Saturday, September 8, 2012

Letihnya hidup yang sia-sia


Hidup ini tak semudah yang disangkakan.Sebab itu keseimbangan dalam menguruskan perihal dunia dan persediaan menghadapi akhirat perlu diurus dengan bijak.


Dalam hari ini dan minggu ini saja, aku telah melakukan banyak kesilapan.Kadang-kadang tak mengerti dalam menguruskan kehidupan dunia hingga leka dalam membanyakkan amal ibadat.Semacam kesibukkan ini sengaja dibuat supaya banyak benda dapat dilupakan, sehingga untuk ingat kepada Allah pun hanya berapa detik saja dapat.

Betul apa yang orang dulu-dulu kata, kalau kita sibuk dengan dunia maka kesibukkan itu amat meletihkan diri dan tidak bermakna apa-apa pun kepada kita dan orang sekeliling. Kerja dan kerja seolah-olah takkan habis.Tapi rezekinya tetap tak dapat memuaskan hati kerana hilang nikmat dan kemanisan hidup.

Perlukah kita mengubah sesuatu yang kita tak setuju atau selari dengan selera kita untuk lebih berjaya walaupun kita tak pasti perubahan itu boleh membawa kepada apa yang kita kehendaki malahan kehendak manusia ini sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa mereka.

Islamic Clock