Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Monday, May 30, 2011
Cerita Lawak : Aku Malu Dengan Mat LOBO
Tuesday, November 30, 2010
Abanggg..abangg..
Aku : Bayya!!..teyyo suam- suam saytu..roti kosong banjir satu..
Mr.Ali mamak : Siappp...
Aku : Aiiikk..baru oder dh siap ka?ada btui ka ni bayya..btui ka ni...
Mr.Ali mamak : Apasat takda btui punyaa..itu teh o suam semalam punya takda abis..roti pun sama, semalam punyaaa takda abis...musti siappp punyaaaa...
Aku : Abanggg..abangg...ini macam kaluuu..itu duit teh o sama roti aaa...sudah ada dalam buku 555 sajaaa...sudah siap maaa...semalam you sudah tulis...
Hampeh betul la..orang mau makan fresh-fresh punya, lagi mau kasi yang nak expired...
Monday, March 15, 2010
Lawak Kampus 3
Adapun ditepi kerusi rotan itu ada satu meja..atas meja ada komputer Pentium 2 yg sngat lembap milik Kemarau ( Kem adalah budak sarawak yg sgt kedekut..haha)..bukan itu saja beliau juga memiliki satu pencetak Canon (aiseh lupa nama siri dia) yg sangat lagi lembap dan bising..Pencetak tu mmg utk org yg mempunyai kewangan yg sengkek sahaja..katrij dia pun yg karbon punya (lebih kurang katrij mesin taip sizen)..
Jadi selepas solat, aku meng-syok-kn diri utk tido..setengah jam selepas itu...
Treeettt..treetttttt..treeeetttt...bunyi printer kekura demam campak (sbb nak kena campak keluar nih)...pastu bunyik lagi..treerrrttt.trettttttt...lagi dan lagi dan lagi
Aku pun terjaga..patut la..org tua ni tgh print Assignment utk di anta esok..Aku tak mau kata apa dulu, masih berbaring di sofa empuk..buat-buat tido dan tunggu masa utk mengkondemkan printer kekura tu sajork...
Selang 10minit,Kem bangun dan menuju ke bilik air..aku pantas bangun dan buka printer..terus gunting reben karbon hitam dan tutup balik printer..kemas2 skit bg nampak keadaan asal dan terus baring balik.
Selang 3minit Kem datang balik dan meneruskan niatnya utk mengganggu nikmat tido ana lah..
Tapi apo kan dayo..den dulu kasi pelingkop dio punyo printer..Tusss..zassss...krettt.kret.krt..bunyik printer kekura tu..Aku tgk Kem menggaru kepala..
"Kenapa jd ginik,aku dh belik katrij baruk"Kamp berkata sorang2(versi Sarawak nih..tibai je)
Aku di belakangnya sudah tak leh tahan..gelak senyap2 sambil tido dengan aman..
Friday, March 12, 2010
Lawak Kampus 1
ITM Arau,Perlis tahun 1997..tempat: Kolej Kediaman Kempas.Waktu kejadian :4ptg...
Mereka yg terlibat : Buyeng Mat Amin ,aku dan Pakcik Guard..
Selepas balik dari kelas Water & Waste Water Engineering,Mat Amin,aku dan Buyeng terus balik ke kolej utk berehat..jam pukul 3ptg..hemmm..mmg best utk landing atas katil sementara tunggu main bola pukul 6..Masa balik dari kelas tadi dah heboh akan ada spotcheck ujian urine di kampus...dah baring2 atas katil ni,aku pedulik apa dengan spotcheck tu,aku bukan kaki ganja mahupun ubat batuk..baik aku tido..buyeng dan mat amin pun sama..tapi diorang tido lagi awal..letih kena torture dgn En.Khairi barangkali...
Pukul 4.30ptg..aku sudah bangun dan mandi..bilik 3-0-6 aku cuma sebelah dengan bilik air (bilik kami dekat dengan tangga dan bersebelahan bilik air/pantri..jd kalu sesiapa naik ke kolej mesti lalu ikut bilik kami)..1jam ni masa utk study..Mat Amin dan Buyeng belum bangun...Lepas asar baru aku kejut kan diorang...Mat amin bangun tapi tido balik,manakala Buyeng bangun dan dalam keadaan kusut masai (rambut mengerbang,mata kuyu dan merah) dengan baju ke kelas yg berkedut terus nak ke bilik air utk basuh muka...
Selang 3 minit..bunyi riuh rendah..
"Woii..budak..berhenti..kamu hisap dadah ya..."Pakcik guard menjerit..
"Saya tak hisap dadah pakcik..ni nak gi bilik air basuh muka."bunyi suara mcm aku kenal..
