Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Tuesday, November 13, 2012
Kesan kebisuan Alim Ulama yang bertanggungjawab hingga tiada kesudahan Isu Akidah di Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Isu akidah di Malaysia kini kembali hangat.Pertarungan dalam memutarbelitkan fakta sudah menjadi tabiat oleh satu bangsa yang mengaku mereka itu Melayu Islam walaupun telah jelas Islam melarang keras akan perbuatan fitnah dan mengadu domba.
Yang paling teruk bila tiada penjelasan yang boleh menyelesaikan kekusustan terhadap masalah akidah oleh mereka yang alim ulama di sebelah kerajaan ( makan gaji dengan kerajaan).Mereka suka berdiam diri dulu kemudian bila diminta pendapat,menjurus pulak ke satu belah pihak tanpa belaku adil dan saksama.
Akhirnya pihak yang memang suka mempergula-gulakan agama akan menang bersorak dan agama tergadai dengan begitu sahaja.
Ramai yang mengaku Islam mengerjakan solat,puasa dan menunaikan haji, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan dalam mendekatkan diri kepada Allah..ini kerana hati mereka tidak jelas akan jalan para nabi dan ilmuwan islam terdahulu dan malah mempunyai keyakinan yang rendah terhadap terhadap isi kandungan Al-Quran dan sunnah Nabi. Lalu dalam hati mereka merasai lebih layak dan pandai untuk menggunakan ajaran Islam separuh-separuh terutama melibatkan kepentingan pemerintah.Mereka alim dan berpengetahuan tetapi gagal dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam.
Akhirnya isu yang timbul ini merupakan satu rentetan akibat kebisuan (tiada ketegasan menagani isu-isu yang timbul) dan kegagalan memberikan kefahaman kepada masyarakat oleh para alim ulama..ini lah petanda jelas kerosakan akidah umat Islam yang menuju akhir zaman.
Ampun dan maaf jika ada salah silap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu'alaikum ..Akhi Yusof Hussin...kita do'akan je moga-moga para ulama pemerintah tu sedar dan tak lagi menggula-gulakan Agama.
Wa 'alaikumussalam
Sama-sama lah kita berdoa untuk kekuatan ukkhuwah umat Islam..
kesedaran itu hanya datang bila tidak mengejar nikmat dunia..selagi mereka terikat dengan nikmat dunia maka Allah takkan membuka jalan dan mata hati mereka walaupun mereka diiktiraf ulamak besar oleh manusia..
Post a Comment