Sunday, August 30, 2009

Dilema seorang muslim di Malaysia

Mungkinkah merosotnya nilai-nilai islam dalam masyarakat umat islam di Malaysia adalah bermulanya dari kurang penghayatan terhadap perkara-perkara asas.Kita tak payah tengok contoh yang jauh,paling dekat adalah ;-

1) Semasa saya kemasjid, selepas iqamat dapat diperhatikan jemaah yang ada lambat bangun utntuk bergerak kehadapan,bila dh bangun lambat nak memenuhi saf dihadapan sehingga kan Imam terpaksa bagitau utk penuhkan saf hadapan..Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyegerakan berdiri dan memenuhi saf dihadapan.Tak perlu hingga Imam beritahu baru terhegeh-hegeh memenuhi saf hadapan..Ini bermaksud disiplin dan penghayatan kita sebenarnya masih rendah.Bagaimana kita nak berjuang/berjihad di jalan Allah kalau umat islam amat lemah dalam perkara-perkara asas sebegini.

2)Sibuk bekerja/belajar/meniaga (pasar malam,pasar ramadhan dsb) hingga menangguhkan solat ke akhir waktu dan ada yang meninggalkan terus dengan alasan masa dah tak sempat.Jika kita betul2 memahami akan malu dengan Allah,maka seharusnya kita patut malu bila kita lupa pada Allah yang memberikan rezeki kepada manusia samada dalam keadaan senang dan susah..

3)Cara berpakaian yang amat-amat dituntut oleh Islam telah diubah ke satu cara yang yang menampakkan aurat.Adakah berpakaian ini merupakan perkara yang remeh dalam Islam..Kenapa dalam AlQuran ada menyuruh umat Islam menjaga cara pemakaian jika kita yang lemah ni menganggap ia perkara remeh temeh.Sesungguhnya azab Allah itu maha dashyat bagi yang ingkar.Jika kita rasa kita sudah pandai maka kenapa AlQuran diturunkan kepada kita??Sesungguhnya aqal manusia itu amat lemah bila ia menuruti hawa nafsu.

4)Malas menolong orang miskin dan yatim piatu bagi yang mempunyai kelebihan harta dan duit.Rezeki yang Allah berikan kepada yang kaya itu sesungguh terdapat hak-hak bagi mereka yang miskin.Ada yang menderma bila mereka merasakan ia akan mendapat faedah dari sesuatu derma itu.Sungguh cilik sekali orang ini.Derma tidak seikhlas hati akan membuatkan hati menjadi sombong dan bongkak.

5)Penghayatan Alquran dalam kehidupan yang semakin merosot.Bilamana manusia sudah sibuk maka apa yang dapat diperhatikan mereka meninggalkan amalan membaca Alquran dan menghayati isi maksud yang terdapat dalam nya.Waktu lapang diisi dgn menonton tv,berkaraoke dsb.Maka dapat dilihat bahawa anak2 kecil sekarang sudah diajar utk menjadi penghibur dan artis daripada menjadi tahfiz atau pendakwah Islam (nasyid juga satu dakwah).Program tv lebih mementingkan gaya santai dan berhibur dari memberikan penerangan ttg islam yang syumul.Kerosakan minda ummat islam telah berjaya dilakukan oleh kafir munafikun.

6)Menghormati ahli agama,ahli ilmu,orang tua dan sesama islam yang kian terhakis.Budaya menghormati dan menghargai terhadap ahli ilmu dan agama semakin menurun dikalangan umat islam di sini.Kita sudah saling curiga-mencurigai antara satu sama lain.Bila orang tua/ahli agama bagi nasihat,bagi mereka yang pandai(belajar sekolah moden) akan menempelak yang nasihat itu semua karut dan tak masuk akal kerana pelajaran moden mereka tidak diajar sedemikian.Maka mereka meninggalkan nasihat para ulama dan ahli ilmu semata-mata kerana bercanggah dengan apa yang mereka pelajari dari ilmu moden.Yang penting bagi mereka hanya pembangunan dan taraf ekonomi.Memang ekonomi adalah penting tetapi ia harus dibangunkan dengan nilai Islam supaya tiada yang teraniaya terutamanya rakyat bawahan.

