Wajarkah pelajar sekarang didorong penumpuan untuk belajar semata-mata hendak masuk ke universiti...adakah semua pelajar pandai dan berkemampuan untuk itu.Belajar malam,bertuisyen,gerak gempur dan kelas kuarantin untuk pelajar menjadi pandai..Target mereka (sebenarnya kehendak sekolah & ibu bapa)...untuk dapat 10A,15A..
Apakah perasaan mereka bila berjaya?bila gagal macamana pula....dapatkah mereka mencari haluan bila impian dan kesungguhan mereka diukur dengan pencapaian dalam peperiksaan..
Lebih teruk bila masuk IPTA, mereka masih lagi mengikut standard pembelajaran yang mereka lalui semasa peringkat sekolah.Buat tugasan dan tutorial terlalu menumpu untuk dapat jawapan.Jawapan dianggap permata yang perlu di cari..walhal yang lebih penting asas dan proses dalam mendapatkan jawapan ..jawapan tak perlu semuanya sama..takkan semua jawapan stereotaip.1 tambah 1 tetap jadi 2.asasnya 1 itu adalah nombor dan proses penambahan itu adalah penyubur ilmu matematik.
Asas dan proses itu lah sebenarnya yang menyuburkan perkembangan ilmu..
Begitu juga dengan bahasa, asas bahasa itu terletak pada bangsa itu sendiri...perkembangan atau penguncupan bahasa terletak pada pemikiran kita semua..pemikiran kita antara satu sama lain tak semestinya sama, tetapi asas dari mana bahasa itu muncul adalah yang sama...Bahasa jiwa bangsa,..bila sebut jiwa sudah semestilah terdapat perasaan hormat,taksub dan kasih terhadap sesuatu itu.
Orang yang bangun gigih berusaha dan mencari kehidupan yang diingini adalah org yang sentiasa berkembang dan maju dalam kehidupan (dunia & akhirat).Mereka tidak cepat mengalah atau terus berhenti bila gagal bahkan sentiasa cari jalan untuk menyelesaikan masalah.Masalah diibaratkan soalan subjektif yang akan menemukan pelbagai jawapan yang mendorong memahami situasi kehidupan.Begitu juga dengan bahasa,..takkan lah kegagalan sistem pendidikan sekarang disebabkan bahasa sendiri.Kalaupun disebabkan bahasa sendiri, takkan tiada jalan untuk menambahbaik sistem bersama bahasa ibunda..
Bahasa Melayu dijadikan alasan kegagalan seterusnya diganti dengan bahasa asing yang diangkat tinggi (dulu diorang belajar kat sana) atau ada niat tersembunyi dalam memenuhi nafsu serakah sendiri...Belajarlah bahasa apapun, 1 + 1 tetap 2
No comments:
Post a Comment