Sunday, December 5, 2010

Apabila tangisan didengari barulah kertas ini berharga

 Pada hari ini, rumah Encik Chot telah di datangi dengan 2 orang salesman..dua-dua hebat bergaya dengan membawa 2 produk yang sama hebat dengan gaya diorang..

Encik Chot menjemput 2 orang salesman itu masuk, dan setelah duduk di sofa yang baru dibeli di Court Mammoth dengan bayaran hutang tiap2 bulan RM 30 (Harga sofa RM 1200)..

Lalu Encik Chot mempersilakan salesman pertama present kan produk dia..

Salesman pertama :
"Dengan produk kesihatan kami ini, Encik boleh menjadi sihat sentiasa..kencing manis jadi tak manis, darah tinggi menurun dalam 3 hari, jantung yang lemah boleh jadi normal..Hanya dengan sesudu dari produk ini, Encik akan sentiasa bertenaga, cergas dan sihat.."

Encik Chot :
"Dengan makan produk awak, perlu ke bersenam untuk jadi sihat dan cergas?"

Salesman pertama :
"Err..tak perlu bersenam sebab produk ni memang bagus..lagi satu, Encik boleh makan apa saja sebab produk ini boleh memotong segala jenis penyakit..dengan harga serendah RM 180 sebotol.."

Encik Chot :
"Mmm..ok.. saya beli sebotol..saya akan amalkan makan produk awak setiap bulan.."

Lalu salesman pertama balik dgn senang hati, Encik Chot mempersilakan salesman kedua present kan produk dia..

Salesman kedua :
"Dengan hanya RM 180 sebulan, produk ini boleh membantu melindungi kesejahteraan dan memberikan kesenangan kepada keluarga Encik di ketika sesuatu kemalangan yang tak terjangka berlaku..Produk ini akan berguna bila masa Encik sakit atau meninggal dunia.Dengan produk ini juga lah, Encik boleh membeli produk kesihatan sahabat saya itu semasa tengah sakit jika perlu"...


Encik Chot :
"Apa lah faedahnya kertas yang penuh dengan nombor dan tulisan ni...saya nak baca pun tak faham..Dah la tiap2 bulan kena bayar."

Salesman dua :
"Encik sayang tak dekat family Encik?Bagaimana persekolahan anak bila Encik sudah sakit atau meninggal dunia?Perlukah isteri Encik berkerja untuk menampung kos perubatan Encik?Bagaimana Encik nak membayar perabot ini bila dah lumpuh atau sakit kritikal?Bagaimana nak beli produk tadi jika duit simpanan dah susut?.."

Encik Chot :
"Mmm..ok lah..saya ambik produk ini untuk tidak mahu susahkan keluarga saya"

2 tahun kemudian, Encik Chot disahkan kena penyakit buah pinggang kronik..Dia dilawati oleh 2 salesman berkenaan

Salesman pertama :
"Bagaimana dengan amalan produk kesihatan saya tu Encik?Adakah ia masih membantu?"

Encik Chot :
"Membantu macamana?Kos rawatan buah pinggang ni pun RM 36000 setahun.belum masuk belanja pengangkutan...inikan pula nak beli tiap bulan sebotol RM 180.."

Salesman kedua :
"Encik Chot..saya datang dengan membawa cek berjumlah RM 50,000 untuk belanja kos rawatan buah pinggang..nanti dah meninggal , cek manfaat kematian berjumlah RM 150000 akan di beri kepada keluarga Encik.."

Encik Chot :
"Ini lah..dah menangis baru berguna kertas yang penuh dengan nombor dan kontrak -kontrak"

No comments:

Islamic Clock