Sah...suara Buyeng..
"Aku tak percaya dengan hangpa semua ni..tengok dengan pakaian selekeh,mata merah dan rambut mengerbang ntah apa2 macam ni." Jerkah pakcik guard kat Buyeng (tgh mengigil).
"Sumpah Pakcik.Saya baru bangun tido."Buyeng cuba meng-explain kn keadaan..siapa nak percaya dengan keadaan dia selekeh gila..sah org lain pun ingat dia layan menatang tu..
Aku keluar dari bilik, lepas tu cuba terangkan dekat Pakcik Guard yg member tu baru bangun tido..
"Kamu jgn masuk campur,nnti dgn kamu sekali aku heret ke pejabat pengawal utk urine."Pakcik guard membebel..
"Kamu si kurus lagi selekeh ni,mai ikut aku kepejabat utk urine test."Pakcik guard mengarah.
"Tapi saya belum mandi lagi ,Pakcik."Buyeng mencelah..
"Tak payah mandi..busuk pun takpa,penting buat urine test dulu."beritahu Pakcik guard.
"Uxop,tolong aku sikit."Buyeng merayu.
"Ahh..mu gi buat dulu urine tu..lagipun mu kn takdo hisap menatang tu..takut apa."kata aku.
"Aku bukan apa..malu laa..kena lalu depan siswi-siswi dgn keadaan gini."kata Buyeng
"Nasib mu la tu,sapa suruh tido dengan baju gi kelas."kata aku smbil gelak kuat2..
Tuesday, March 9, 2010
Nakal dan jahat
Owhhh..baru dia faham...rupanya teman itu memanggilnya jahat kerana
saja2 temannya itu mahu bergurau jugak..hhaahhaa..persahabatan akan manis jika saling memahami dan percaya..
Sunday, December 20, 2009
Bermain Sembunyik-Sembunyik Dgn Hantu Galah
Workaholic - Mereka memanggil saya dengan gelaran ini sbb dah sebulan kerja tanpa cuti..sebenarnya saya bukannya jenis tu..saya pom malas jugak sbb hobi saya suka tido dan travelling..!!!'*x*!!!
Pergi keja cuma utk pikul tanggungjawab shj...selain tu mmg saya tak mau pikir..
_....___________.....______________>>
SEsaT daLam hUtan Kebun...
Pada hari itu dalam pukul 3ptg selepas sekolah, kami ke kebun hutan sebelah kampung utk melastik burung dan mencuri buah-buahan (biasa nya kelapa,rambutan,mangga dan gemior).Dah seminggu tak membuat aktiviti tu.Sampai dah gian gila-gila nak melastik burung..Kami akan berbasikal melalui denai kecil yang menghubungkan dari kampung ke kampung..denai itu mmg berada di tengah-tengah hutan kebun..utk sampai ke kebun itu amik masa 20minit dari rumah aku..
Mmg pada hari tu,seekor burung pom tak kena lastik..dasar tangan bengkok agaknya pada hari tu..Kami dah terasa ketensenan utk berburu burung,dah le meredah jauh kedalam tambahan pulak nyamuk dan pacat yang menjadi ah long memungut darah yang suci dalam tubuh ni..ehhehe..
Jadi tanpa membuang masa (masa itu emas),kami pom memulakan aktiviti ber-ukah (memanjat) pokok mangga telur ayam (mmg sedap tp pelik sbb mmg ada satu ni ja kat area kampung kami)...Selepas makan buah mangga dalam pukul 6ptg,kami pom nak keluar hutan tu..tiba-tiba terperasan satu perkara, kesan darah kat pokok tu..kami sepakat kata itu cuma air getah dari pokok..ntah macamana si Juan nampak ekor binatang macam ekor mengkarung yang putus...kami mana ada bawak pisau nak takik ekor tu..lagipom mana boleh sesuka takik pokok dan haiwan dalam hutan kebun...
Apalagi kami terus capai basikal nak keluar dari denai,...kayuh punya kayuh macam duk ditempat yang sama...cinabeng betul menatang tu nak main-main dengan kami...lepas tu terasa macam tak nampak denai nak keluar plak..Ya Allah, tetiba ternampak ada benda berdiri tinggi yang menghalang denai tu rupanya.Hishhh..gila betul..Last sekali kami semua pakat laungkan Azan,barulah boleh nampak balik denai..(dulu masa bebudak taktau petua buka pakaian..hehe)..kami tak buang masa yg berharga tu,terus kayuh lajuk keluar dari hutan tu...
Tapi cukup utk menakutkan kami selama seminggu ja,pastu kami tetap kesana juga sbb mmg dah gila melastik..
