Monday, September 29, 2008

Mencari keredhaan Allah

Tersentuh hati ini bila terbaca karangan saudara Manhelang mengenai kesihatan mak beliau di post Di Suatu Pagi Nan Indah..Dikala Fajar Menyingkap Tabir Mlm Di ufuk Timur...sememang bila sudah tua ni mcm2 penyakit akan bertandang keatas diri ini..Kisah ini juga mengingat kn aku terhadap Pak Mat yg berumur 65tahun yg lumpuh dari paras pinggang ke bawah yg tinggal di Trong,Perak.Sewaktu 31 ogos 2008 lalu (cuti hari kemerdekaan Malaysia),kawan aku mengajak kerumah Pak Mat Guard kerana kawan aku ni dh 10 tahun tak melawat Pak Mat.Macam Jejak Kasih lak.Mereka kerja sekali dulu,pastu projek terbengkalai kerana management melesapkan duit rakyat..ini lah pemimpin bahagian bawah yg korup,menyusahkan org susah ja..

Dari pengamatan aku Pak Mat ni jenis yg bnyk ilmu agamanya..masakan tidak dia dpt masuk dlm majalah "Mastika" utk cerita penjejakan orang bunian di Daerah Trong ni..tapi itu dulu,masa muda & gagah perkasa..skrang tubuh yg lemah dan kurus ini hanya terlantar di atas katil..tetpi tiada penyesalan di hatinya walaupun berkeadaan begini..mulutnya sentiasa bertasbih mengingati Allah..tiba-tiba pak Mat mengeluarkan satu citer yg tak sedap didengar oleh hati ini..citer masa dia kerja dgn syarikat lama di tapak projek membina pusat masyarakat berdekatan kampung itu..menurut beliau syarikat lama tidak membayar gajinya sebanyak 3 bulan..dekat2 RM2 ribu lebih..10 tahun dulu amaun itu cukup besar utk seorang tua demi menjaga kelangsungan hidup suami isteri.seorang tokoh keparat dr.parti pemrintah dulu telah melesapkan wang rakyat utk tembolok buncit nya.Kesian kat org tua ni..susah benor dia kesana kesini utk dptkan hak nya..tapi hampa..akhirnya dia redha sbb mmg bukan rezeki dia..tambhan dia bukan jenis suka merayu simpati..ada adalah,takda takdalah..Masa PRU ke-12 dulu mcm2 janji diberikan.Tak kiralah dari parti pemerintah ke parti permbangkang..suma nya tinggal janji..sedih juga hati ini bila rakyat yang tua dan lemah sewenang-wenangnya dipermainkan..

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Memang beginilah aturan hidup dan Allah swt ciptakan segala dengan pasangan masing masing.

Muda tua, sihat sakit.

Sepupu Mak Cik pun sekarang terlantar di hospital Seremban. Dulu pernah dia jadi pemain bolasepak Negeri NS. Boleh lari satu padang, Sekarang hanya boleh mengelipkan matanya untuk berhubung dengan isterinya.

Insaf Mak Cik.

Memang hidup ini penuh warna warni dengan cerita yang bermacam macam. Baik di jadikan tauladan, buruk kita jadikan sempadan.

Mak Cik ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin dan Selamat Bercuti pada Kamu sekeluarga.

Unknown said...

Waalaikumussalam Makcik...
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga utk Makcik sekeluarga..Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada Makcik sekeluarga pada hari dan bulan yg mulia ini..

Setiap yg hidup pasti mati, cuma cepat atau lambat shaja menjadi ketentuanNya..Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..sebagaimna firman Allah :
"Dan Kami turunkan Al-quran sesuatu yg mnjadi penawar dan rahmat".(Al-Isra':82)..

Sudah menjadi roda kehidupan manusia..zaman materialistik ini utk menjadi maju kita terpaksa membayar dengn mngorbankan waktu rehat,ketenteraman dan kebahagian hidup hingga kesihatan mnybbkan penderitaan fizikal dan psikologi..

Ketenangan jiwa & kekuatan iman akn mmbantu menangani permasalahan psikologi dan penyakit fizikal..berdoa dan mmbaca al-Quran akn menenangkan jiwa manusia..

man_helang said...

bro...aku cadangkan ko lancarkan tabung bantuan utk pak mat tu...ko kan terer dlm bab2 nih...

teruskan bercerita...politik2 kita taruk tp dulu...sipi2 kita libas la gak...kalau tak bosan asyik duk cite politik jek...

Unknown said...

Bro Manhelang...
mmg aku cadang gitu..tp masa tk mengizinkan..bebanan kerja brtambah..nnti dgn tabung ayam aku pun tk penuh sbb sibuk dgn keja..keh3..ssh la sku nk berblogger sini..line betul2 hampeh..nk berputus asa pun ada..disebabkan cabaran kau, aku teruskan gak..

Islamic Clock