Sunday, September 18, 2011

Ilmu di akhir zaman

Bismillahirrohmanir-rohim


"Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama,manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil, lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain".

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi



Sesungguhnya ilmu itu terlebih mulia daripada ibadat, akan tetapi jika ilmu tidak disertakan dgn ibadat kepada Allah s.w.t ,maka ilmu itu menjadi seperti debu-debu yang berterbangan.


Sebab itu pada masa sekarang,orang jahil yang berilmu cukup banyak,Malahan dengan berpandukan ilmu akal dan logik yang mereka pelajari itu menjadikan mereka takbur dan tiada amanah dalam menegakkan hukum dan syariat Allah s.w.t..Bagi mereka, gaji dan pendapatan bulanan dari pihak kerajaan lebih utama untuk di jaga berbanding menjaga kemuliaan amanah para Rasul dan para nabi..


Persekitaran di negara ini sekarang boleh dilihat dengan jelas, menangisi kegagalan ilmu dunia lebih diambil berat daripada menangisi kegagalan anak-anak didik yang kurang ilmu akhirat..


Hadis nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
" Ketahuilah oleh mu,dan bahawasanya syurga itu dikelilingi dengan kebencian dan ketahulah oleh mu,dan bahawasanya neraka itu dikelilingi dengan keinginan"


Demi Allah..penyakit cintakan dunia (terlalu cinta harta,anak-anak,ternakan) lebih banyak membawa kebinasaan kepada pencari syurga Allah..Dan kerana demikian, sedikit orang sahaja yang sanggup mengikuti jalan kepayahan dalam menegakkan dan menyebarkan syiar ISLAM..


Ilmu yang diredhai Allah itu umpama pokok, dan ibadat kepada Allah itu umpama buah..sesungguhnya pokok yang berbuah itu lebih baik dari pokok yang tidak berbuah..

Islamic Clock