Sunday, September 13, 2009
Saja -saja...N3 pendek
"Saya nak pergi supermarket la."
"Nak itooot..boleh kan.."
"Awak ni ada-ada je...."
Jika si dia membuat keputusan secara sendirian tanpa merujuk kepada kita bermaksud dia mempunyai niat lain yang dia sendiri tidak mahu kita mengetahui niat itu..
"Buat apa awak nak ikut?"
"Saja je.Nak tau apa awak nak beli."
"Tapi ni untuk kejutan kat awak."
Kalau dia berkata demikian, anda seharusnya mempercayai dia.Jangan cuba2 nak gedix2 ya..
Cnthnya :
"Ahhh..saya nak ikut juga.Mana tau awak nak mengorat owang lain plak.."
"Ishhh..awak ni!Betul -betul kan baru tau.."
"Tak kira juga..saya nak ikut."
"Degil betul la awak ni..Kalu betul2 awak nak ikut,nanti suma barang yang dibeli tu awak kena bayar...Haaa..baru tau.."
Waahhahaa..Semoga ceria-ceria hidup anda...
Monday, July 20, 2009
Lawak Shawl dgn Daging
“Dagiiiing! Dagiiiiinnngg!!!” teriaknya.
Seorang cik muda yang baru memakai shawlnye yang sedang sakit gigi terasa amat bising dan tergganggu sgt dgn suara buruk (maklumlah radio buruk yg diguna) teriakan si tukang daging.
Cik muda yg sakit gigi: “Hei, awak yg jual daging! Kamu ada otak takkk….!!!???”
Pejual daging : “Aisehhh.. kebetulan lak arini tak ada jual otak le, Cik yg sakit gigi. Hari ini shaye jual daging semua…”
Cik muda yg sakit gigi :"Wak lu la weiii..mmg takde otak sunggoh ni..pepagi dh menjerit"
Penjual daging :"Aiyaa..sudah mereng ke ni..shaye jual daging saja..adusss..ahhh..dak mau beli sudah le..mesti dueett dh abes beli shawl rainbaow ni."
...Heheee..adeiii..sakit pewoott nih..hahaaha
Opss p/s: citer lawak gila ni xde kaitan dgn sesape.mgkin sipi2 tu ade.kalu terasa tu cepat2 minum air supaya tak lekat tulang yupp..sowiii...
Sunday, July 5, 2009
Citer ni ada unsur2 maloo ahh..
Ketika di tanya samada bersalah atau tidak maka Pemuda tu tidak mengaku..
“Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif!” kata si pemuda itu membela diri.
“Dia yang suko-suke memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengnya dengan motornya.Dia suh saya wat wiekang tp saya dakmao.Maka saya pun memboncengnya sahaja sebab takut dia pukul. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar, dia menyuruh saya berhenti. Dibukanya pakaian dan seluar kecik. Lalu dia berkata yang saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga, Yang Arif... lalu saya berpikir pendek, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeans-nya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat, terpaksa saya mengambil motornya untuk wat gi menoreh getah dan angkut skrap.”..
Muhhaaahaa..mmg baek sunggoh pemuda ini..kalu Boya tembaga nih mesti suka sngt dgn benda2 ginih..Harap2 pemuda2 sekarang jadi cam pemuda nih..jgn nk amik kesempatan atas kelemahan sigades yg lemah ittoo..sila pertahankan meker2 okehh..
.......................................................................................................
Sedih tgk keadaan politik Malaysia yang ntah apa2 nih..Ulama-ulama dihentam sembrono..dh la kita sembahyang pon cukup2 makan jek,ditambah dgn tulisan hati yg serong tanpa mengetahui niat sebenar..Islam adalah agama yg syumul (sempurna,lengkap dan panduan yg bukan direka2 oleh Nabi Muhammad S.A.W),mesti ada sebab mengapa Allah turunkan Islam selepas ajaran2 nabi lain..Manusia mmg mudah lalai dan lemah otak bila dah bijak skit..suka2 tafsir itu ini tanpa belajar hingga khatam..Malah kita yang payah/malas nak memahami kandungan AlQuran pon boleh lagi nak tafsir (walhal yang Ahli Tafsir pon selalu berdoa dgn Allah agar tafsirannya itu tidak bercanggah dgn kehendak Allah)
Friday, July 3, 2009
Murid & Chekgu Yg Pening
Seorang guru yang sudah menerangkan pelajaran Sejarah dan mempersilakan muridnya untuk bertanya.
Guru: “Baik,murid-murid.. apakah ada yang ingin bertanya?”
Suasana Hening… setelah 360 saat berlalu…
Murid: “Chekgoo.. saya mau bertanya…”
Guru: “Ehm… ya?”
