Thursday, December 31, 2009

Ikhlas kah kita?

Janganlah kita menyangka dengan membuat amal, berusaha,membuat pengorbanan tak berbelah bahagi dan berjihad maka kita berhak memperolehi nikmat yang diharapkan..Tanya lah keadaan dan diri kita, adakah cukup dengan amalan dan perjuangan kita untuk memperolehi nikmat itu?..Dimanakah letaknya amalan kita yang membolehkan kita percaya akan memperolehi nikmat itu..Adakah kita berhak menentukan nikmat-nikmat yang kita patut perolehi dari Allah SWT...

Jika anda rasa anda berhak mendapatkan nikmat itu maka sesungguhnya amalan anda masih kekurangan kerana cinta anda kepadaNya hanyalah utk memperolehi nikmat itu...ikhlaskah anda diketika itu?

Anda masih ragu2...percayakah anda bahawa jika anda mencintai pasangan anda semata-mata nikmat yg patut anda perolehi setelah berkorban segalanya, maka anda hanya dapat menikmati cinta itu sahaja tanpa memiliki hati orang yang dicintai..cinta boleh hilang bila muncul rasa benci...tapi hati ikhlas yang tertaut mungkin susah untuk terlerai....

Friday, December 25, 2009

Pondok Bas Yg Pelik

Laa..laa.la..hari ni Abu nak ke pekan rabu..dia bercadang nak naek bas henti-henti Cityliner..jadi dia menuju ke pondok bas berdekatan...Tiba-tiba Abu jd bengong sbb pondok bas tu dh jd begini..Abu terus koma 88 hari...

Sunday, December 20, 2009

Bermain Sembunyik-Sembunyik Dgn Hantu Galah


Workaholic - Mereka memanggil saya dengan gelaran ini sbb dah sebulan kerja tanpa cuti..sebenarnya saya bukannya jenis tu..saya pom malas jugak sbb hobi saya suka tido dan travelling..!!!'*x*!!!
Pergi keja cuma utk pikul tanggungjawab shj...selain tu mmg saya tak mau pikir..
_....___________.....______________>>

SEsaT daLam hUtan Kebun...

Pada hari itu dalam pukul 3ptg selepas sekolah, kami ke kebun hutan sebelah kampung utk melastik burung dan mencuri buah-buahan (biasa nya kelapa,rambutan,mangga dan gemior).Dah seminggu tak membuat aktiviti tu.Sampai dah gian gila-gila nak melastik burung..Kami akan berbasikal melalui denai kecil yang menghubungkan dari kampung ke kampung..denai itu mmg berada di tengah-tengah hutan kebun..utk sampai ke kebun itu amik masa 20minit dari rumah aku..

Mmg pada hari tu,seekor burung pom tak kena lastik..dasar tangan bengkok agaknya pada hari tu..Kami dah terasa ketensenan utk berburu burung,dah le meredah jauh kedalam tambahan pulak nyamuk dan pacat yang menjadi ah long memungut darah yang suci dalam tubuh ni..ehhehe..

Jadi tanpa membuang masa (masa itu emas),kami pom memulakan aktiviti ber-ukah (memanjat) pokok mangga telur ayam (mmg sedap tp pelik sbb mmg ada satu ni ja kat area kampung kami)...Selepas makan buah mangga dalam pukul 6ptg,kami pom nak keluar hutan tu..tiba-tiba terperasan satu perkara, kesan darah kat pokok tu..kami sepakat kata itu cuma air getah dari pokok..ntah macamana si Juan nampak ekor binatang macam ekor mengkarung yang putus...kami mana ada bawak pisau nak takik ekor tu..lagipom mana boleh sesuka takik pokok dan haiwan dalam hutan kebun...

Apalagi kami terus capai basikal nak keluar dari denai,...kayuh punya kayuh macam duk ditempat yang sama...cinabeng betul menatang tu nak main-main dengan kami...lepas tu terasa macam tak nampak denai nak keluar plak..Ya Allah, tetiba ternampak ada benda berdiri tinggi yang menghalang denai tu rupanya.Hishhh..gila betul..Last sekali kami semua pakat laungkan Azan,barulah boleh nampak balik denai..(dulu masa bebudak taktau petua buka pakaian..hehe)..kami tak buang masa yg berharga tu,terus kayuh lajuk keluar dari hutan tu...

Tapi cukup utk menakutkan kami selama seminggu ja,pastu kami tetap kesana juga sbb mmg dah gila melastik..

Saturday, December 19, 2009

SEjaK KedeWasaan Ini *+*

Sejak ke dua menjak kedewasaan ini (padahal dh tua dh.hehe), terasa tak puas hati plak dengan line broadband ni..semakin lama semakin pudar dan dh semacam berlumba dgn siput... '*+*...., tp siput plak yg lajuk..

Keja semakin cemburu dgn cuti yg banyak di hujung tahun ni..alaahaii..nak balik kampung pom tak senang...