7)Amalan kebersihan yang tidak diambil berat.Tandas yang kotor dirumah dan masjid sudah menjadi adat.Amat malang sekali jika tandas (rumah iblis syaitan) itu berada didalam rumah/masjid.Keadaan masjid/rumah dan sekeliling yang terbiar dengan sampah sarap dan lalang.Ahli anggota kariah masjid hanya pada carta organisasi sahaja tanpa ada usaha yg bersungguh utk mencantikkan masjid.Bila masjid elok,maka jemaah selesa utk ke masjid.Maka penghayatan semasa solat dapat ditingkatkan.Yang pasti Allah amat menyukai sesuatu yang bersih.

Jika umat Islam sendiri tidak dapat memahami perkara asas ini, maka sudah tentu Islam kita hanya pada nama..ini belum termasuk dengan perundangan yang diamalkan di sini..sungguh memalukan pada sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke 52 kepada semua rakyat Malaysia terutama org melayu Islam..Hayati lah kemerdekaan ini dengan cara yang betul.Bukan dengan mengambil kesempatan menogok arak, berpelesiran tak tentu hala dan membuat maksiat di malam yang baik ini..Jangan malukan Malaysia sebuah negara Islam.

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKAA!!!

Sunday, August 16, 2009

Hati seorang tua...

Sudah dua hari aku perhatikan gelagat orang tua ni..Pak Hamid selalunya jika ke tapak kerja mesti gembira dan senang hati..tapi dalam dua hari ni dia kelihatan sugul.Matanya menunjukkan seolah-olah ada satu bebanan besar yang sengaja di sembunyikan daripada kami..Kehidupannya dari usia muda hingga ke tua hanyalah dlm konteks kerja pembinaan..pengalamannya cukup berharga buat aku menimpa ilmu baru yg tidak diperolehi semasa belajar di UiTM..

ari ni (16/8/09 ari ahad), semasa ke tempat kerja (sepatutnya cuti ni) aku smpai kul 10 pagi,alih-alih tengok dia sudah smpai awal dan duduk termenung di tempat pekerja sedang konkrit bangunan..aku biarkan dia tenangkan hati dulu, sementara itu boleh la buat kerja sekejap..dalam tghari nnti nak ajak dia pergi makan mee rebus dan air cendol sambil nak korek rahsia dia..

Pukul 11.50 pagi, dia masuk site opis dan bertanya kabar..aku pom amik kesempatan ajak dia gi makan di Cen Cendol kat pekan Jeniang..smpai sana terus order mee rebus n cendol pulut utk 2 orang (tapai ubi kayu xde,kalu ade ni..wushhh..lagi best)..sambil makan aku bercerita hal-hal di tapak projek dan dia pun seronok melayan juga..maklumlah dh lama tak terllibat dgn kerja kesukaan dia ni..Yesss..inilah masa nya nak tanya apa beban yg bermain difikirannnya..

Aku : Pak Amid, saya tgk Pak Amid mcm sedang fikirkan sesuatu ni?Ada masalah ke?cuba cerita sikit...


Pak Amid : umm..mmg ada masalah keluarga sikit.Anak saya terlibat dgn dadah..kalu dia menagih mungkin boleh diubati lagi,cuma sekarang takut dia mengedar saja sbb tgk sekarang mmg dia ada duit banyak..

Aku : Patutla..mgkin sbb dia dok berkawan dgn puak-puak tu ni..Pak amid kene bertindak awal sebelum dia jadi lebih teruk agi.

Pak Amid : Itu la sbb sekarang saya dh adu kat jabatan narkotik kedah..nak suruh diorang datang serbu rumah..tp masalah dia duduk dirumah mertua dan anak bini sekali..kalu tak report lagi takut abis rosak anak2 felda kat sana..budak2 muda kat sana ni bukan nak kerja,asyik duduk lepak,ronda sana sini pastu hisap dadah..(terangnnya dgn nada marah)..