Murid: “Apakah saya boleh bertanya?”
Guru: “Ya,boleh.”
Murid: “Oh,terima kasih Chekgoo…”
Guru: “Laa… Jadi apa yang kamu nak tanya?”
Murid: “Ya… yang tadi yang saya tanyakan…”
Guru :"Apa dia yg kamu nak tanya?
Murid ; "Saya cuma tanya..bolehkah saya bertanya..tu jek..chekgoo dah jawab boleh tadi kn..kira ok lah tu..lalalaa"
Monday, June 29, 2009
N3 tuk hilang rasa marah..
Tuk ilang sikit agi rasa anger ni,maka nak tulis citer lusyu skit..baguih menulis nih..mmg leh ilang rasa marah..Alhamdulillah..
Dalam sebuah universiti dalam malaysia (bukan UM ye), terdapat satu kekosongan tempat untuk meker2 yang nak masuk PhD (Doktoret ni) Jurusan Psikologi..memandangkan terdapat lagi 4 calon Jenius tahap kelapan dalam siri kuarga Ultraman yang menanti tuk mengisi kekosongan itew,maka pihak pengurusan universiti terpaksa membuat satu temuduga khas dan soalan khas untuk meker2 yg jenius ntahapaapatuh...
Maka hari yang ditetapkan pon tiba..dalam bilik itew ada 4 orang student Jenius dan seorang penemuduga iaitu Dokter Sizuka Jimni (dia ni mmg suka syaiko student2,smpai diorang mengelarkan Dr.Sizuka tuh dgn nama Seikogolok...muhahaaa..Jam di bilik dh kul9..maka sessi temuduga pon bermula...disebabkan masa suntuk maka Dr.Sizuka Seikogolok telah terus gi ke soalan khas tuh...
Dr.Sizuka : "Memandangkn kamu ni Jenius maka saya terpakse mereka satu soklan khas tuk kamoo."
Students : "Ekk..ellleehh..senang semey-seh je tuh..
Dr.Sizuka : "K..Apakah yang paling laju sehingga otak manusia tak sempat pikir bila ia akan berlaku."
Student 1 : "ohhooo..sonang jo tu..jawapannya kelip mata...
Dr.Sizuka : "Mmm..betul,mmg bulih diterima akal.Kamu student 2..apa jawapan kamu"
Student 2 : "Bunyi guruh...
Dr.Sizuka : "Hurmmm..betul jugak..kelajuan bunyi mmg tak dpt dijangkakan..kamu student 3?"
Student 3 : "Errr..saya rasa cahaya keluar masa buka lampu..
Dr.Sizuka : "Pon ada logik juga..emmm..pening nih..kamu student 4?
Student 4 : "Pada firasat saya..emm..berak cair..sebab kalu dh nak berak,mesti kita dak sempat kelip mata,pastu tak heran dgn bunyik guruh yang kuat dan tak sempat buka lampu kerana mmg dah tak leh tahaaaannnn..mesti dia kuar gak...muhahaa..
Dr.Sizuka : " Ya lah..saya setuju benar dgn jawapan bengong kamu tuh..jenius 38juta kali kamu nih..
Maka Student 4 yang berfikiran jenius melampaui ituh dapat tawaran ke peringkat PhD..erkkkk
Saturday, June 27, 2009
Adegan Pocong Melompat
Memandangkan skang tgh ngecoh hal pocong,maka citer ni terpakse dibongkar (xde kene mengene dgn paper Metro/Kosmo k..)
Masa umur 10tahun, nenek sebelah ayah (ayah cuma ank tiri nenek je) telah meninggal dunia, jadi malam tu saya & brotherhood kene gi majlis arwah nenek..Selepas isyak berjemaah kat Balaisah depan umah,saya terosss gi umah arwah nenek.selepas abes majlis arwah n makan mee goreng,saya turun dari umah paling awal sbb nk tgk tv citer AirWolf (kopter yg canggih..sbb dia saya nk jd Pilot..eheeh.pewasan)..tapi kene tunggu abang saya dulu sbb takoot memalam buta nak balik sowang2...Masa tgh tunggu dia kat depan tangga umah nenek...tetiba saya memandang kan mata saya ke arah bendang padi bertentangan depan umah arwah nenek...Masya Allahhh..apakah menatang ituh..melompat-lompat dgn kain putih berbungkus..mmg macam org mati kene bungkus dgn kain kapan..Dia melompat2 melintas depan mata Incik Uxop hingga ke ujung bendang..pastu hilang..Woshhhh..kecik kepala yg mmg dh jenis budak kecik..Trusss naik umah semula dan ajak abang balik..Citer AirWolf kanselll..pastu xleh tido malam tu sbb terbayang2 dia melompat depan mata...huuuuhhh..smpai skang teringat agi..
