Tersentuh hati ini bila terbaca karangan saudara Manhelang mengenai kesihatan mak beliau di post Di Suatu Pagi Nan Indah..Dikala Fajar Menyingkap Tabir Mlm Di ufuk Timur...sememang bila sudah tua ni mcm2 penyakit akan bertandang keatas diri ini..Kisah ini juga mengingat kn aku terhadap Pak Mat yg berumur 65tahun yg lumpuh dari paras pinggang ke bawah yg tinggal di Trong,Perak.Sewaktu 31 ogos 2008 lalu (cuti hari kemerdekaan Malaysia),kawan aku mengajak kerumah Pak Mat Guard kerana kawan aku ni dh 10 tahun tak melawat Pak Mat.Macam Jejak Kasih lak.Mereka kerja sekali dulu,pastu projek terbengkalai kerana management melesapkan duit rakyat..ini lah pemimpin bahagian bawah yg korup,menyusahkan org susah ja..
Dari pengamatan aku Pak Mat ni jenis yg bnyk ilmu agamanya..masakan tidak dia dpt masuk dlm majalah "Mastika" utk cerita penjejakan orang bunian di Daerah Trong ni..tapi itu dulu,masa muda & gagah perkasa..skrang tubuh yg lemah dan kurus ini hanya terlantar di atas katil..tetpi tiada penyesalan di hatinya walaupun berkeadaan begini..mulutnya sentiasa bertasbih mengingati Allah..tiba-tiba pak Mat mengeluarkan satu citer yg tak sedap didengar oleh hati ini..citer masa dia kerja dgn syarikat lama di tapak projek membina pusat masyarakat berdekatan kampung itu..menurut beliau syarikat lama tidak membayar gajinya sebanyak 3 bulan..dekat2 RM2 ribu lebih..10 tahun dulu amaun itu cukup besar utk seorang tua demi menjaga kelangsungan hidup suami isteri.seorang tokoh keparat dr.parti pemrintah dulu telah melesapkan wang rakyat utk tembolok buncit nya.Kesian kat org tua ni..susah benor dia kesana kesini utk dptkan hak nya..tapi hampa..akhirnya dia redha sbb mmg bukan rezeki dia..tambhan dia bukan jenis suka merayu simpati..ada adalah,takda takdalah..Masa PRU ke-12 dulu mcm2 janji diberikan.Tak kiralah dari parti pemerintah ke parti permbangkang..suma nya tinggal janji..sedih juga hati ini bila rakyat yang tua dan lemah sewenang-wenangnya dipermainkan..