Aku : Suruh narkotik follow dia dulu,bila dh smpai kat tmpat simpanan baru serbu..tapi Pak amid ni bagus betul..sanggup report Jabatan narkotik suruh tangkap anak supaya budak2 muda sana tak dapat bekal ni..

Pak Amid : Saya ni bukan apa,nnti mak bapak diorang salahkan kita pulak bila anak diorang terlibat..padahal diorang sendiri tak sempat tgk kelakuan anak..

Sekarang baru mengerti mengapa dia selalu termenung..kekadang kita kena berkorban dlm menyelesaikan sesuatu masalah yg melibatkan kepentingan org ramai..tak boleh pentingkan diri sediri walaupun ianya pedih dan menyakitkan hati..Apa-apa pun aku respect le kat orang tua ni..dh dpt satu ilmu lagi sambil2 dok makan..

Thursday, August 13, 2009

Catitan bergambar di minggu yg sibuk

Minggu agak sibuk agi..turun dan naik hutan bukit dh 2-3 kali dlm seminggu..redah hutan getah dan buluh serta kerisauan gangguan penghuni hutan lain..Hupdate dgn gambar je dulu ekkk..
Adesss..nak kena redah hutan tebal utk melihat kawasan sekitar projek

Hohhh..nak kena panjat ke atas ni yg teruk


Jangan cuba-cuba ganggu kawasan ni...mistik punya nih

Camna doirang boleh naek ke atas ni..pakai heli ke apa?


Ohh..Selamat Pengantin baru utk Osmanie dan Jue..hangpa mmg cekal dan sabaq dlm mengharungi hidup yg penuh liku ni..

Sunday, August 9, 2009

Org Kota, Org Kampung

Semalam hari sabtu 8/8/09 selepas keja tgahri, diri ini telah ke Tobiar,Pendang, Kedah dgn tumpang keta owng kerana menghadiri kenduri kawin sahabat rapat Osmanie dgn pasangannya Jue.Saya dan Man ni selalu tolng-menolong (kami dh jd mcm adik beradik).Exactly umur dia dh 35thn baru dpt kawin.bertunang dekat 2tahun..seb baek jd kawin bukan apa mmg fulus menjadi penyebabnya kawin lambat.Majlis kawin sangat ringkas tp berlangsung dlm suasana meriah juga.Cuma abg dia yg bemulut lancang skit telah merosakkan ari saya dgn pertanyaan yg kasar n hampir memalukan pihak disebelah adik pengantin pompuan.Selepas sesi bergambar saya minta diri berundur dari mak Man (ayah dia dh meninggal).

Pastu ke rumah bekas supervisor dulu Fazli (muda agi dlm 24thn & sekampung dgn Man).Saja gi melawat mak dia yg kene strok.seb baek penyakit tu tak teruk sangat sbb lumpuh belah kanan dan masih boleh bercakap.Fazli ni yg jaga dan uruskan makan minum mak dia.Sembang2 sat bab anak dia Ita yang baru kawin setahun lps.Si suami Ita ni anak org berada di KL,tapi family dia jenis eksyen skit.Anak dia yg baru lahir tak dibenarkan pulang ke kampung takut digigit nyamuk dan mcm2..maklumlah kampung..hina sangat kah org dok dikampung ni..dikota sana rumah ber-ekon dan di kampung rumah berangin luar, dikota suasana hidup hingga ke pagi dan kampung smpai kul 11mlm pastu senyap sunyi.Tinggi sgt kah taraf org kota ni dibandingkan dgn org kampung??..entah le..ssh nk jawab ni..mgkin ilmu kemodenan org kampung kurang kot dari org bandar,maklumlah selalu mengaji ilmu akhirat je kat masjid..