Sunday, June 21, 2009
Mmm..Saya budak cerdik
Mamat,"Mak!.otak Mamat ni Jenius tahap gaban.Mak sebut je barang tu,Mamat mst save dlm memori nih.Mamat boleh hapal suma tuh."
Ibu,"Oraitt.bawang merah sekilo,kacang tanah sekilo gak dan kelapa kering setengah kilow.Mak nk masak sesedap ni sempena Hari Bapa kat ayah kau nih."
Mamat,"That's all mummy.Ekk elleehh..skit je tuh."
OTW ke kdai Cik Lol..
Ali,"Woiii.Mamat nk kemana tuh?meh kita main tomtombak dulu weh."
Mamat,"Aku nk kdai Cik Kak Lol la..nk gi ngorat dia..ehhh silap..nak gi beli barang dapur kat mak aku."
Ali,"Pahtu tak jadi maen la nih."
Mamat,"Petang karang lah weh."
Ali,"ok set."
Sekettikka..
Mamat,"Ehh..apa td yg mak suh beli aa..errr..kering?apa kering aa..tanah?apa benda ujung dia tanah?..merahh?..apa merah aa?..aisehh lupe lak..ahh..belasah jek."
Sampai kdai Cik Kak Lol..
Mamat,"Err..Kak Lol..bagi saya DVD bawang merah satu pastu Osman kering sekelo ..aa..lagi jembalang tanah sekelo gak.."
Cik Kak Lol,"Ngkau ni giloo ko apo..kdai runcit mana ade benda2 gituh..dah2 gi kelik tanya mak balik."
p/s ; Citer ni tk de kene mengene lgsung dlm kehidupan betul seowang bdk & juge tokey kdai..muhaahaa..
Monday, June 15, 2009
Dompet Buruk..
( GaMbar tAk beRkaiTAn sbb diOrang pAKai kasuT bAru & baru Lepas SoPPing)Sawadie-kap..sabaiy-sabaiy..
Jgn sangka beg duit (dompet) buruk tak berguna..dia leh menyelamatkan fulus kita dari terbang jika kita berhati2 menyimpan/ tidak buang sebarangan..
Pada ari ahad 3 thn lps,.sy dgn saing (mmber) nama Kandar nk balek kg..mmg dh rancang awal nak balek sbb suke-suko..mmg dh takdak keje..lgpun dok kl,tkkn nk merry go round sopping complex je..asyik2 Low Yatt..ari cuti je Low Yatt..ape ingt Low Yatt Plaza tu kami punye ke?..suke-suko je nak mkn angin kt situ..beli hansep pon nokia 32sekupang..ohhoo..malu kalu owang tau..
Pada ari tersebot, aku tunggu Kandar jemput di umah kt Pntai Dalam (Pntai HillPark..dekat UM tu)....Ehh..apsal aku tetiba jd angin skiet..patut lah....cesss..ingatkan dia dtg dgn Hondasan dia yg baru..guper-gupernye dgn Kancil K-Car abg dia..
Aku,"Kandar..mu gilo agok2 nyo ni..bukan ko keter ni semput2?aritu abg mu dh repair ko nyakit dio ni."
Kandar,"Raso-raso nyo..lgpon Hondasan aku baru lps cat kaler putih taik burung.takut balik nnti dia tukar kaler hijao lumut sbb habuk."
Aku,"Ek.elehh..lagu tu plok..Kalu mapuh tgh jln ni aku pelerai bodi dgn enjin dio.".muhaahaa
Kandar,"Kalu mapuh keter ni,kito tinggal tepi jln la.Pastu nek bas ko tumpang lori ko."
Aku,"Ahhh..sudoh la..mu doh standby belako ko?..lesen,roadtax,sekut,air bandung sumo."
Kandar," Berehh..aku dh simpan Lesen,IC,name-tag, kad besness dlm dompet baru aku.Dompet lama aku ta-houk(buang) doh..
Aku,"Apa nok di kato..ehh..apo lg..jom gerok lo ni,"..
Otw..keter dh cam nk wat hal..sempot2..aiyaa...ini hal leh wat jantung luruh..masa nk potong keter kat Jln Raub-Bentong,tetiba lak dia cam tak larat nk pecut..kecut pewooot n teloi sbb dh nmpk lori depan hi-beam lip-lap..apalagi aku suh Kandar masuk cpat2 masuk gear 2..naseb baek smpt overtake keter depan..fuhhh..kalu dak mmg takdak belog ni dh...
Dh smpai Sg.Koyan..kami turun makan kt kedai tepi jalan..
