Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Sudah lama tidak mendengar khabar dari si dia..tiba-tiba hari ni kebetulan dia menelefon sahabat dia yg merupakan sahabat aku juga..Dulu di ITM kami sama2 satu 'badge'.Dia dikalangan keluarga yg tak berapa berada..sama mcm aku juga..jatuh bangun bersama..dia pernah dibuang sbb tak cukup pointer kemudian kami beramai2 menyuruh dia buat rayuan.Alhamdulillah berkat doa semua dia berjaya sambung balik dan menghabiskan diploma kejuruteraan awam.
Sebelum ini dia merupakan hamba Allah yg biasa2 sahaja..maklumlah org muda..tetapi sekarang dia sudah berubah..dlm perbualan telefon itu dpt dirasakan bahawa dia sudah menginsafi hidup ini disebabkan pengajaran yg diperolehi melalui satu kejadian.Aku amat bersyukur sbb didalam masa yg singkat ni dia telah berjaya mengenal penciptanya yang Maha Agung..
Didalam perbualan telefon itu dia masih sempat menyatakan kesyukurannya kerana masih dberi peluang mendapatkan hidayah yg amat diharapkan..Juga masih sempat berceramah kepada aku mengenai sistem perbankan Islam..huuu..loan kereta aku dulu pakai konvesional punya..dulu Islamic Finance tak banyak..kalu nak buat sekarang kena re-finance balik..
Tapi aku amat gembira sbb dia sudah menemui tujuan hidup dia..mudahan Allah memberkati perjalanan hidup kita semua...
No comments:
Post a Comment