Friday, November 16, 2012

Gagalkah kita bila tidak berjaya mencapai apa yang dihajati


Dulu masa sekolah rendah,kalau cikgu tanya,: murid-murid, bila besar nak jadi apa?. Ramai kawan-kawan aku yang jawab,: askar,polis,cikgu,doktor,bomba...dan yang dikira jawapan  hebat gila ialah juruterbang...mana ada yang jawab nak jadi ustaz,pendakwah,penulis buku dan perkerjaan yang seangkatannya..maklumlah belum terdedah dgn banyak perkara luar..masih berhingus lagi..

Emak ayah pun tak kisah jika aku nak jadi apa, yang penting katanya ialah mesti berilmu sehingga bermanfaat utk diri sendiri dan masyarakat sekeliling..

Walaupun begitu diorang akan tetap merotan dan membebel ( biasanya emak aku lah) jika aku ponteng sekolah, masuk hutan curi buah-buahan dan mandi sungai serta bermain pondok-pondok dikala sejengkal lagi nak masuk waktu Maghrib...

Dikala menyelusuri kehidupan yang panjang sehingga kini, banyak benda yang bermain dan melekat di fikiran, pahit,manis, sedih,cemas dan tindakan bodoh diri sendiri..Akhirnya ia terkumpul menjadi sebekal /segenggam panduan memandu dalam menilai perbuatan mendatang yang akan dilakukan..sebelum aku nak buat ini,dulu ia dah jadi begini dan aku perlu berwaspada supaya ia tidak berulang dan membuat perkara bodoh sekali lagi..dan kalau nak jadi juga, perlu kembali kepada Tuhan dengan berdoa dan beristifar...mungkin ada hikmat disebalik itu..err..dulu masa di UiTM , pernah repeat 3 paper sehingga terasa bodoh dengan tindakan bermain terlampau dengan permainan komputer Championship Manager 1 sehingga 4 ( dikenali CM 1,2,3,& 4) ..pengurus bola la konon..

Bila terjadi begitu,baru aku sedar..kegagalan itu ada hikmatnya kerana itu bukan penghujung jalan sebenarnya ( kalau penghujung jalan, mungkin aku dah di kick-out dari UiTM) dan tidak menyalahkan Tuhan.. Aku bersyukur juga di waktu itu satu kesedaran utk berusaha menjadi seperti sekarang..

Kegagalan atau kehampaan sekarang bukan bermakna sudah berpenghujung,sebaliknya ia merupakan satu penyedaran diri dalam memulakan langkah baru membaiki dan menilai diri utk berjaya di sisi Allah...

 Kalaupun masih tidak berjaya, perlu redha dan rela menerima hukuman dari Allah..bermakna Allah masih mahu melihat kita lebih berusaha dan membaiki diri..Ganjarannya bagi orang yang bersabar adalah syurga...

gagalkah kita bila tidak berjaya dapatkan apa yang dihajati di dunia sedangkan ganjaran terbaik utk akhirat sudah didalam genggaman? ini hanya bagi orang yang sabar dan berusaha semata-mata kerana Allah bukan berusaha demi manusia dan harta


Tuesday, November 13, 2012

Kesan kebisuan Alim Ulama yang bertanggungjawab hingga tiada kesudahan Isu Akidah di Malaysia


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Isu akidah di Malaysia kini kembali hangat.Pertarungan dalam memutarbelitkan fakta sudah menjadi tabiat oleh satu bangsa yang mengaku mereka itu Melayu Islam walaupun telah jelas Islam melarang keras akan perbuatan fitnah dan mengadu domba.

Yang paling teruk bila tiada penjelasan yang boleh menyelesaikan kekusustan terhadap masalah akidah oleh mereka yang alim ulama di sebelah kerajaan ( makan gaji dengan kerajaan).Mereka suka berdiam diri  dulu kemudian bila diminta pendapat,menjurus pulak ke satu belah pihak tanpa belaku adil dan saksama.

Akhirnya pihak yang memang suka mempergula-gulakan agama akan menang bersorak dan agama tergadai dengan begitu sahaja.

Ramai yang mengaku Islam mengerjakan solat,puasa dan menunaikan haji, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan dalam mendekatkan diri kepada Allah..ini kerana hati mereka tidak jelas akan jalan para nabi  dan ilmuwan islam terdahulu dan malah mempunyai keyakinan yang rendah terhadap terhadap isi kandungan Al-Quran dan sunnah Nabi. Lalu dalam hati mereka merasai lebih layak dan pandai untuk menggunakan ajaran Islam separuh-separuh terutama melibatkan kepentingan pemerintah.Mereka alim dan berpengetahuan tetapi gagal dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam.

Akhirnya isu yang timbul ini merupakan satu rentetan akibat kebisuan (tiada ketegasan menagani isu-isu yang timbul) dan kegagalan memberikan kefahaman kepada masyarakat oleh para alim ulama..ini lah petanda jelas kerosakan akidah umat Islam yang menuju akhir zaman.

Ampun dan maaf jika ada salah silap




Islamic Clock