Kandar,"Naseb baek kt Raub td Kancil ni dak mapuh ms potong keter depan td..kalu dak sepital kito."
Aku,"Hummm..abg mu dak repair agi keter ni raso-nyo..smpai umah gi repair lh."
Kandar tunjuk dompet baru ni..brand Golok iaitu Libas (Levi's)..aku,"huuhho..comey nyo beg duit Livas mu nih."
Kandar,"Mentang2 hok Golok..nate sunggohh."ngueeeh.nguehh..
Pastu kami meneruskan trip ke KB, smpai Merapoh, ada satu rodbelok kat situ..
Polis,"Demo nak gi mano ni..bakpo Kancil demo selow sgt..nak lari rodbelok ko?
Aku,"Nok lari guano nyo cik..keter ni mmg jenis selow..lgpon kami ada P tebeng lagi kat cermin depan tuh."
Polis,"Wat tubik lesen demo.banyok kecek plok,"
Aku,"Kandar..polis mintok lesen..wat tubik lah."Dia drebar kene dia yg wat kuar lesen.
Kandar,"Sementa cik."sambil wat kuar dompet baru..
Aku tengok Kandar belek-belek dlm dompet..pastu siap berpeluh-peluh agi..sudahhhh..ni mesti dia cuba wat lawak bengong dgn polis tu..
Kandar,"Cik..kalu guna lesen saing sebeloh bulih ko?"nguehh2..soklan bodoh penah aku dgr..
Polis,"Guano mu ni..mu bawok keter..mano bulih tunjuk lesen dia..ingat ni tag-team gusti ko."
Kandar,"Lesen ambo dok dlm beg duit lamo..dh buang dlm tong smpah."..wekkkk
Aku,"Ehheew..td kata dh siap standby doh..adeiiii.."
Polis,"Ok2..parking tepi..nk kira lagu mano ni..aku ada pat org dok jaga..nk saman ko atau hulur sumbangan ikhlas."
Aku,"Macamana cik..kito ado 50 inggit jah..nak jugok ko..
Polis,"ikut demo lh..janji ikhlas."
Aku,"Nah.amek ni cik 50 inggit,"sobbb..sobbb..kuar air mata sbb duit last je tu..
Polis,"Ok2..gi cepat sblom aku ubah fikiran.."
Aku,"Tu la..td aku pesan doh..jd dari kl ko kb ni mu mmg drive takdok lesen la..adeii."
Kandar,"Ntah..bengong gak aku."...emmmhhhmmm...hangus 50 inggit.beg livas tu baru 15inggit ja...
Wednesday, June 10, 2009
Di sengat Lebah
Doktor : Kena lebah?
Pesakit : Betul.
Doktor : Lebah hinggap?
Pesakit : Ya.Lebah tu dok lepak kat atas hidung.
Doktor : Menyengat?
Pesakit : Belum sempat. Sebelum sempat menyengat, sepupuku menghantamnya dgn penyapu.
Doktor : Owhh!.Patut la hidung mu macam Zizan Bolos Saja Dinding Itu..hidung dgn lebah sekali kena..
Huaahaaahaa
*********************************************
Ni ada 1 tuku-tuki(teka-teki)...bijak yee..silap jawab tul-tul..nnti kamoo maluu..
Soalannye : Haiwan apa namanya cuma ada dua huruf?..
adakah katak..no.no..katak ada 5 huruf..kucheng siam ke..lagi panjang-11 huruf
Pening la..gi makan nasi goreng ajoo dulu...dh kenyang sambung pening balik..hihi
Monday, June 8, 2009
Racing Haram..
babi cun dan kekura anggun yg lalu nak gi ke kedai Cik Musang..Setelah berjam-jam dok kat situ, tetiba kura2 berkata,"Boringnya kita dok lepak kat sini lelama..aku bukan apa..nak gi ke kedai Cik Mus tu amik masa sangat..maklumlah jenis slow sket bangsa aku ni"....Siput babi ketawa terbahak-bahak tanpa menyedari dia dari jenis yg sama..Kura2 pon marah lalu cabar siput babi,"Heii..siput babi, ko ketawakan aku ya..apa kata kita racing sbb nak tgk sapa yang paling lambat sekali.".Siput babi berkata,"Aku ok je..cakap kat mana kita nak race."..Kekura pon cadangkan,"Aku cadang kita racing dari sini ke kedai Cik Mus yg jauhnya 300m tu..bukan apa bila dh sampai sana leh kita minum air terus.Maklumlah mesti letih dan dahaga (sambil terbayang air keret susu).".Siput babi, "oraitt babee.".kekura jawab balik,"babi tu kau la.".
Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..semua binatang2 kecik,besar,merangkak,melompat,terbang dan bergayut suma datang nak tengok racing tu..bukan senang nak tengok racing ni..kalu nak tgk gak kene gi Sepang..jauh sangat..dueet pon takdak tuk amik tiket yg berjuta rupiah tu..
Setelah bersiap-sedia, maka wisel dibunyikan..kekura terus berjalan merangkap dgn pat kaki nya..siput babi lambat sikit sbb nak betulkan kakinya yg mudah tergeliat..
1jam belum tiba kedai Cik Mus..2jam pon belom,5 jam pun masih belom,10 jam baru diorang bergerak 50m je...semua penonoton dh gelisah dan boringnye maklumlah dh ulang alik kedai Cik Mus 10x minum air, tp contestant dua ekor tu dak smpai2 gak..
tiba2..babi yg tengah selsema meluru dan berkata dengan kuat sbb dh tak tahan nak kencing(dia teruja nak tgk smpai garisan penamat sebenarnya),"Harammm tul racing ni..dah 10jam dak abes2 lagi.".
Semua binatang lain tengok kat babi..masing2 berkata.."Cehh..mmg haram la racing ni sbb babi dh kata gitu..dia kan jenis yang haram .Takde satu pon yg halal kat dia.".
Akhirnya racing tu terpaksa dibatalkan atas alasan takut berjangkit selsema babi..
Wednesday, June 3, 2009
Ular Kepala 2 Bercakap

Ini adalah pengalaman benar..kejadian berlaku masa umur aku 8 tahun..kejadian ini berlaku dgn kehendak Allah Subhana wa Taala..Allah lebih mengetahui akan sesuatu peristiwa itu..
Di kampung ada sepohon pokok jambu batu yg terletak di kawasan bendang padi dan berhampiran sungai.kawasan tu kalu dh petang mmg seram..sekarang padi tak hidup sbb tanah jd masin dek air masin dari laut..bendang padi jadi terbiar..selalu selepas main bola waktu petang kami akan mandi sungai dan kadangkala panjat pokok jambu batu bila musim buah sbb lapar..pokok jambu tu satu2 nya ada kat situ..
Kebetulan aritu sudah dekat maghrib, aku,Peli (abg aku no.5 ),Rossid (sepupu),Mamat,Selan (sepupu) dan kawan2 lain sibuk panjat pokok jambu batu..maklumlah musim buah dia..
Kami berebut-rebut ambik buah jambu..walpon saiz sederhana tapi manis & sedap..Tengah panjat dan petik buah jambu tu..tiba2 abg aku, Peli ternampak seekor ular kepala 2 sedang berlingkar kat ranting hujung..Dia terkejut..lalu dia bgtau kami..
Mmg jelas kepala ular tu bercabang..Kami semua diam membisu..
Tiba2 kedengaran macam suara org tua..
"Awe (bhs kelate = anak2 lelaki), doh nok maghrib ni..gi balik rumoh..nanti jdi apa2 susoh",..
Kami berpaling antara satu sama lain..tapi yg jelas suara tu datang dari tempat ular kepala bercabang..
Apa lagi..kami terjun dari pokok jambu tu dan terus lari kecil kepala smpai rumah..
Aku tak pasti samada ular tu dari jenis Jin atau bunian..yg pasti pokok tu ada org jaga..
Monday, June 1, 2009
Banyak tapi sikit
Nak kesana cuma 15minit je menyeberang sungai (mlm air surut,jd lintas tkyah berenang).Apabila dh smpai kat sana dh kul 8.30mlm..suasana mlm tu dingin dgn angin sepoi2 nk bg antu terjaga..eheheh..sebenarnya tanah perkuburan betul2 tepi sungai,sebahagian tanah dia dh terhakis dek arus sungai..sooo..sesetengah kubur yg terhakis tu akan menampak sesuatu yg aku dak mao cakap atas alasan nk hormat penghuni kubur2 tersebut..setakat tulang tu mmg dh biasa..batu nesan jatuh bergolek pon dh biasa..
Didepan sekali abg aku,dia berdua-an dgn sepupu.aku dok belakang..ntah apa lak,pada mlm tu dirasakan dgn aura tahap gaban ialah udang sangat banyak mlm tu..wahhh..bukan maen sonok lagi kami mlm tu..aku dh terbayang nak beli bolasepak je tuk main2 dgn mmber ..kutip punya lah kutip smpai separuh guni..tetiba aku perasan ada org tiup kuat kat api pelita karbaid aku..pelita karbaid padam..aku tgk kiri kanan..xde org..tgk depan,aku nampak abg & sepupu tgh sauk udang2 yg banyak tu..aku amik lighter dan nyalakna balik pelita karbaid..selang 10minit,dia tiup lagi..aku pun duduk sekejap..lps tu aku cakap kt menatang2 yg berkenaan"mu takyah kacau aku la,aku bukan nak mari kacau mu.baik mu balik tempat mu sblom aku katok(pukul) dgn hulu sauk ni..pastu aku sambung balik menyuluh udang..sejam kemudian dlm kul 12..aku dh rasa karung guni dh berat..diorang ajak balik..
