Thursday, January 29, 2009

Majikan mempersoalkan pemakaian tudung



Perlukah majikan mempersoalkan isu pemakaian tudung di Malaysia sebuah negara Islam..

Inilah petikan dari Utusan Malaysia,29 Januari 2009..luahan dari Wanita Lagenda,Langkawi

'Mengapa kamu bertudung hari ini?'
SAYA bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya beribu pejabat di luar negara

Namun, sekarang saya sudah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung.
Sebelum berhenti kerja, saya telah dipanggil ke pejabat Pengarah Sumber Manusia lalu diberi amaran dengan pertanyaan ''mengapa kamu memakai tudung hari ini (5 Januari 2009)?''

Saya sempat merakamkan perbualan yang melibatkan Pengarah Sumber Manusia (beragama Islam), Pengawal Kewangan (bukan beragama Islam) dan diri saya sendiri.

Saya berasa kecewa kerana Puan Pengarah itu adalah seorang Muslim dan sepatutnya beliau harus membela tuntutan agama.

Beliau memarahi saya kerana tidak berbincang terlebih dahulu untuk memakai tudung.

Namun, saya berkata, saya telah menghantar emel kepada Puan Pengarah Sumber Manusia (pada 26 Disember 2008) untuk meminta kebenaran memakai tudung, tetapi emel saya tidak dibalas.

Persoalannya, adakah kita perlu berbincang dan meminta kebenaran terlebih dahulu untuk memakai tudung, sedangkan kita hendak melakukan apa yang dituntut oleh agama?

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam patut mengetepikan agama kita untuk kepentingan organisasi global itu.
Pada pendapat saya, di Malaysia sebuah negara Islam sepatutnya isu tudung ini tidak lagi menjadi satu isu.
Yang menghairankan saya, ada juga kakitangan lain yang memakai tudung, tapi kenapa saya yang kena? Alasan yang diberi ialah mereka merupakan kakitangan yang sudah lama bekerja di situ.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Perkara ini pernah juga terjadi semasa aku interview kerja kat hotel di KL..Selepas interview aku terdengar seorang perempuan melayu berbaju kurung & bertudung memiliki Ijazah pengurusan sumber manusia di salah sebuah universiti tersohor di selatan tanahair.Aku bertanya kenapa dia merungut..Jawapan yg keluar ialah pengurusan boleh terima dia berkerja dengan syarat kene ubah penampilan dr berbaju kurung ke pakaian membuka aurat seorang wanita...sungguh memalukan kerana tanpa segan silu pengurusan hotel tidak menghormati wanita2 muslim.Padahal mereka berada di sebuah negara Islam.Dimana pembelaan terhadap wanita muslimah...Kepada siapa patut di serahkan isu ini untuk diselesaikan???????..

Sebagai seorang Muslim apatah lg mengenai aurat seorang perempuan, saya terasa begitu terhina dan malu apabila ia dipersoalkan oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang beragama Islam "mengapa kamu memakai tudung hari ini?"...

2 comments:

Unknown said...

Salam UXOP,

Hak Allah mestilah diutamakan dan tidak perlu meminta kebenaran sesiapa. Itu prinsipnya.

Yang majikan dikatakan muslim itu sebenarnya dia tidak lagi muslim setelah dia sendiri menghalalkan yang haram. Kalau kita masih mengakui perkara itu haram tetapi kita buat, itu berdosa dan bila-bila boleh taubat bila kita sedar dan insaf. Tapi dosa kufur yang menghalalkan yang haram tidak akan terampun. Na'auzubillah.

Unknown said...

Salam Pakcik Din,
Perkara yg jelas haram tidak boleh dipertikaikan lg tmbhan sendiri oleh umat Islam walaupun mereka mempunyai agenda @ kepentingan..sebab itu umat Islam sekarang mesti mempunyai ilmu hal2 akidah supaya tidak tersesat

Islamic Clock