adesss..sedih dgn perangai melayu kita ni kekadang..bagus sgt ke hidup dikota ni ya..setakat nk cari dan jaga gaya hidup tu yng jadikan moral org kita menurun.Harta baru sejengkal tapi peel lagak mcm Raja..Bill Gates pom dak smpai lagu tu..Saya rasa perangai setengah orang melayu sekarang mmg betul2 berbeza dari zaman orang tua kita..muafakat dan hormat-menghormati sudah beransur hilang dlm diri.Bila kaya malas menoleh kepada golongan yang tak berupaya..Harap2 kita suma cepat2 sedar sebelum nilai murni hilang dan merugikan anak bangsa yang akan datang.
Apakah tujuan hidup kita yang sebenarnya ni..jika hanya kerana harta dan pangkat maka seharian kita akan menjurus kearah kepentingan dunia.Jika hidup utk keberkatan dari Allah,maka perbuatan kita akan menjurus kearah keredhaan Allah...Saya pun masih tercari-cari apakah matlamat hidup saya didunia ni..jiwa muda ni selalu menganggu dlm menyusuri ke jalan mengenal Pencipta diri..

Catitan Singkat Hari Ahad 11/8/09

Assalamualaikum..Dengan Nama Allah Yang Maha Pegasih Lagi Maha Penyayang..

Owhhh..udara..udara segar..diperlukan sblom N3 ni dpt ditulis..sunggoh lemas dgn keje yg bertimbun..tp dh hampir selesai dh..opcox keadaan tak dpt dielakkan hingga terjadinya masalah di tmpt keja..supervisor ni mmg betul2 mkn gaji buta rasanya..boss plak leh wat-wat dak nampak..kalu nk sayang pom sila le bertempat.staff lain dh ramai mengadu kat saya.kenapa mengadu dgn saya??mengadu le kat boss,mentang2 le saya ni baik dgn kamoo suma ya..tp asyik dok tlg owang je..bila owng nk tlg saya ni???

Minggu lps pom serba salah n pening dgn offer dari Company Canada yg berpengkalan di M'sia tp keje kat laut dalam..aisehh takut juga ni..nk kene reply selewat2 nya isnin ni..tp masih was-was..patut ke pergi???adesss
.............................................................................................................................
HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
HALLIBURTON OIL AND GAS
11th Floor, Menara Tan & Tan
207, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +60 10290 xxxx Fax +603 2033 xxxx

ATTN: INTERNATIONAL OFFICIAL JOB ONLINE OFFER.

You has been shortlisted among the candidates who
submitted the CV and success through online interview with our company ,before we will issue
you the Offer Letter and the Contract Document You have to fill the following
informations and send it back to us
before 5.00pm on monday 10th August 2009.
................................................................................................................................

Yeeppp..lupa nak citer pasal gi PC Fair kat KLCC ..Smpat amik gambar kenangan ke KL skali.

Ni stesen Universiti..dulu masa moto buruk saya rosak,terpaksa gi keja dgn LRT..jd ni la stesen yg terdeka..seb baek dulu (2004) wat bangunan tepi KLCC je..kalu tapak projek di Kepong abis la kene naek bas Metro yg ganas dan berenjin F1 tuh..


Owhhh..member ku Sinchan..engkau dok dlm MP5 baru ku ye..Ehhehe..pomot MP5 skit..disebabkan tak jadi beli Notebook bawuu..maka ganti kn dia dgn benda alah ni..dpt gak pengganti notebook tu masa di PC Fair..at least ade benda yg dibeli..ngeehhh2x

Yesss..sbnr nya selain tujuan ke KL tuk ke PC Fair adalah ketemu buah hati yg comey nih..ohhoo si kecik gedix ni adalah Yiyin (ank mmber shaye ye,bkn ank shaye)..umur 3 tahun..malu2 kucing tp bila menanges kalah org tua sbb lps nangess mst makan banyak..tak caya?? tgk picta ka bawah sekali..

ewahh..jeling manja ni ..
hohhh..lps nangess teresak2 ni

aduyaiii..makan ngalahkan org tua ni..

K lah sekian saja tuk N3 ni..pasaipa jd sepi hidup ni ye..ahh lantak le..nk dgr bacaan Alquran dari MP5 baru sat agi..Salam...

opss..nk ucap tahniah kpd sesorang sahabat yg dh bertunang dgn arkitek tu.mgkin awk baca n3 ni kn..moga cepat2 ke jinjang pelamin..

Islamic Clock