telah dimadukan dgn bonsai jepun ni..tp belog pinn kamoo dekat di hati tetap di hati...Incik Uxop tetap follow kamoo..heppp..I'm sowiiii..

Friday, June 5, 2009

HP Eco, Mama & Make-up - future design

Laptop HP Hijo ni sesuei dgn geng2 Greenpeace dak pon Greenday...

Ohhoo..Laptop Mama ni khas tuk bakal2 mama n dh jd mama pon..pesyen lipat baju ni..

Yesss..ni khas tuk meke-meke yg chumell,cute & model2 di gerai psr mlm air jagung Incik Uxop je..N spesel gift to kamoo yg belog nya warne pinn n baek ati..ekeekee..sila pewasann ye..ngeee.. nahh..sila amik & bayar ansur2 melalui potongan dueeet PTPTN ye..


Wednesday, June 3, 2009

Ular Kepala 2 Bercakap


Ini adalah pengalaman benar..kejadian berlaku masa umur aku 8 tahun..kejadian ini berlaku dgn kehendak Allah Subhana wa Taala..Allah lebih mengetahui akan sesuatu peristiwa itu..

Di kampung ada sepohon pokok jambu batu yg terletak di kawasan bendang padi dan berhampiran sungai.kawasan tu kalu dh petang mmg seram..sekarang padi tak hidup sbb tanah jd masin dek air masin dari laut..bendang padi jadi terbiar..selalu selepas main bola waktu petang kami akan mandi sungai dan kadangkala panjat pokok jambu batu bila musim buah sbb lapar..pokok jambu tu satu2 nya ada kat situ..
Kebetulan aritu sudah dekat maghrib, aku,Peli (abg aku no.5 ),Rossid (sepupu),Mamat,Selan (sepupu) dan kawan2 lain sibuk panjat pokok jambu batu..maklumlah musim buah dia..
Kami berebut-rebut ambik buah jambu..walpon saiz sederhana tapi manis & sedap..Tengah panjat dan petik buah jambu tu..tiba2 abg aku, Peli ternampak seekor ular kepala 2 sedang berlingkar kat ranting hujung..Dia terkejut..lalu dia bgtau kami..
Mmg jelas kepala ular tu bercabang..Kami semua diam membisu..
Tiba2 kedengaran macam suara org tua..
"Awe (bhs kelate = anak2 lelaki), doh nok maghrib ni..gi balik rumoh..nanti jdi apa2 susoh",..
Kami berpaling antara satu sama lain..tapi yg jelas suara tu datang dari tempat ular kepala bercabang..
Apa lagi..kami terjun dari pokok jambu tu dan terus lari kecil kepala smpai rumah..
Aku tak pasti samada ular tu dari jenis Jin atau bunian..yg pasti pokok tu ada org jaga..

Wajah2 Kota Bharu

Kegigihan & kerajinan wanita Kelantan..aku respect dgn semangat diorang..anak2 dh diajar pakai tudung..


Tengok!! semua nama kedai start dgn nama pompuan dulu..Kak Lah & Keluarga,Kak Yah & Abg Yie..ehehe..kene queen control ke ni..owhhh..tidak..

Pakcik bawa beca roda 3..lain2 tu tgh lepak smbil baca paper


Bebudak kat KB..Adik bawa Kakak ke Pasar Siti Khadijah..bagus tul diorang ni


Wahh!! hepi masuk pix smpai lompat2 anak saudara aku ni..ewah2..

Semangat tul diorang ni..hijo kuning umah aku..hijo putih tu ..hehhhe..faham2 le..



Monday, June 1, 2009

Banyak tapi sikit

Pada maghrib selepas solat, aku dh prepare alat2 nak gi menyuluh udang.pelita karbaid,sauk(alat tgkp udang) dan guni kecik (tempat letak udang)..aku gerak bertigaan dgn abg dan sepupu..selalu kami tangkap udang di bendang sawah tepi umah je..tp aritu sepupu gitau satu idea chantek punya - berburu udang di sungai berdekatan tanah perkuburan Tok Sadang..pehhh..chantekknya idea dia tu..
Nak kesana cuma 15minit je menyeberang sungai (mlm air surut,jd lintas tkyah berenang).Apabila dh smpai kat sana dh kul 8.30mlm..suasana mlm tu dingin dgn angin sepoi2 nk bg antu terjaga..eheheh..sebenarnya tanah perkuburan betul2 tepi sungai,sebahagian tanah dia dh terhakis dek arus sungai..sooo..sesetengah kubur yg terhakis tu akan menampak sesuatu yg aku dak mao cakap atas alasan nk hormat penghuni kubur2 tersebut..setakat tulang tu mmg dh biasa..batu nesan jatuh bergolek pon dh biasa..
Didepan sekali abg aku,dia berdua-an dgn sepupu.aku dok belakang..ntah apa lak,pada mlm tu dirasakan dgn aura tahap gaban ialah udang sangat banyak mlm tu..wahhh..bukan maen sonok lagi kami mlm tu..aku dh terbayang nak beli bolasepak je tuk main2 dgn mmber ..kutip punya lah kutip smpai separuh guni..tetiba aku perasan ada org tiup kuat kat api pelita karbaid aku..pelita karbaid padam..aku tgk kiri kanan..xde org..tgk depan,aku nampak abg & sepupu tgh sauk udang2 yg banyak tu..aku amik lighter dan nyalakna balik pelita karbaid..selang 10minit,dia tiup lagi..aku pun duduk sekejap..lps tu aku cakap kt menatang2 yg berkenaan"mu takyah kacau aku la,aku bukan nak mari kacau mu.baik mu balik tempat mu sblom aku katok(pukul) dgn hulu sauk ni..pastu aku sambung balik menyuluh udang..sejam kemudian dlm kul 12..aku dh rasa karung guni dh berat..diorang ajak balik..
Dh smpai umah, aku nak alihkan udang dlm karung guni ke besen...Ya Allahhh..apsal udang tu skit je..tak padan dgn berat karung guni..kalu disukat udang dlm besen tu cuma suku guni je..main2 tul benda ni..

Islamic Clock