Monday, July 28, 2008

PETIKAN DARI OFF ROAD TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SIAPA PERLU BERCAKAP BAGI PIHAK ISLAM

Saya (Tuan Guru Nik Abdul Aziz) masih teringat saranan TPM dalam majlis Penutupan Seminar "Who speaks for the west.Who speaks for the Islam" yg telah diadakan di Kuala Lumpur pada 11 & 12 Februari 2006.Beliau menekankan golongan Islam majoriti yang senyap perlu berani berdialog dan menyuarakan pendapat dengan masyarakat barat. Jika Dato' seri Najib maksudkan golongan majoriti yang senyap dan perlu bersuara itu adalah dari majoriti orang Islam dalam UMNO maka betul lah Najib sedang ketuk besi sejuk.

Bagaimana orang UMNO mahu bercakap mengenai Islam sedangkan fahaman dan perjuangan mereka adalah kebangsaan. Justeru pernah cuba mahu membawa Islam kedalam UMNO lah DSAI ditumbuk,ditendang,dibuang dan dicederakan.
Paling tinggi yang disuarakan UMNO ialah Islam dari jenis Hadhari yakni satu klon Islam yg di modifykan yg sngt dipersetujui oleh Amerika & sekutunya. Sepanjang 50 tahun merdeka dan membisu mengenai Islam,kemudian secara tiba2 dlm masa setahun dua UMNO mengisytiharkan Malaysia Negara Islam.Itu pun nak berpaksikan kepada apa..pembinaan masjid yng banyak dgn jumlah jemaah yg sedikit,penganjuran majlis Tilawah Antarabangsa ataupun kedudukan kita dalam OIC itu sebagai pengukurannya.Sepatutnya dasar kebangsaan Parti UMNO itulah yang patut diubah kepada berlandaskan AlQuran.Kalau nak pakai Islam pun mesti dari jenis Hadhari.Jenis lain tak boleh..mmm agak2 ada berapa jenis..Saya (Tuan Guru) selalu syak yang Islam hadhari versi UMNO ini adalah dari daya cipta Yahudi yg direstui oleh Amerika. Jika UMNO beria-ia mempertahankan islam hadhari ini bererti dia menolong musuh islam kerana sebarang untung untuk melunturkan Islam yang di turunkan kepada Muhammad S.A.W akan dibahagi dua labanya.50% untuk UMNO & 50% untuk dinikmati oleh musuh-musuh Islam yg sememangnya menanti peluang ini.

Bukti pertama UMNO menolak Islam ialah sikap mereka semasa mengubal Perlembagaan. Bukti kedua ialah semua orang tahu Perkara 4(1) yang membelakangi Islam.Selama 50 tahun UMNO tidak nampak apa2 tanda pun untuk meminda. Bukti ketiga dengan penangkapan tok-tok guru & ulama dgn terus menggunakan ISA tanpa pengadilan mahkamah. Keempat setiap kali pilihanraya UMNO bersungguh melawan PARTI yang dasarnya Islam.Kelima ialah UMNO tolak terus menerus MELAKSANAKAN hukum hudud dengan pelbagai alasan dan cara.

Ringkasnya ditangan sekumpulan pemimpin nasionalis, Malaysia di pandu oleh orang yang keliru dan mengelirukan. Kekeliruan terkini ialah bagaimana kita boleh terfikir Pengerusi OIC kita boleh tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan barangan DENMARK & BELANDA (baru2 ini) sedangkan hampir seluruh OIC bangkit menyatakan protes terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W..baru2 ini negara mencetuskan kontroversi dengan menjemput kedatangan skuad Chelsea yg di kemudikan oleh seorang bangsa Israel dengan memberikan alasan untuk memajukan bolasepak Malaysia..amat2 mengelirukan...

PERSONALITI TERBAIK MULAKAN DARI DIRI ANDA

Abdul Qadir al Kailani ada menyebut : seorang hamba (manusia) berada ditengah-tengah diantara Allah dan nafsunya.Jika dia memenangkan nafsunya maka dia adalah hamba nafsu dan jika dia memenangkan Allah maka dia adalah hamba Allah. Semasa penciptaan manusia yang pertama pun sudah ada pertentangan yang hebat diantara manusia dan iblis.Sebagai manusia yang baik, kita harus mengingatinya selalu bahawa siapakah musuh kita yang utama...

Tetapi kita harus mengakui bahawa manusia ini ada lagi satu kelemahan yang terdapat dalam diri selain musuh dari luar iaitu nafsu. Disni lah pertempuran besar yang perlu kita lakukan dengan persediaan ilmu agama yang kuat demi menjadikan kita sebagai insan yang berpesonaliti terbaik sebagaimana peribadi Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimana hendak mengalahkan nafsu :

1) Mutajarrid (Kesetiaan mutlak)

a - penumpuan niat iaitu niat sesuatu pekerjaan & perbuatan hanya kepada Allah S.WT. Jangan lakukan amalan untuk mencari kedudukan dikalangan manusia.Setia hanya kepada Allah

b - penumpuan tauhid iaitu bersihkan iktikad kepercayaan dan tauhid dari perkara syirik.Jangan sesekali meminta pertolongan dari sekutu-sekutu syaitan yang nampak macam berkuasa tetapi sebenarya mereka lemah dan terpedaya dengan penipuan iblis dan syaitan.c

c - penumpuan ikutan iaitu segala tingkahlaku dan perbuatan hanya kepada Allah

2) Mengagung Syiar Agama Allah

3) Bertawakkal & Redha

Islamic Clock