Dh smpai umah, aku nak alihkan udang dlm karung guni ke besen...Ya Allahhh..apsal udang tu skit je..tak padan dgn berat karung guni..kalu disukat udang dlm besen tu cuma suku guni je..main2 tul benda ni..
Monday, May 25, 2009
Lawak Sentri Wan Tu Jaga
(jgn guna kekerasan kat pet2 korang k..) Friday, May 15, 2009
Hantu galah yg degil
Kawasan tu mmg bersebelahan KLCC ..Aku ditukar kesitu dr projek Kondominium Berjaya Central Park,Jalan Ampang (owner Berjaya Group) kerana disana kompeni aku mengalami masalah pengurusan yg tak berapa baik..projek lewat & rugi dari kontrak asal..aku dihantar utk membantu management disana.
Too much things to think...I've done my job greatly but in a half way because someone doesn't want to see me success and cut my leg (bukan potong kaki tapi cantas n tikam belakang..hehe)..Hohhh..ni bukan tuk N3 ni...
Di projek The Binjai itu mmg mengalami masalah yg pelbagai..tower crane putus tali kabel,skylift yg selalu rosak (cuba pikir kene menapak ke tingkat 36 naek tangga..mammposs),diganggu setan2 yg dok kat building tu dan kemalangan2 biasa..
Jadi pada aritu ada aktiviti konkrit sampai 6 pagi..so..aku kene standby..kerja tahap gila - 24 jam sehari dan 28hari sebulan..2 ari je cuti..success mean to sacrify all what u have (time,energy n enjoylife)..
Tgh syok2 dok menjalankan aktiviti konkrit tetiba tower crane rosak plak kul 3 pagi..paderhal malam semalam pon dh rosak..ku capai walkie-talkie...
"srettt..srett..Abg Abu..pehal tower crane xmao gerak..operator nk buang *** ke?srett..srett"aku tanya.
"srett..Kalu buang *** takkan lama sngt..kren dh kiok le.belakang mesin dh berasap."terang abg Abu,operator kren..
"Kan semalam dh repair..takkan dh rosak balik."kata aku.
"Abg perasan ada makhluk hitam bulu lebat dan tinggi kat belakang motor mesin kren td.Masa tu la kren ni xmau bergerak,pastu tiba2 berasap kat belakang,"gtau abg Abu..
"Lor..takkan benda tu ganggu lagi.bukan dh panggil bomoh ke,"jelas aku.
"Tak jadi le tu.Ingat dh mengamok apa.Benda tu dok tunggu kat belakang tadi.Tiba2 tali kabel rasa berat nak jalan.Aku ingat tong konkrit lebih muatan jadi tekan minyak lebih skit utk nagkat naik.Rupa-rupanya menatang tu yg sekat tali ..hmm..berasap la mesin motor kabel tu."terang abg Abu..
"Kalu gitu turun cepat2 le..saya tunggu kat skylift ni."kata aku.
"Apa plak..aku dh turun.skang aku dh ada bawah kt opis ni,"kata abg Abu.
"Abes,tinggal saya dan geng konkrit je lah kat atas ni..baik punya mmber,"kata aku.
"Aku turun kot skylift tu..tp jalan kesana gelaplah..ada org ikut aku td..ingtkan kau dan geng2 tu,"kata abg Abu.
Masa nak smpai ke skylift tu yg teruk sbb kena lalu ruang gelap dan menyeramkan..dh la tempat org jatuh pun kat situ...Jadi aku pun buat2 donno je bila lalu kat situ walaupun aku perasan menatang tu ada follow kat belakang..
Masa nak turun dgn skylift tu plak,tiba2 dia punya button down tk mau nyala..mmg sah benda ni nk main2..apa lagi terpaksa lah menapak turun dgn geng2 kerja konkrit dari tingkat 36 ke tingkat 2...setiap tingkat tinggi 3.5m..bayangkan...gila punya hantu..degil sungguh nak nyakat kami...
Esok pengurusan panggil bomoh yg agak bagus dan terus pindahkan menatang tu..
By the way..kalu nak tahu tempat tinggi mmg selalu jin dan syaitan suka duduk..kekadang menatang tu berpeleseran lalu merentasi tempat2 tinggi cam bangunan tinggi..