Oklah utk menegmbirakan ari minggu ni kita tgk cara-cara melayan bebudak/baby....&^_^&


Friday, December 11, 2009

Pixs off

Pixs of construction work..Adesss..ni pasal mls nk menekan button keyboard dan idea buntu nk menulis..layannnn je..




Wednesday, December 9, 2009

Merapu skit2

9/12/2009..pukul 2 pagi tetiba terjaga..puas pejamkan mata tp dia sgt degil..mungkin dia tidak bersetuju dgn otak yg ligat berfikir mcm2..selepas solat sunat tahajjud,terus buka lapptoppp dan melawat taman belog sahabat2...pukul 4pagi,mata masih degil..sedegil tuan dia ke nih..muhahaaha...

Rasa cam nak karang citer lawak...mmm..

Ntah mengapa pada ari tu Seman betul2 naik angin..Puas dia mencari benda yang hilang itu..Kalu jatuh ditepi jalan mesti jumpa sebab dah buat pusingan u-turn dekat 8x dah dgn motor Honda EX3 Dream barunya.."Apa nak jadi ni!!sia-sia saja aku pakai smart2 gaya hip-hop tapi sbb benda alah tu hilang tak dapek lah den nak ngorat si Limah ni"getus Seman sambil menyumpah-nyumpah..Sesumpah tepi dia pun mengangguk-angguk tanda sependapat dgn Seman...

Seman mcm org hilang arah.Ke hulu ke hilir dgn motor dijalan yang sama mencari benda yg hilang tu..Kebetulan Ali lalu dan Ali berperasan yg Seman semacam org hilang kambing..Lalu Ali bertanya"Kenapa kau ni Seman?tak pernah dibuek org ni..baju seluar dah orait dah tapi pasal apa kau jadi begini??"..Seman yang naik angin terus meluahkan perasaannya" Ni lah yang buat aku pening ni!!Bila masa pulak si benda alah ni buleh jatuh..Aku beli benda tu kat Jepun .Walpon tak mahal tapi ia melambangkan nilai diri seseorang termasuklah aku"

"Betul apa yang kau kata tu"Ali menyokong.."Disebabkan benda tu,aku tgk kau mcm org sewel le"Ali menokok tambah..

"Apa buleh buat"Seman mengeluh.."Ni aku nak tanya,kau ada nampak tak SELIPAR JEPUN aku sebelah lagi ni kat mana?"tanya Seman dengan muka poyo..

Ali menjawab"Nun kat tepi simpang 2 tapi dah terendam dlm taik lembu.Lain kali nak buat wheelie, kau ikat selipar jepun kau tu ketat2.Padan muka hehh"..

Saturday, December 5, 2009

Mengingati Mati - catatan ringkas

Selepas Allah SWT menciptakan roh-roh,Allah SWT telah memanggil seluruh roh-roh untuk berkumpul.Setelah itu Allah SWT telah berkata kepada roh-roh tersebut,"Adakah kamu mengakui bahawa Akulah Tuhan kamu"..maka semua roh telah menjawab " Ya..Engkaulah Tuhan kami"..

Setelah itu tiba lah masanya roh tadi memasuki alam baru iaitu alam rahim (alam kandungan perut ibu) selama yang telah ditentukan oleh Allah.Ada yang 9bulan,ada yang 7bulan sebagaimana ditetapkan.Kemudian kita dilahirkan dan berada dialam dunia yang yang juga tempohnya ditentukan oleh Allah Swt.Ada yang sampai 60tahun,ada yang 10tahun dan ada juga yang hayatnya seminggu..semua ini telah ditentukan oleh Allah..APabila kita berada didunia ini,kita harusnya ingat bahawa disini semua nya bersifat sementara dan tidak kekal.seumpama seorang musafir yang bila tiba masanya harus kembali kepada kampung halaman yang kita cintai..adapun semasa musafir,bekalan semasa dalam perjalanan dan hasil untuk dibawa pulang amatlah perlu dititikberatkan supaya perjalanan hidup ini tidak sia-sia..Semasa mati manusia itu cuma ditemani 3 perkara sahaja..iaitu harta,anak/keluarga dan amal jariah.sesudah dialam kubur maka kita cuma ditemani amal jariah sahaja, keluarga dan harta akan meninggalkan kita..

Perlu kita ingat semasa kita hidup, amal jariah ini perlu dihimpun sebanyak mungkin supaya tidak menjadi seperti org yang rohnya menyesal sehinggakan jika diberikan seminit lagi hidup pasti mereka akan membuat amal setiap saat.Tapi untuk hidup kembali itu amat mustahil..Sebaik-baiknya kita harusnya berpegang kepada kata-kata nasihat ini "Jangan kamu tunggu petang jika kamu boleh membuatnya waktu pagi dan jika kamu boleh buat petang jangan kamu tunggu waktu pagi kerana kamu tidak mengetahui bila ajal kamu"..

Islamic Clock