Sunday, October 25, 2009

Mari Menyediakan Hidangan Pagi Ahad Bersama Iron Chef Uxop

Panjangnya tajuk N3 kali nih..ada kena mengena dgn panjang tali usus perut Chef Pak Uxop di pagi ahad ni...Hidangan ni patenkan dgn nama "Roti Bakar Bertaliarus Isi Ketam,Franfrukter Ayam Berkolamkan Sos Tartar"...Masakan dari Eropah Timur yang dipraktikkan di New Castle,Pantai Timur Kaiserslautern...



Cara Hidangan..
Mula-mula bakar roti dgn majerin(jgn curi roti Pak Bakar,nnti hangus bulu kaki dak pom bulu hidung),Kemudian amik frying pan yg leper panaskan atas dapur gas Petronas atau shell (takleh pilih sbb dua-dua harga sama),panaskan franfurkter dan crab fillet sehingga masak sedang2 sbb kalau hangit nnti rugi 8 kupang 5 duit.Hiaskan dgn 3 batang timun (amik 2 hiris ja) dan 2 biji tomato (pom 2 hiris ja taruk atas roti).Kemudian letakkan sos Tartar dari hypermarket (nk wat sendirik susah tu) dengan cili sos..Kemudian baca doa makan dan terus lenyapkan dia di depan mata anda..

Saturday, October 24, 2009

Posting Gambar 24/10/09

Hooo...lama dak jenguk belog sendirik ni..tuan dia amat sebok skang...nk siapkan cepat di Jeniang dan terus ke Vietnam(kalu projek kt sana dapat le)..muahhahaa ..InsyaAllah..



Ni gambar tengah wat tangki air 10juta liter air utk rakyat Sik..Kren pom merangkak nk naek atas bukit ni....This 10ML Reservoir is the biggest volume and highest TWL at this area.


This picture is snap in the early morning around 7.30am..Cooool.burrr.Nasib baek dak pakai bedak sejuk kat muka pepagi buta ni..kalu dak mesti jd antu cina..kehhkeehh

Sunday, October 4, 2009

Kenapa sikap suka menipu ada dalam diri kita

Manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna..sikap dan akal (akal yg tunduk pada nafsu) manusia telah merosakkan kesempurnaan manusia itu sendiri..Kecenderungan menipu dlm diri manusia terjadi kerana :-

Tidak suka akui kelemahan diri

Kelemahan diri menyebabkan kita takut orang lain tidak memandang tinggi kepada diri kita, maka kita mencari helah dengan menipu untuk mendapat perhatian.

Untuk melarikan diri dari kebenaran

Menipu diri sendiri adalah lebih teruk lagi dari menipu org lain.Apabila bersalah maka kita cenderung menipu utk membetulkan keadaan walaupun kesan jangka panjangnya adalah teruk.

Suka mengambil kesempatan

mengambil kesempatan dengan cara menipu untuk kepuasan dan keseronokan hidup kerana malas berusaha.Otak diperah utk mndapat pelbagai taktik supaya orang lain boleh diperdaya dengan mudah..

Islamic Clock