Monday, July 28, 2008

PERSONALITI TERBAIK MULAKAN DARI DIRI ANDA

Abdul Qadir al Kailani ada menyebut : seorang hamba (manusia) berada ditengah-tengah diantara Allah dan nafsunya.Jika dia memenangkan nafsunya maka dia adalah hamba nafsu dan jika dia memenangkan Allah maka dia adalah hamba Allah. Semasa penciptaan manusia yang pertama pun sudah ada pertentangan yang hebat diantara manusia dan iblis.Sebagai manusia yang baik, kita harus mengingatinya selalu bahawa siapakah musuh kita yang utama...

Tetapi kita harus mengakui bahawa manusia ini ada lagi satu kelemahan yang terdapat dalam diri selain musuh dari luar iaitu nafsu. Disni lah pertempuran besar yang perlu kita lakukan dengan persediaan ilmu agama yang kuat demi menjadikan kita sebagai insan yang berpesonaliti terbaik sebagaimana peribadi Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimana hendak mengalahkan nafsu :

1) Mutajarrid (Kesetiaan mutlak)

a - penumpuan niat iaitu niat sesuatu pekerjaan & perbuatan hanya kepada Allah S.WT. Jangan lakukan amalan untuk mencari kedudukan dikalangan manusia.Setia hanya kepada Allah

b - penumpuan tauhid iaitu bersihkan iktikad kepercayaan dan tauhid dari perkara syirik.Jangan sesekali meminta pertolongan dari sekutu-sekutu syaitan yang nampak macam berkuasa tetapi sebenarya mereka lemah dan terpedaya dengan penipuan iblis dan syaitan.c

c - penumpuan ikutan iaitu segala tingkahlaku dan perbuatan hanya kepada Allah

2) Mengagung Syiar Agama Allah

3) Bertawakkal & Redha

No comments:

Islamic Clock