Sunday, January 15, 2012

Rezeki datang dari Tuhan bukan dari pemimpin yang berkuasa

Tetiba rasa nak menangis..bila teringat akan rezeki yang melimpah ruah telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada diri ini yang kerdil..Air mata ini mengalir keluar tatkala bacaan AlQuran telah sampai pada ayat ke 30 dalam surah Al'Isra'.Allah berfirman :








Maksudnya :


Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.


Dia tetap berikan rezeki,walaupun saya kadang-kadang terlupa mengingati-Nya.Malu juga terasa bila menghitung nikmat dan rezeki yang dikurniakan amat tidak setimpal dengan amalan yang dikehendakiNya.Solat kadang2 berjemaah kadang2 bersorangan dan lewat,puasa sunat 2 kali seminggu sudah 3 bulan dilupakan,dosa lampau yang bertimbun-timbun  dan belum menunaikan satu tanggungjawab yang besar bagi lelaki yang berkemampuan untuk kahwin.Hanya mampu berusaha dan berserah kepada Mu ya Allah yang menentukan urusan hamba-Nya.

Tangisan ini akan bertambah sayu bila  terasa diri saya hanyut dalam arus dunia moden, kerja yang berlebihan hingga gagal uruskan masa untuk bekalan akhirat, rehat yang panjang hingga lalai menyebut nama Mu ya Allah..zikir kepada Mu telah dilupakan.Hamba ini sudah memerhati dunia ini semakin menjerat umat Islam.

Rezeki dan limpah kemewahan yang sementara ini menjadi kejaran umat sekarang.Akidah senget sudah tak dihiraukan kerana yang tertanam dalam diri umat Islam sekarang adalah ekonomi dan kuasa.

Saya tidak berupaya untuk meningkatkan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan yang dikehendaki oleh Mu ya Allah,..Perasaan malu dan takut  di pandang serong bila menyeru kepada kebaikan akan di salah anggap.Tiada keyakinan lagi dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat sekarang yang terlampau mahukan kemodenan dan kemewahan.Yang lurus dan alim dikatakan salah dan yang berbohong dan dusta dikatakan baik dan benar.Sukar sudah untuk diubah.Saya cuma mampu melihat keadaan ini sambil menanti kematian yang akan menjemput diri ini.

Sesungguhnya Al-Quran yang mulia senantiasa menjadi peneman dikala rindu kepada Mu,mudahan tidak dicabut dan hilang dalam diri ini semangat untuk membaca dan menghayati keagungan Kalam Mu ya Allah


Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
(Al'Isra' : ayat 9)

No comments:

Islamic Clock